Saturday, 22 October 2011

HIMPUN !!! LIVE !!!


BANNER HIMPUN


SEKITAR STADIUM



SYUKUR KE HADRAT ILAHI !!!

HIMPUN !!!!


LIVE DARI BILIK BERITA NADI RAKYAT MALAYSIA !!!

KENAPA PERLU SOKONG HIMPUN ???


Sebagai umat Islam kita perlu malah WAJIB menyokong HIMPUNAN SEJUTA UMAT ini demi SELAMATKAN AKIDAH UMAT !!!

HIMPUN adalah bertujuan untuk menyatupadukan Umat Islam di Malaysia supaya sama-sama dapat membanteras gejala murtad. Objektif HIMPUN agar supaya umat Islam dapat bersatu dengan satu matlamat bagi menyelamatkan akidah umat Islam. Tidak salah bagi kita sekiranya kita merasakan diri kita adalah Islam dengan memberikan sedikit komitmen kepada agama kita menunjukkan sokongan terhadap Anti-Murtad. Bukankah itu yang sebaiknya.

Namun begitu, amat dikesali apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mempolitikkan HIMPUNAN SEJUTA UMAT ini. Saya mengerti jika HIMPUN ditolak oleh Karpal mahupun Lim Kit Siang dan angkatan mereka. Sudah semestinya mereka bukan Islam. Tetapi paling dikesali apabila pemimpin Parti yang mendakwa mereka Parti Islam pula yang menolak HIMPUNAN SEJUTA UMAT malah mempolitikkan usaha murni ini. Ape sekalipun, jangan kerana nila setitik maka sebelanga susu pula rosak. Saya cukup tabik dengan Dewan Pemuda Pas dan juga Datuk Dr Hassan Ali yang memberikan komitmen untuk menyokong HIMPUN.

Dalam pada HIMPUN sibuk dengan persiapan, ada pula yang cuba merosakkan usaha murni HIMPUN dengan penyebaran SMS yang berniat cuba menakut-nakutkan penganut agama lain. Malah ada pula tuduhan jahat yang mendakwa HIMPUN berobjektifkan Anti-Kristian. Mungkin yang melemparkan tuduhan ini adalah individu yang kurang didikan di sekolah atau mungkin tidak kesekolah langsung. Kerana mereka ini tidak dapat membezakan antara Anti-Murtad dan Anti-Kristian. Ternyata pihak yang berniat jahat ini dengan sengaja mahu memecahbelahkan perpaduan kaum di negara tercinta kita Malaysia.

HIMPUNAN SEJUTA UMAT ini bukanlah satu agenda politik jadi tak perlu lah ada pihak-pihak yang tak reti tanggungjawab nak mempolitikkan HIMPUN pula. Semestinya HIMPUN tidak akan ada aksi bergulingan di atas jalan atau aksi mati hidup semula. Oleh itu, amatlah digalakkan kepada sesiapa sahaja yang berkelapangan itu menyertai HIMPUN bagi memberikan sokongan kita terhadap agama bagi membanteras isu murtad. Tanpa mengira anda dari negeri mana atau dari parti politik mana atau dari NGO mana, selagi anda seorang yang Islam.. hadirkan lah diri anda menyatakan sokongan terhadap Anti-Murtad. Insyaallah, balasan baik dari Allah pasti untuk anda.

Semoga di hari Himpunan Sejuta Umat ini, akan Allah permudahkan segalanya. Semoga rahmat Allah bersama mengiringi sepanjang HIMPUN berjalan. Semoga usaha dan niat murni ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Al Amin..

Psssstttt.... HIMPUN nanti ada tak Hadi, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Khalid Samad, Wan Azizah, Khalid ibrahim, Nurul Izzah, Aziz Bari, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin pembangkang yang beragama Islam...???? Kalau alasan belum dapat jemputan, anggap lah article ni sebagai jemputan yer... hahaha.... harap nanti tak de puak kapir harbi yang buat lahanat mengganggu HIMPUN... erkk.. jangan pulak esok ada jugak orang Islam jugak yang kantoi buat lahanat sabotaj HIMPUN !!!!

Friday, 21 October 2011

Panas !!! Jom Jengah Negeri Pakatan

Kelantan Darul Naim sebuah negeri yang cantik yang terletak dipantai timur Malaysia dengan keluasan 15,099 km2 5,829.8 kaki persegi.Dialek loghatnya yang unik membuatkan ramai yang senang dengan dialek yang dituturkan oleh rakyat negeri Kelantan

Antara tempat-temapt yang menarik untuk dikunjungi di kelantan ialah

1.Pasar Besar Siti Khadijah





2.Pantai Cahaya Bulan





3.Gunung Ayam





Itu adalah sesetengah tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong di Kelantan dan bakal merasai pengalaman berharga untuk diingati

TETAPI......

CERITA SELANJUTNYA DISINI.....

BEWARE !!!! FAKE SMS !!!!


Seorang sahabat (beragama Kristian) bgtau saya... dia dapat sms ni... yang kononnya dari YB Teressa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)....

"Dear bro and sister in Christ, following the statement by Sultan of Selangor on Jais raid in DUMC, there'll be a big anti-Christianity rally in Shah Alam stadium on 22/10/11 Saturday 2pm organized by Pakida, Perkasa etc. We're afriad this will intensify tension between Muslim and Christians. PAS will issue a statement tomorrow that urge members not to participate.Pls pray for god's intervention"

Benar kah ini sms dr Teressa Kok untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap Himpunan Sejuta Ummah... ??? Ada rakan2 yg bukan Islam lain yang terima sms ni..???

To all non muslim members... if u get this sms, let us know and you may make a police report since the sender of this sms is manipulating Sultan Selangor's statement. And do ignore it once u get this ok dear fellow readers.

Lots of people out there might get confius of what is Himpunan Sejuta Ummah.. It's just an assembly and not a demonstration. Please note. This Himpunan (assembly) will be held in the stadium and not on the road. The organiser had fully followed all the terms and condition sets by the authority. This assembly also have the valid approved permit. RELA will take care and handle the traffic so there shouldn't any problem of traffic will occure.

The objective of this assembly is to get all the muslims unite together and not on purpose of anti christianity. This is not a politic assembly.

So, please becareful with all this type of fake sms. It might a kind of sabotage the assembly and might be to tarnish YB Teressa reputation. Please take note.





Psssttt... ada jugak mangkok yang dok menangguk kat air keruh....!!

HIMPUNAN SEJUTA UMAT !!! SIAPA BERSAMA ???


SENARAI PENYOKONG HIMPUN

1. Pemuda Parti Islam SeMalaysia PEMUDA PAS ( malangnya DAP x benarkan)
2. Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | PEMUDA UMNO (website)
3. Wanita Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) | Wanita UMNO
4. Oh Media Network | Oh! Media (website) (facebook)5. 1,000,000 umat Islam sokong JAIS & Hasan Ali cegah Murtad| (facebook)
6. Halaqah : Forum Komuniti Muslim & Muslimah | (website)
7. Islam Itu Indah | (website) (facebook)
8. BeautifulNara | (website) (facebook)
9. Nasyeed.com | (website) (facebook)


SENARAI PENGANJUR BERSAMA

1. Sekretariat Himpunan Sejuta Umat | HIMPUN (website)
2. Gabungan Pembela-Pembela Islam | PEMBELA (website)
3. Ikatan Muslimin Malaysia | ISMA (website)
4. Pimpinan Majlis Ugama Islam
5. Teras Pengupayaan Melayu | TERAS (website)
6. Persatuan Belia Islam Nasional | PEMBINA (website)
7. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | DPMM (website)
8. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia | MUAFAKAT (website)
9. Persatuan Pengguna Islam Malaysia | PPIM (website)
10. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia | MAPIM (website)
11. Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s | ACCIN (website)
12. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia | PEKIDA
13. Kumpulan Persatuan Bekas Perajurit | PBTM
14. Persatuan Bekas Anggota Polis | PBPM (website)
15. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia | PKPIM (website)
16. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia | GAMIS (website)
17. Gabungan Penasyid-penasyid Malaysia | MUNSYID
18. Front Bertindak Anti Murtad | FORKAD (website)
19. Gabungan Wawasan Generasi Felda Malaysia | GWGFM (website)
20. Persatuan Peguam Syarie Malaysia | PGSM (website)
21. Pertubuhan IKRAM Malaysia | IKRAM (website)
22. Pribumi Perkasa Negara | PERKASA (website)
23. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia | HALUAN (website)
24. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung | GPMS (website)
25. Gabungan Persatuan Silat
26. Gerakan-gerakan belia
27. Gerakan-gerakan mahasiswa dan wanita Islam
28. wakil-wakil rakyat beragama Islam
29. dan banyak lagi pihak-pihak yang mewakili suara umat Islam.




Psssttt.... PASpispus x join kaaa...??? hehehe... 

Thursday, 20 October 2011

Gempar !!! Malaysia banyak hutang?


Saya terpanggil untuk menerangkan perkara yang suka diputar belitkan oleh pembangkang tentang faktor ekonomi Malaysia yang sebenarnya.

Mengikut portal ini KLIK SINI

"Kalau pada tahun 2004, hutang negara berada pada paras RM217 bilion. Walaubagaimnapun, baru-baru ini sehingga tempoh Jun 2011 sahaja, hutang negara Malaysia telah meningkat 2 kali ganda sehingga menyebabkan hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Dalam perkataan mudahnya, pembentangan Bajet 2012 adalah merupakan bajet defisit."


Dan beberapa quotes yang menarik

"Kenapa isu hutang negara Malaysia timbul? Sebab kerajaan dilihat sudah salahguna istilah yang diberi nama “pump-priming”. Pump-priming ialah perbelanjaan melebihi kemampuan (bajet defisit) bila kitaran ekonomi negara Malaysia sendiri kurang rancak"

"Pump-priming bukan dibelanjakan untuk bertahun-tahun secara berturut-turut bagi menutup kelemahan tadbirurus kerajaan. Dan disebabkan ini jugalah mendorong mentaliti kerajaan “suka atau tidak” terpaksa “melabur untuk mendapatkan pulangan”


Dan paling best yang ini

"Hasilnya? Adakah negara Malaysia berada dalam kalangan negara terbaik di Asia Tenggara? Apatah lagi di Asia? Di dunia pula?


Negara Indonesia satu contoh baik reformasi ekonomi. Perjalanan perit pasca Suharto; dan disiplin serta wawasan Ibu Mulyani meletakkan Indonesia di landasan yang betul. Framework semua dah siap. Tinggal perlaksanaan sahaja…"

Memang perjalanan untuk Indonesia masih jauh, tetapi boleh pertimbangkan fakta dan data ini :


* Hutang negara Indonesia kepada GDP rendah
* 60% GDP Indonesia adalah domestik
* Indonesia adalah ‘under-banked’ Malaysia; potensi untuk perkembangan pesat ekonomi yang dipandu melalui pertumbuhan kredit adalah satu pilihan yang belum digunapakai


Ekonomi negara adalah yang terbaik di Malaysia dan ini diakui sendiri oleh negara-negara luar kagum dengan cara Malaysia.

Sebab Apa?

1. Krisis Ekonomi Dunia

- Malaysia berjaya menyelesaikan kemelut krisis ekomoni dunia tanpa meminjam dengan International Monetry Fund (IMF)



- Malaysia bebas daripada IMF sejak 1985



Jika hendak dibuat perbandingan Malaysia jauh lebih kukuh rizabnya berbanding Indonesia.

Kenapa?

Portal tersebut mengatakan hutang negara sebanyak hampir RM 437.2 Billion tetapi adakah pakar-pakar Ekonomi Pakatan Ronggeng ini mengambil kira rizab dan asset yang dimiliki oleh negara?

Laporan oleh The Star KLIK SINI

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia’s foreign reserves stood at RM329.1bil, or US$93.3bil as at Aug 28, up from US$91.4bil on Aug 14.


The reserves position is sufficient to finance 9.3 months of retained imports and is 3.8 times the short term external debt, Bank Negara said in a statement posted on its website on Monday.


Foreign currency reserves amounted to US$84.5bil, Special Drawing Rights (SDRs) amounted to (US$1.9bil), International Monetary Fund (IMF) reserves was (US$400mil), gold at (US$400mil) and other reserves (US$6.1bil).

The central bank held RM2.87bil worth of Malaysian Government papers, has RM7.18bil in deposits at financial institutions, while other assets accounted for RM5.9bil. Loan and advances totalled RM12.7bil.


Bank Negara’s total reserves stood at RM357.8bil.


Its liabilities comprises of paid-up capital (RM100mil), general reserves fund (RM11.98bil), other reserves (RM31.2bil), currency in circulation (RM50.2bil), deposits by financial institutions (RM166.78bil), deposits by Federal Government (RM25.63bil), other deposits (RM1.35bil), Bank Negara papers (RM41.36bil), allocation of SDRs (RM6.84bil) and other liabilities (RM22.38bil).


Rizab bank negara sahaja sudah 357.8 billion

Aset dan Aliran tunai pemegang saham dalam Petronas




Jika di campurkan aliran tunai kedua-duanya sudah melebihi dari hutang negara yang dicanangkan oleh Pakatan Ronggeng jadi dimana defisitnya. Ini tidak termasuk lagi rizab oleh beberapa agensi lagi seperti Lembaga Tabung Haji,Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Permodalan Nasioanl Berhad, Kumpulan Wang Persaraan dan banyak lagi agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan dana terlibat mencecah hampir 500 billion.

Jadi rizab negara hampir 1 trillion ringgit jadi dimanakah defisitnya

Pihak pembangkang cuba memainkan isu ini kerana rasa tergugat dengan Bajet 2012 yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengatakan perbelanjaan 2012 adalah mustahil dan akan menyebabkan defisit.

Isu ini dimainkan dengan harapan rakyat percaya yang bajet yang dibentangkan merupakan satu pembaziran tetapi apa yang saya nak katakan pada pakatan ronggeng ini CERMIN DIRI DAHULU SEBELUM MENGATA ORANG LAIN kerana pentadbiran negeri yang diperintah masih tidak menampakkan hasil.

Pssstttt... tau kira-kira ke tak..?? jangan la buat keje ala-ala gaji penasihat ekonomi sehinggit... hahahaha....

GEMPAR !!! MALAYSIA PRIME MINISTER THREATENED TO BE KILLED !!!!

It come to my surprised when I've been told by a friend of mine from Nadi Rakyat that there's a facebooker are threatening to kill our beloved Prime Minister. Attached is a print screen where the threaten starts...



In the box with red frame stated clearly that the facebooker with the name, Hidayat Mustafa said "just kill Najib (PM)". Below i attached the picture of him which taken from his facebook's profile picture.










I just wonder, what's wrong with him?? Shouldn't he get some help from phsychiatrist?? Where goes all the respect to our 'Ulil Amri'?? May Allah always bless our beloved Prime Minister and guarded our PM so that our Nation will kept safe n harmony. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Al Amin..


Pssssttt... pergh.. berani ugut nak bunuh Dato' Sri Najib...!!!! tak belajar agama ke ape ni...?? erkk.. Islam ke budak ni...??? terserlah.. pencacai pembangkang ni tak de adab langsung... 

JOM FIKIR SEJENAK.. BILA KEPERCAYAAN CUBA DI GOYAHKAN !!!!



Jom fikir sejenak... dan nilaikan...


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.


... Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.


Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…


Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada


Semoga didalam jiwa setiap kita yang beragama Islam ini punya kecerdikan Amin ini. Bijak dan sedar saat Agamanya cuba dipermainkan. Sedarlah wahai sahabat-sahabat semua. Jangan biarkan agamamu dipermainkan mereka yang berniat jahat untuk menggoyahkan kepercayaan kamu kepada pencipta mu !!!

Psssstttt.... padan muka cikgu tu kena balik dengan anak murid yang soleh... hehehehe....

Wednesday, 19 October 2011

TANAH RUNTUH DAN BANJIR KILAT SALAH UMNO/BN ????

Tertarik untuk saya mengulas satu kenyataan media yang dibuat oleh ADUN Batu Uban berkaitan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang berlaku di kawasan Bukit Gambir. Kenyataan ini boleh dibaca di laman Facebook "Penang Keadilan DUN Batu Uban Service Centre". Disini saya sertakan print screen bahagian yang amat menarik minat saya.




Amat jelas, beliau menyalahkan kerajaan Barisan Nasional yang pernah memerintah Pulau Pinang sebelum ini (di dalam kotak bingkai merah) dengan menggelarkan "previous regime". Manakala ayat beliau "I think the only..." adakah beliau tidak pasti?? adakah kerana ini bukan bidang beliau?? Maklum la, perlu la tanya sebab zaman sekarang ramai yg lebih pakar melangkaui pakar yang sebenar. Hehehe...




Amat tidak saya fahami, kenapa pembangkang sentiasa mahu salahkan Kerajaan Barisan Nasional sedangkan Pulau Pinang di tangan pembangkang sudah pun 3 tahun. Cuba lihat print screen kedua pula, jelas seolahnya mereka cuba untuk lepas tangan!


Ingin saya ketahui ke mana perginya duit simpanan lebih setengah billion, asset PDC yg develope masa BN dulu dan juga rumah rakyat 22,000 unit..???


Saya bukanlah seorang yang sangat bijak pandai, tetapi selepas penerangan dari seorang yang berpengalaman, barulah saya membuat ulasan kerana saya bukannya pakar. Yang pakar adalah mentor saya. Untuk pengetahuan pembaca, semua approval plan dalam PBT hendaklah berdasarkan kepada technical dan bukannya secara political. Hence, the technical committee normally headed by YDP PBT and the YDP should be fully responsible for any circumstances.


Dalam masalah ini, we are talking about Hydrological and Hydraulic design. Menjadi lumrah jika ada limitation didalam design ini. Kenapa saya katakan terdapat limitation? Ini adalah kerana design ape sekalipun boleh dicipta oleh manusia tetapi bukan hujan. Hujan adalah ketentuan Allah yang tak dapat nak hold, cancelled atau postphone. Lebat atau tidak bukan ditangan pencipta design tetapi ketentuan Allah (Quantity and Intensity). We are just managing the nature and not amounting to decision making.



Gambar di atas ini adalah gambar dari tempat kejadian.


Kenyataan ADUN ni dh msuk blog. Check sini. hehe.. (kira saya bantai deme sebelum deme post entri kat blog) hahaha... (12.16 am 20/10/2011 - latest update)


Pssssttt... technically nothing can be done... kalau letak bapak engineer pon tak bleh buat apa... "artificial waterfall" akibat hujan yang terlampau lebat... hahahaha.... bukan Barisan Nasional yang turunkan hujan... tetapi Allah SWT... 


Psssttt... printscreen ke-2 tu ada 200k... sensitipnyerrr... hahaha... "Breast 200K"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??