Tuesday, 22 November 2011

KETEGANGAN DI MESIR YANG DIIDAMKAN PEMBANGKANG DI MALAYSIA !!!


Seorang penunjuk perasaan membaling semula peluru pemedih mata ke arah polis di Dataran Tahrir, Kaherah, semalam. - REUTERS (Utusan Online)


Baru sahaja sebentar tadi saya membaca berita dari portal Utusan Online berkaitan rusuhan di Dataran Tahrir. Dari sana tak pernah sudah dengan pergolakan. Manusia sememangnya tidak pernah puas dengan apa yang dikecapi. Diharap rakyat Malaysia akan lebih mensyukuri nikmat keamanan yang telah Allah anugerahkan kepada Malaysia bumi bertuah. Jadikan lah negara bergolak itu sebagai contoh dan sempadan agar kita tidak terpengaruh dengan hasutan si penjahat yang berniat menghuru-harakan negara kita.


Berita terbaru yang saya perolehi dari sahabat saya di Mesir sekitar sejam yang lepas, angka korban telah meningkat. 37 kematian direkodkan setakat ini dan lebih dari 1,000 orang cedera. Pelajar-pelajar Arab turut terlibat didalam rusuhan itu. Setakat ini, pelajar Malaysia disana tiada seorang pun yang menyertai rusuhan dan demonstrasi berkenaan tambahan pula keadaan huru hara itu agak jauh dari penempatan pelajar Malaysia.


I4TT mendoakan semoga rakyat Malaysia (pelajar dan pekerja) di Mesir berada dalam keadaan selamat dan semoga Allah melindungi kalian... I4TT mendoakan kesejahteraan buat semua tanpa mengira fahaman politik. Diharap readers juga dapat mendoakan kebaikan buat rakyat Malaysia disana.


Pssssttt... jadikan ini pengajaran dan sempadan... sesal dahulu pendapatan... sesal kemudian sudah tidak berguna!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??