Thursday, 26 January 2012

GEMPAR !!! PAKATAN RAKYAT = ILUMINATI = FREEMASON ???

Benarkah Pembangkang Berteraskan Illuminati?


Kita jadikan Malaysia seperti Padang Tahrir, Kita jadikan Malaysia seperti Iraq, Kita jadikan Malaysia seperti syria diantara kata kata yang banyak dilaungkan didalam Facebook dan juga media sosial pembangkang.

Kata kata ini adalah diantara balaci balaci yang hebat memperjuangkan apa yang mereka katakan betul tetapi hakikatnya adalah salah. Konflik atau kegangguan suasana sememangnya diwujudkan oleh pihak pihak yang perpaksikan barat didalam agenda mereka untuk mempengaruhi, menakluki sesebuah negara islam.

Semua ini akan dapat kita lihat bagaimana Negara Timur Tengah yang kini telah menjadi ratahan barat dalam mempromosikan DEMOKRASI dan hak kebebsan ala barat didalam negara Islam. Akhirnya negara tersebut telah tumpas jatuh tersungkur sehingga kini . Dimanakah Demokrasi yang mereka laungkan?

Jangan kita hairan disatu masa nanti akan berlaku ledakan senjata untuk menumbangkan kerajaan. Didalam 901 dan isu ancaman bom terhadap kepimpinan negara telah mula kedengaran. Kita yakin dan percaya satu hari nanti ledakan senjata akan berlaku didalam negara ini, termasuklah ledakan bom untuk menghalalkan cara.

Sudah pastinya mereka akan meyalahkan Kerajaan dalam kata kata yang biasa digunakan oleh Illuminati iaitu’ KONSPIRASI” -Maka jika kita lihat sekarang semua nya telah menjurus kearah apa yang berlaku di Timur Tengah.

Kegagalan taktik didalam demontrasi untuk mengwujudkan kematian terancang telah membuntukan agenda melancarkan revolusi-Taktik ini biasa digunakan di timur Tengah bagi meningkatkan rasa kemarahan rakyat dan menuding jari kepada keganasan pihak berkuasa dan juga kerajaan. Makan akan berlaku lah rusuhan untuk menegakkan keadilan daripada insiden kematian terancang tersebut.

901 telah dikejutkan dengan letupan bom, nyata sekali sekarang pihak pembangkang sudah bersedia bermain api dan peluru untuk menyokong PEMBOHONGAN Anwar Ibrahim. Mereka telah bersedia dalam pelbagai cara untuk menumbangkan kerajaan. Baru baru ini ancaman meletupkan Helikopter Perdana menteri Malaysia tealh pun dinyatakan.

Apakah semua ancaman ini satu kebetulan.? Jika kita lihat rentetan rusuhan dan penumbangan kuasa sejak daripada Presiden Anwar Sadat semua yang dilakukan oleh PKR sekarang adalah berteraskan Illuminati terancang.

Sebagai seorang Islam seharusnya kita berganding bahu menumbangkan agenda Illuminati ini bukan kerana sebuah kerusi maka kita gadaikan semuanya sehingga tiada apa lagi yang kita ada dan akhirnya kita akan bergolak dalam perang saudara seperti yang telah berlaku di Timur Tengah sekarang. Mana Demokrasinya?
Malaysia Huru Hara Itu Matlamat Iluminati 2012

Kemunculan huru hara dunia semakin menghimpit kita menjadikan kita terus bercelaru untuk mencari siapa musuh kita sebenar. Kita disibukkan dengan sesuatu yang sebenarnya tidak perlu. Hari yang semakin kacau ini akan membutakan mata kita untuk melihat kebenaran. Tentulah semua ini sengaja dibebankan kepada kita, manusia akhir zaman.

Pemesongan fakta serta bukti sengaja ditimbulkan bagi mengelak dari dikesan. Negara Arab tidak lagi akan aman sampai bila-bila kerana sememangnya ia dirancang sedemikian rupa. Dunia Islam akan digoncang dan dimanipulasi sehingga kita semua menjadi letih dan lesu. Jangan kita sangka Malaysia akan terlepas dari strategi ini.

Kita mungkin bernasib baik, namun ia tetap akan terjadi juga akhirnya kerana Knights Templer dan armada salib mereka sentiasa berusaha tanpa jemu mengkucar kacirkan negara kita. Memang benar segala langkah mereka akan terus terselindung, namun ada diantaranya dapat kita kesan melalui beberapa tindakan mereka yang melebihi batas. Contoh terbaru ialah bagaimana beberapa pertubuhan di USA mengecam sistem perundangan kita. Menggesa kita mengubah beberapa peruntukan undang-undang tertentu.

Mengapa mereka begitu berminat mencampuri urusan negara kita? Mengapa mereka tidak cuba selesaikan apa yang mereka telah mulakan di Asia Tengah, Asia Barat dan Utara Afrika? Agen-agen mereka berkeliaran dalam negara kita dengan bebas dan mampu pula melantik beberapa proksi secara rahsia. Ini menunjukkan mereka tidak pernah putus asa untuk merentap keamanan yang sedia wujud dalam negara sejak sekian lama.

Kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, adalah menjadi jidah kepada setiap rakyat menyelamatkan negara ini daripada ancaman Illuminati yang sedang dibawa oleh pihak pembangkang untuk menumbangkan kerajaan dengan apa cara sekali pun.


Sumber : rmf7


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??