Pocong PAS Berkeliaran !!!
Sekumpulan Mahasiswa telah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PAS hari ini, telah bertindak sebagai menyatakan protes mereka terhadap PAS yang telah mengkhianati perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.
Salah seorang pemimpin PAS yang terlibat ialah Mahfuz Omar yang cuba menyebelahi pihak ‘Mahasewel’ kononnya tidak berpuas hati tindakan pihak penguasa yang menahan sekumpulan ‘mahasewel’ yang mengadakan perhimpunan baring atas jalan di UPSI awal tahun ini.
Ternyata pihak ‘mahasewel’ ini menempelak keterlibatan PAS yang telah memungkiri janji bahawa akan memperjuangkan bagi menghapuskan AUKU.
Dalam pada itu, kumpulan ‘mahasewel’ telah menghadiahkan pocong yang dibuat daripada bantal sebagai suatu bentuk penghinaan kepada PAS yang telah menggantung 5 orang mahasiswa Kolej Universiti Islam Insaniah (KUIN).
Kesepakatan yang telah dicapai dalam Buku Jingga ternyata telah dikhianati oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada ketika itu menjadi pengerusi KUIN yang telah telah mengAUKUkan 5 mahasiswa yang telah digantung disebabkan terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insaniah Bestari.
Ternyata puak-puak Pakatan Haram Jadah ini hanya tidur sekatil, sebantal dan berkongsi selimut... Tetapi mereka mempunyai mimpi berlainan !!
Sumber : KGC
No comments:
Post a Comment