Tuesday, 3 July 2012

HAKIKAT !!! JANJI BN DITEPATI - JANJI PAKATAN KELAUT !!!



Nampaknya, semakin dekat pilihanraya semakin banyak perkara yang membuatkan pembangkang gelisah. 

Bukan sahaja mereka gelisah kerana tidak dapat menutup skandal-skandal mereka, tetapi perkara remeh dan kecil seperti iklan ‘Janji Ditepati’ juga mampu membuatkan mereka tidak senang duduk. 

Begitu hebatnya penangan iklan yang bersifat sederhana itu sehinggakan laman web mereka, iaitu Suara Pakatan Rakyat terpaksa memberi peringatan mengenainya kepada para pemimpin pembangkang. 

Kita faham pembangkang menjadi gelisah bukan sahaja kerana iklan tersebut dapat mengingatkan rakyat tentang jasa-jasa Barisan Nasional selama ini, tetapi di masa yang sama, ia menyedarkan rakyat bahawa janji-janji pembangkang masih lagi belum ditepati walaupun telah hampir sepenggal mereka memerintah di beberapa negeri. 

Seperti yang diakui sendiri oleh laman Suara PR, walaupun Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi BN dari segi penggunaan media untuk mempengaruhi rakyat, tetapi kalaupun mereka mempunyai kemampuan yang sama, PR tetap tidak punya apa-apa rekod untuk digembar-gemburkan sebagai jasa mereka. 

Oleh itu, sekiranya PR diberikan slot atau ruang untuk membuat iklan sendiri di TV, kita percaya, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah menabur lagi janji-janji baru dan bukannya menyatakan janji apa yang telah dikotakan. 

Bukan rakyat tidak tahu bahawa kalau adapun sedikit ‘jasa’ atau janji yang ditepati mereka, seperti air percuma di Selangor, ianya tidak menyeluruh dan tidak memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat, sepertimana yang diakui oleh laman pro mereka tersebut. 

Mungkin penyokong tegar pembangkang akan memandang sinis iklan tersebut dan menganggapnya sebagai bahan kempen pilihanraya. 

Tetapi, apa yang penting di sini ialah apa yang dipaparkan oleh iklan tersebut adalah fakta dan bukan angan-angan atau pembohongan. 

Antaranya pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100, Klinik 1Malaysia dan lain-lain yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa walaupun penyokong-penyokong tegar pembangkang itu sendiri. 

Malah, mereka sendiri adalah merupakan penerima semua pemberian ini walaupun saban hari mereka mencaci BN dan menganggapnya sebagai haram atau rasuah. 

Lebih teruk lagi ialah pemimpin pembangkang sendiri ‘merestui’ hatta ‘menggalakkan’ penyokong mereka mengambil semua bantuan yang diberikan BN ini tetapi di masa yang sama mengharapkan para penyokong tersebut menentang BN. 

Sedangkan bukan semua manusia itu berfungsi dengan mengikut emosi dan mudah termakan hasutan. 

Ramai lagi rakyat di Malaysia ini yang berfungsi mengikut akal, mampu menilai fakta, dan tahu menghargai nikmat di depan mata. 

Bukan semua rakyat Malaysia kurang ajar seperti para peserta BERSIH, masih ramai lagi yang tahu berterima kasih. 

Maka, tidak mungkin mereka yang rasional ini dapat menafikan yang BN telah berjasa kepada mereka sedangkan sudah nyata mereka mendapat manfaat dari bantuan yang diberikan. 

Oleh itu, walaupun iklan janji ditepati dianggap remeh dan sederhana sahaja pembikinannya, namun apabila ia berasaskan kebenaran, ia mampu memberi impak yang mendalam. 

Ini kerana manusia tidak mungkin dapat menafikan emosi insaf, sedih, syukur dan mungkin juga simpati yang dibawa dalam mesej ‘janji ditepati’.

Justeru, pembangkang boleh menuduh BN mempergunakan media untuk kepentingan politik dengan berkempen secara meluas melalui iklan tetapi apa yang penting bagi rakyat ialah apa yang disampaikan tersebut adalah kebenaran yang perlu diterima dan tidak boleh disangkal lagi.

Jika pembangkang tidak ingin terus merasa gelisah dengan iklan tersebut, apa yang harus dilakukan bukanlah mengkritiknya tetapi cuba menyainginya dengan cuba menepati janji-janji yang telah ditabur mereka. 

Soalnya, bolehkah mereka melakukannya ???



KANTOI LAGI SUARA ANAK HARAM NI !!!


Suara Anak Haram (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu. 

Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis. 

Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar. 

Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan. 

SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan. 

Namun, semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM, beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka. 

Lebih menarik lagi ialah ‘syarikat SUARAM’ ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010. 

Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya. 

Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan ??? 

Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam ‘misi’ memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia ??? 

Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran. 

Dengan pendedahan ini, terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM. 

Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA. 

Berdasarkan pendedahan rekod kewangan ‘syarikat’ mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka. 

SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini. 

Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula: 

Apakah ia sebuah syarikat perniagaan ??? 

Jika ya, apakah yang mereka perniagakan ??? 

Apakah ia sebuah NGO ??? 

Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan ???

Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. 

Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang ‘dibicarakan’ bukan ??? 

Jadi, biarlah ‘perbicaraan’ berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya. 

Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA ??? 

Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya ‘sedang dibicarakan’ ??? 

Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum ‘keputusan perbicaraan’ diumumkan ??? 

Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini.



AZAN SAMPAH CUMA LAKU PADA MAK LAMPIR JE !!!


Agak tersentak la juga bila baca akhbar kelmarin mengenai Ahli Parlimen Indera Mahkota daripada PKR, Azan Ismail yang mendakwa pernah ditawar jutaan ringgit oleh BN untuk lompat parti. 

Katanya, habuan itu ditawar oleh seorang individu yang ditemui di sebuah hotel pada 27 Januari 2010.

Aku ni bukannya tersentak kerana percayakan berita tersebut tetapi kerana pemikiran aku jadi blur kejap bila cuba mengingatkan siapakah Azan Ismail. 

Jarang sekali dengar namanya, jadi apakah signifikannya personaliti ini dalam politik Malaysia ??? 

Jika menurut laporan akhbar tersebut, Azan ada mengatakan bahawa ada beberapa lagi ahli parlimen lain yang turut menerima tawaran lumayan yang sama dan mereka terdiri daripada wakil pembangkang yang dianggap berkualiti. 

Aku buat ulang tanyang sikit, "BERKUALITI".. ikut kata si Azan ni la.

So, aku tertanya-tanya la jugak macam mana pula aku tidak dapat mengingati seorang pemimpin pembangkang yang berkualiti dan benarkah ada pemimpin pembangkang yang berkualiti ??? 

Kerana tidak puas hati, aku pun jumpa ustaz Google dan buat carian nama Azan di internet. 

Antara berita mengenai Azan yang paling popular ialah pada 29 April 2008 apabila dia telah bertindak biadap apabila dengan sengaja tidak bersalam dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam satu majlis rasmi. 

Lalu, aku pun mendapat gambaran bahawa Azan adalah seorang manusia yang tidak dididik dengan adab, dan tidak tahu mengenai etika dalam majlis. 

Berita lain mengenai Azan, aku dapati dari sebuah laman web SuaraKuantan pada 20 May 2010 di mana rakyat Kuantan menyatakan pada Azan bahawa mereka telah bosan dengannya. 

Suka untuk aku memetik kata-kata rakyat Kuantan di sini: “Kepada saudara Azan Ismail, kami pengundi di parlimen Indera Mahkota dah tak tau nak cakap macam mana. Jika saudara tidak boleh membantu kami, elok sahaja saudara letak jawatan sebagai ahli parlimen. Untuk makluman semua rakyat Malaysia, saudara Azan Ismail langsung tidak pernah menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parlimen…” 

Marah benar rakyat kawasannya terhadap malaun ni sehingga melemparkan kata-kata yang tidak enak didengar yang mana malas pula untuk aku petikkan kembali di sini. 

Satu lagi berita mengenai Azan yang wajib diketahui semua ialah dia telah ditolak oleh partinya sendiri. 

Pada 18 Jun lalu, akhbar Sinar Harian melaporkan, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman telah secara terbuka menyatakan bahawa akan mencalonkan Lee Chean Chung untuk bertanding di kawasan Azan iaitu di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13. 

Alasan yang diberi ialah “Saya bukan penilai prestasi, tetapi menyenaraikan calon berdasarkan kehendak pucuk pimpinan termasuk keperibadian dan akhlaknya.”

Bukankah ini merupakan isyarat jelas bahawa PKR sendiri menolak Azan dan menganggap beliau tidak mempunyai keperibadian dan akhlak yang ‘memuaskan’ ?

Maka, inikah Azan Ismail yang kononnya ‘berkualiti’ sehingga mendapat tawaran lumayan untuk lompat parti ??? 

Apa kejadahnya BN ingin membeli Ahli Parlimen biadap, tidak berguna dan tidak berakhlak seperti Azan ??? 

Sebenarnya, Azan telah menyedari yang dirinya sudah menjadi barangan yang tidak diperlukan dan kerana itu beliau berusaha menarik perhatian kepimpinan PKR dengan cuba bermain tarik tali. 

Sikit lah aku nak pesan ni, jika Azan ingin bermain tarik tali, tak perlulah mengajak BN bermain sama kerana BN tidak perlu membeli sesiapa apatah lagi orang yang tidak berkualiti. 

Sedangkan semua yang tidak berkualiti di dalam BN pun ramai yang sudah ditendang atau lari keluar dengan sendirinya seperti Kadir Sheikh Fadzir. 

So, Azan perlu terima hakikat bahawa orang yang tidak berkualiti adalah tidak laku, dan tempat mereka adalah di dalam tong sampah sahaja. 

Dan tong sampah itulah parti PKR yang mana Azan telah pun berada di dalamnya.


ANGAN SI LEBAI KERA !!!


Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun PAS menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13, peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.

Pertengahan tahun lalu, PAS pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu PAS kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.

Menurut Presiden PAS, Hadi Awang, "Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang".

Tinggi angan-angan PAS nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, PAS nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.

Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala PAS dan hukum Hudud pun PAS terpaksa gadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk PAS menjadi tulang belakang pakatan ???

Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan PAS beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan PAS hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.

Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan 'kejantanan' dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.

PAS berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat PAS 'masih jantan' dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.

Himpunan Hijau yang PAS laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon PAS bukannya seekor keldai sebarangan.

Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi PAS berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.

Namun, melihat pada mentaliti pimpinan PAS yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008. 

PAS akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.




REFORMASI ?!! KAUM CINA KAT MALAYSIA DAH SEDIA NAK JADI MACAM NI KE DAN KETEPIKAN KEMAKMURAN MALAYSIA ?!!







Sehingga kini rakyat Indonesia khususnya masyarakat Tionghoa masih mengenang dan memperingati kejadian berdarah Mei 1998 sewaktu era permulaan gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia 14 tahun lalu.


Detik cemas dan kekalutan yang berlaku semasa kejadian tersebut, agak sukar untuk dilupakan begitu sahaja apatah lagi tatkala jerit pekik meminta tolong dari gadis-gadis Cina yang dirogol kemudian dikelar kulitnya seakan masih tergiang-giang di telinga para saksi yang masih hidup.

Awalnya sebagaimana ramai rakyat Indonesia yang lain, sebahagian besar masyarakat Cina Indonesia turut meraikan gerakan reformasi Indonesia dengan harapan kebebasan dan hak kaum mereka akan lebih terbela sekiranya gerakan jalanan tersebut berjaya menumbangkan Soeharto.

Apatah lagi saat tersebut Indonesia dan beberapa negara jiran lain turut terjebak dalam kegawatan ekonomi dek kerana sang penyangak matawang yang mengakibatkan berlakunya kemelesetan ekonomi.

Dianggarkan hampir 50 juta rakyatnya mengalami kehidupan yang tidak menentu kesan dari kegawatan tersebut, ditambah lagi dengan kenaikan pelbagai harga barangan keperluan harian, lantas ia menjadi salah satu punca gerakan reformasi jalanan disambut dengan harapan baru.

Ahli politik opportunis Indonesia seperti Amien Rais yang juga sahabat baik Anwar Ibrahim adalah antara watak penting yang mengambil kesempatan disebalik keperitan hidup rakyat saat itu.

Dengan memanipulasi kemarahan yang membuak dalam hati nurani khalayak, Amien Rais yang turut didukung oleh sebahagian mahasiswa pro reformasi berjaya menyemarakkan lagi gerakan jalanan tersebut saban hari sehinggalah akhirnya mencetuskan suasana yang tidak terkawal.

Sebagaimana rakaman sejarah, gerakan reformasi jalanan nyata hanya gah secara teori yang tampak mudah saat dilaungkan di jalanan. 

Realiti yang berlaku lebih buruk dari jangkaan ramai. 

Reformasi yang dicanang bukan sahaja gagal mencapai agenda utamanya untuk menguburkan KKN (korupsi, kronisme dan nepostisme), sebaliknya mengundang gejala KKN yang lebih teruk dalam pemerintahan pemimpin-pemimpin selepasnya.

Keganasan jalanan, kebakaran harta benda dan premis berleluasa manakala pemusuhan dan pembunuhan hasil kecurigaan antara pelbagai etnik dan agama menjadi-jadi.

Ribuan nyawa melayang sia-sia samada menjadi mangsa kebakaran ataupun dibunuh kejam dek kerana kekalutan di peringkat pemerintahan sehingga dalam apa jua pertelingkahan antara rakyat hanya undang-undang rimba dititik beratkan.

Tidak cukup dengan Tragedi Mei 98 yang mengorbankan lebih seribu nyawa etnik Tionghoa Indonesia, datang pula Tragedi Semanggi, Polo dan Ambon yang menyaksikan hubungan antara etnik dan agama kian runtuh.

Akhirnya apa yang berjaya dicapai hasil laungan reformasi jalanan itu yang kelihatan hanya api yang marak membakar bangunan, pembunuhan melata di banyak wilayah dan pengangguran kian meningkat.

Kesimpulannya, manfaat yang di kejar jauh dari kesampaian sebaliknya mudarat yang datang bertimpa-timpa sejak 1998 hingga sekarang. 

Melihat pada liku-liku sejarah ini, tepatlah keputusan rakyat Malaysia menolak acuan reformasi yang diciplak oleh Anwar Ibrahim dari Indonesia.

Terbukti, laungan reformasi hanya gah di bibir dengan membawa bersama harapan palsu namun realiti yang terjadi lebih banyak kebinasaan yang terpaksa dilalui.



Ingat... kejadian di Indonesia ini cuma bermula dijalanan dan apabila di satu masa ianya akan berada di luar kawalan maka akan terjadilah seperti yang terjadi di Indonesia tu.


Bersediakah korang semua ???


JANJI DITEPATI (PROMISES ARE KEPT) - OPPOSITION ARE DYING !!!


It seems that the closer the election gets, the worrier thr opposition is. 

Not just the fact that they are anxious over their scandals, they are also worried over small matters such as the ‘Janji Ditepati’ advertisements which makes them uneasy.

That is how powerful such moderate adverts are where they got to a point where their web portal, Suara Pakatan Rakyat had to advise opposition leaders.

We do understand that the opposition is not only anxious over efforts taken by Barisan Nasional for the people (rakyat) all these while, it showed rakyat that the opposition had not done even a single thing though they have been ruling for almost a term in 4 states.

Like what was admitted by Suara PR website, even though Pakatan Rakyat could not compete with BN in the usage of medias to influence rakyat, and even if they have such capability, PR still do not have any record to show their service to rakyat.

That is why PR was not given any slots for advert in TV, we believe that all they would do is just provide empty promises and never mention anything they have done for rakyat.

Not that rakyat do not know any of their 'kind services' such as free water in Selangor, it did not cover the whole state and did not provide any huge impact to the improvement of rakyat's life, like what was mentioned by the pro-opposition website.

Perhaps their loyal supporters look at such advertisements as sarcasm for BN's election campaign. 

But, what is important here is that the advert is a fact, not fantasy or lies. 

Few of them include BR1M, school aid worth RM100, 1Malaysia Clinic and others which cannot be denied by anyone even opposition supporters.

They even use all of the facilities provided despite of the mockery and insults that they made to the government.

The worse situation is when the opposition themselves 'blessed' and 'reccomend' that their supporters use all of the benefits provided by BN and at the same time hoping that their supporters would keep on opposing BN.

Thus, the opposition could keep on saying that BN is using the media for their political interest through advertisements but what is important here is that rakyat do understand the message that is given to them and the truth which cannot be twisted.

If the opposition wishes to be anxious with those adverts, they should not criticize every single one of them. 

Instead, they should try to fulfil their promises. 

The question is, can they do it ???


AZAN ISMAIL COULDN'T FACE THE FACT THAT HE IS JUST A REJECTED TOOL !!!


I was quite shocked when I read a newspaper article yesterday regarding PKR's Indera Mahkota MP, Azan Ismail who claimed that he was offered millions of Ringgit by BN to jump off from his party. 

He said, the reward was offered by an individu who he met in a hotel in January 27, 2010.

I wasn't shocked and believe in the story. 

Instead, I was trying to remember who Azan Ismail is. 

We rarely hear his name and what is the significance of this person in Malaysian politics ? 

If the article is true, Azan did mention that a few other opposition MPs also received the same offer, they are MPs who have quality. 

I repeat, with "quality" as per him.

Thus, I was wondering on the fact that I do not know any opposition leaders do have such quality and is it true that opposition leaders so have quality. 

I then went on a little more research on this Azan.

Few of the news related to Azan which is the most popular include on April 29, 2008 where he became rude for not shaking hands with the Prime Minister and Deputy Prime Minister in an official program. 

Thus, I would sense that Azan is a person who was never taught how to have manners.

In other news which I found on a website called SuaraKuantan on May 20, 2010, rakyat Kuantan mentioned that they were bored with Azan.

The report said, "To Azan Ismail, we voters for Indera Mahkota Parliament have no idea how to put this, if you can't help us, it would be better if you resign as an MP. To all Malaysians, Azan Ismail has never done anything as an MP..."

It seems that people were really mad at him where they even included curse words which I cannot put in this article.

Another news where everyone should know is the fact that he was rejected by his own party. 

On June 18, Sinar Harian reported that Pahang's PKR Chairman, Datuk Fauzi Abdul Rahman made a public statement saying that he had put Lee Chean Chung as a candidate to compete at the area of Azan, Indera Mahkota Parliament for GE13. 

His excuse was, "I do not judge a person from his performance, but I choose candidates through their leadership which include their personality and moral."

Isn't this a clear signal that PKR itself rejected Azan and took him as a person who do not have any moral and good personality ???

Then how can he has all the quality that he was offered tons of money to jump away from PKR ??? 

Why would BN want to buy a rude MP such as Azan ???

Actually, Azan realized that he is yesterday's news for PKR, that is why he's trying his best to gain the attention from PKR by pulling some strings.

I would like to remind him that he does not need to use BN to help himself getting out of trouble because BN do not want anyone without any quality.

Even those without any quality in BN have been kicked out such as Kadir Sheikh Fadzir.

Thus, Azan would need to accept the fact that those who do not do their job will be kicked out. 

And PKR is the garbage party where Azan belong to.


Sunday, 1 July 2012

PENANGGUHAN OPERASI LYNAS ADALAH YANG TERBAIK UNTUK KERAJAAN DAN JUGA RAKYAT !!!


Kilang Lynas di Gebeng, Kuantan iaitu kilang memproses nadir bumi yang menjadi antara keperluan paling penting di dunia hari ini bagi penghasilan barangan berteknologi tinggi, masih lagi menjadi kontroversi. 

Tidak keterlaluan jika dikatakan Lynas menjadi mangsa politik pihak pembangkang yang ketandusan isu. 

Tidak mengejutkan juga jika Lynas menjadi mangsa percaturan pihak luar untuk memastikan Malaysia tidak mampu memecahkan monopoli pemrosesan nadir bumi oleh negara China. 

Setakat hari ini, kesemua pakar-pakar, pertubuhan-pertubuhan berkenaan atom dan nuklear antarabangsa serta jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menilai tahap keselamatan Lynas telah sepakat menyatakan bahawa kilang tersebut adalah selamat. 

Bukan itu saja, malah infrastrukturnya juga disahkan sebagai jauh lebih canggih dari kilang-kilang yang sama dengannya, di negara maju. 

Namun, pihak pembangkang yang memakai penyamaran ‘pencinta alam’ (ye la sangat...) tetap berdegil menolak keputusan tersebut. 

Sebaliknya, mereka terus berhujah menyatakan Lynas adalah tidak selamat dan terus melaung-laung kata-kata ini tanpa berasaskan apa-apa bukti. 

Sedikit sebanyak, hujah mereka berjaya menimbulkan keraguan di kalangan rakyat sekitar Indera Mahkota dan Kuantan. 

Dan sudah tentulah kita tidak mahu rakyat walau di mana jua merasa ragu-ragu walaupun sedikit dalam hal ini. 

Oleh itu, kita lihat tidak ada salahnya jika kerajaan mengambil sedikit masa untuk memberi ruang kepada rakyat meneliti isu ini dengan lebih mendalam. 

Tidak menjadi satu kerugian jika kerajaan mengarahkan Lynas agar menangguhkan operasi sehingga keadaan benar-benar tenang. 

Atau dalam erti kata lain, hanya meminta mereka berhenti sejenak dan bukannya berundur ke belakang mahupun membatalkan terus. 

Tidak boleh dinafikan bahawa penduduk-penduduk sekitar kilang tersebut sedikit sebanyak tetap mengalami kesan psikologi akibat dihasut dan disogok dengan berbagai versi mengenai Lynas oleh pihak pembangkang. 

Oleh yang demikian, kita perlu bijak mengambil langkah untuk menjelaskan dan benar-benar meyakinkan mereka mengenai bukti-bukti saintifik yang menunjukkan Lynas adalah selamat. 

Ini boleh dilakukan dengan mengadakan sessi penjelasan dan penerangan secara berperingkat di kalangan penduduk setempat. 

Selain itu, rakyat juga perlu diberi akses mudah untuk mencari maklumat tepat mengenai Lynas agar mereka tidak merasa tertipu. 

Hanya dengan cara ini maka kontroversi Lynas dapat dihentikan sama sekali. 

Kita tidak mahu apabila beroperasi nanti, Lynas masih mengalami gangguan dan masih dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang gila publisiti dan mempunyai agenda-agenda tertentu. 

Dengan ini, kita percaya, menangguhkan operasi Lynas adalah tindakan yang sebaik-baiknya untuk kerajaan, negara dan juga rakyat.


LYNAS BEEN PUT ON HOLD COULD BENEFITS THE GOVERNMENT AND RAKYAT !!!


Lynas plant in Gebeng, Kuantan, a rare earth processing plant which is one of the most important necessity material in the world today for the production of modern technology devices, is still an issue.

It is not too much to say that Lynas has become a political victim for the opposition only because they are out of issues to play. 

It is not shocking if Lynas would become the victim of foreign power to ensure that they would not be able to break the monopoly of the rare earth production by China.

As for today, all experts, international atomic and nuclear organizations and the select committee which was formed to observe the safety aspect of Lynas had came to a decision where the plant is safe. 

Not just that, the infrastructure was also said to be far more advanced than plants that are in the developed countries.

But, the opposition who took themselves as 'nature lovers' (yeah rite...) still denies that fact. 

Instead, they kept on arguing saying that the plant is not safe, without any concrete evidence.

In a way, their arguments had raised doubts among rakyat around Indera Mahkota and Kuantan. 

And obviously, rakyat do not want to have any doubts in matter as this.

That is why there's nothing wrong if the government take a little time to provide space to rakyat to go through the details of this issue.

Lynas would not suffer loss if the government asks them to stop their operation until things are cleared up. 

In other word, stop for a while rather than cancelling the whole project just like that.

We cannot deny that residents that live at the surrounding area of the plant do have their worries due to talks given by the opposition about Lynas.

That is why we need to take a smart measure in explaining and convincing them about scientific evidence which shows that Lynas is safe. 

This can be done through a few sessions to residents. 

Besides that, rakyat should be given easy access to find the right information about Lynas so that they would not feel cheated.

Only by taking those measures, Lynas controversy can be put to a full stop. 

We do not want Lynas's operations to be stopped and politicized because of certain agendas.

With this, we believe that delaying the operations of Lynas would be the best for the government, the country and the people (rakyat).


PUAK PAS TAK NAK PERGI HAJI ?!! BAGI SEAT KORANG KAT ORANG YANG NAK BERIBADAT KEPADA ALLAH !!!


Dalam perkembangan terbaru untuk menjustifikasikan bahawa soal pilihanraya jauh lebih utama berbanding ibadah haji di Mekah, Presiden PAS Abdul Hadi Awang telah 'memfatwakan' bahawa "menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihanraya, kerana menunaikan amanah besar memilih pemimpin adalah wajib dan tidak boleh ditangguh kerana dipaksa".



Sebegitu mudah sekali pemimpin PAS membuat kesimpulan dan menetapkan keputusan semata-mata untuk mempertahankan keterlanjuran Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan ahli PAS menangguhkan ibadah haji demi kepentingan menghadapi pilihanraya.


Polemik isu pilihanraya di musim haji ini sebenarnya tidakpun menjadi isu dikalangan bakal-bakal haji kerana masing-masing tahu ibadah mengerjakan haji di Mekah Mukarramah sudah termaktud dalam Rukun Islam yang menuntut ianya dilaksanakan bagi orang yang berkemampuan.


Malah andai kata pilihanraya umum kelak diadakan juga dalam musim haji, mereka sudah nekad dalam hati untuk memanfaatkan peluang sujud di depan kaabah dan melupakan terus soal pilihanraya serta urusan duniawi yang lain.


Soal bila pilihanraya, sempat atau tidak seseorang menyertainya tidakpun termasuk dalam salah satu Rukun Islam mahupun Rukun Imam. 


Kewajipan memilih pemimpin sebagaimana dihujahkan oleh Presiden PAS sedikitpun tidak berupaya membatalkan suruhan Allah s.w.t yang mengkehendaki umat Islam menunaikan fardhu haji bila tiba saat dan kemampuannya.


Lagipun siapa pemimpin PAS yang mahu mendakwa diri sebagai wajib dipilih sebagai pemimpin negara sedangkan mulut dan akalnya asyik mendahulukan kepentingan sendiri berbanding amalan wajib yang diperintah oleh Allah s.w.t ???


Tapi bagi pemimpin PAS tentu sahaja berbeza, dek kerana hati dan nafsu keinginan mereka meletakkan soal pangkat dan kuasa duniawi melampaui kewajipan ibadah, maka kerana itulah sengaja ditimbulkan polemik ini dengan berselindung disebalik hujah agama yang separa masak.


Jika Rukun Islam yang menjadi tanda aras keIslaman seseorang hamba Allah pun sedemikian mudah mahu ditangguh-tangguh demi politik kepartian PAS, jadi tak hairanlah mengapa PAS mudah beralah dalam isu kalimah Allah s.w.t yang pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.


Pelik? 


Apa nak pelik, sejak dulu hingga kini segala polemik isu yang melibatkan agama Islam serta segala label-label islamik yang digunapakai oleh PAS hanya satu saja motifnya... demi politik dan kepentingan perut sendiri, itu sahaja tujuannya.


Bagi puak-puak lebai kera PAS yang tak nak pergi Haji tu, adalah lebih baik bagitau awal-awal supaya tempat tersebut boleh diberikan kepada mereka yang benar-benar mahu beribadah kerana Allah s.w.t. !!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??