Saturday, 22 October 2011

KENAPA PERLU SOKONG HIMPUN ???


Sebagai umat Islam kita perlu malah WAJIB menyokong HIMPUNAN SEJUTA UMAT ini demi SELAMATKAN AKIDAH UMAT !!!

HIMPUN adalah bertujuan untuk menyatupadukan Umat Islam di Malaysia supaya sama-sama dapat membanteras gejala murtad. Objektif HIMPUN agar supaya umat Islam dapat bersatu dengan satu matlamat bagi menyelamatkan akidah umat Islam. Tidak salah bagi kita sekiranya kita merasakan diri kita adalah Islam dengan memberikan sedikit komitmen kepada agama kita menunjukkan sokongan terhadap Anti-Murtad. Bukankah itu yang sebaiknya.

Namun begitu, amat dikesali apabila ada pihak tidak bertanggungjawab mempolitikkan HIMPUNAN SEJUTA UMAT ini. Saya mengerti jika HIMPUN ditolak oleh Karpal mahupun Lim Kit Siang dan angkatan mereka. Sudah semestinya mereka bukan Islam. Tetapi paling dikesali apabila pemimpin Parti yang mendakwa mereka Parti Islam pula yang menolak HIMPUNAN SEJUTA UMAT malah mempolitikkan usaha murni ini. Ape sekalipun, jangan kerana nila setitik maka sebelanga susu pula rosak. Saya cukup tabik dengan Dewan Pemuda Pas dan juga Datuk Dr Hassan Ali yang memberikan komitmen untuk menyokong HIMPUN.

Dalam pada HIMPUN sibuk dengan persiapan, ada pula yang cuba merosakkan usaha murni HIMPUN dengan penyebaran SMS yang berniat cuba menakut-nakutkan penganut agama lain. Malah ada pula tuduhan jahat yang mendakwa HIMPUN berobjektifkan Anti-Kristian. Mungkin yang melemparkan tuduhan ini adalah individu yang kurang didikan di sekolah atau mungkin tidak kesekolah langsung. Kerana mereka ini tidak dapat membezakan antara Anti-Murtad dan Anti-Kristian. Ternyata pihak yang berniat jahat ini dengan sengaja mahu memecahbelahkan perpaduan kaum di negara tercinta kita Malaysia.

HIMPUNAN SEJUTA UMAT ini bukanlah satu agenda politik jadi tak perlu lah ada pihak-pihak yang tak reti tanggungjawab nak mempolitikkan HIMPUN pula. Semestinya HIMPUN tidak akan ada aksi bergulingan di atas jalan atau aksi mati hidup semula. Oleh itu, amatlah digalakkan kepada sesiapa sahaja yang berkelapangan itu menyertai HIMPUN bagi memberikan sokongan kita terhadap agama bagi membanteras isu murtad. Tanpa mengira anda dari negeri mana atau dari parti politik mana atau dari NGO mana, selagi anda seorang yang Islam.. hadirkan lah diri anda menyatakan sokongan terhadap Anti-Murtad. Insyaallah, balasan baik dari Allah pasti untuk anda.

Semoga di hari Himpunan Sejuta Umat ini, akan Allah permudahkan segalanya. Semoga rahmat Allah bersama mengiringi sepanjang HIMPUN berjalan. Semoga usaha dan niat murni ini mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Al Amin..

Psssstttt.... HIMPUN nanti ada tak Hadi, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Khalid Samad, Wan Azizah, Khalid ibrahim, Nurul Izzah, Aziz Bari, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin pembangkang yang beragama Islam...???? Kalau alasan belum dapat jemputan, anggap lah article ni sebagai jemputan yer... hahaha.... harap nanti tak de puak kapir harbi yang buat lahanat mengganggu HIMPUN... erkk.. jangan pulak esok ada jugak orang Islam jugak yang kantoi buat lahanat sabotaj HIMPUN !!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??