Monday, 30 January 2012

BONGKAR !!! BUKTI ANWAR YAHUDI SEJATI !!! BUKAN PERKARA BARU !!!

Adakah PAS Bersubahat Dengan Penyokong Yahudi Bernama Anwar ?

Baru-baru ini Anwar telah menyatakan sokongan terhadap keselamatan Israel melalui wawancara dengan Asian Wall Street Journal. Kalih-kalih dia dok tuduh media tempatan pula putar belit cerita.

Apa punya bahalol la manusia sekor ni !

Anwar menyokong yahudi bukanlah perkara baru, sesiapa yang mengikuti perkembangan sesumpah yang sekor ni, mesti tahu cerita. Malah Anwar turut berada dalam senarai Co-chairs bagi 1 acara New World Order-Iluminati.

Selain Anwar, warganegara Malaysia yang turut bersama Anwar ketika itu Arwah Noordin Sopie. Kedua-duanya beragama Islam (setakat yang kita semua tahu) dan berbangsa Melayu.

Ini bukan perkara baru kerana ketika Anwar menghadiri program Yahudi tersebut, Anwar dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Didalam program tersebut turut juga hadirin diminta merujuk Bible. 

Tak percaya ?? Lihat print screen dibawah.


Lambang apa yang atas tu kalau bukan SALIB ! Jom aku tunjukkan sebahagian nama Co-chairs.


Jelas, nama didalam kotak merah itu bukanlah Anwar Ibrahim pemandu teksi atau tukang kebun. Nama itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia (ketika itu).

Dokumen ini sebenarnya dokumen lama. Korang bleh tengok dokumen asal ini di Cuttingedge. KLIK SINI

Sekarang ini, Anwar sendiri dah membuat pengakuan sokongan terhadap Israel. Lepas tu tuduh media putar belit.

Aku suka nak cabar si sesumpah yang sekor ni untuk saman AWSJ. Ada telor tak ?

Lebai-lebai kera PAS (Parti Adat dan Sukan) ni tak nak komen ke? Jika kita sokong pendokong yahudi kita pun jatuh bersubahat. Nik Ajis nak kata apa sekarang ni? Tak sabar tunggu Nik Ajis komen !

Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sengaja diputar-belit oleh media tempatan adalah satu lagi bukti sikap lidah bercabang Ketua Pembangkang itu.

Sambil mempersoalkan sejak bila hak rakyat Palestin dibela oleh Israel sehingga ketua pembangkang itu sanggup menyokong keselamatan negara Yahudi itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan Anwar bertujuan menyuci dosanya terhadap zionis.

"Ini bukti satu lagi sikap lidah bercabang. Sejak bila hak rakyat Palestin dibela Israel? Rakyat Palestin setiap hari dibunuh oleh Israel, apakah Anwar tidak tahu? Anwar sedar semua ini tetapi demi kepentingan politik beliau sanggup mengutamakan Yahudi demi menjaga hati zionis.

"Ini kerana Anwar mahu barat melihat beliau kawan kepada zionis dan golongan neo konservatif (kumpulan pro-Yahudi) selepas terlajak menghentam Apco Worldwide tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kenyataan kontroversi Anwar itu terbongkar apabila akhbar The Wall Street Journal pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut kepada Israel apabila dipetik sebagai berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Sebaliknya, menurut Anwar, kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan jika syarat itu dipenuhi, maka, wajar hak rakyat Israel juga dihormati, selaras dengan pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi.

Mengulas isu sama, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, alasan yang diberi dalam menghalalkan sokongan ke atas Israel membuktikan Anwar buta sejarah kerana zionis tidak pernah mengiktiraf hak rakyat Palestin mahu pun orang Islam.

"Golongan Yahudi ini memang telah ditegaskan dalam al-Quran bahawa mereka akan sentiasa memerangi dan menindas orang Islam khususnya bangsa Palestin. Jadi di mana logik alasan yang diberikan Anwar untuk beliau menghalalkan sokongannya kepada Israel.

"Semua ini sebenarnya cerminan sikap beliau yang sejak dahulu pro-Yahudi. Sebab itu Anwar tergamak menyokong segala usaha demi keselamatan Israel ketika rakyat Palestin setiap hari dibunuh dengan kejam dan hak mereka sebagai manusia dinafikan," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Zahid mencabar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar menyatakan sokongan ke atas Anwar dalam isu negara Israel dengan segera, kerana beliau adalah calon Perdana Menteri bagi pihak pembangkang.

Menurut beliau, Pas perlu menyatakan pendirian dengan jelas berhubung sokongan Anwar ke atas keselamatan Israel itu kerana pendedahan mengenainya, dibuat oleh akhbar antarabangsa yang sangat dipercayai pihak pembangkang dan bukannya media tempatan. - Utusan

Soalan aku kepada seluruh rakyat Malaysia. Adakah korang betul-betul mahukan Anwar jadi Perdana Menteri ?

Sumber : KGC



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??