Thursday, 26 January 2012

WAJIB BACA !!! KIAS TERSIRAT DARI YG TERSURAT !!!


Mesti baca. (I4TT nak kongsi komen dalam posting I4TT di FB)


Adakah KITA RELA mnyerahkn KUASA kpd BANGSA LAIN...
Asalkan bukan UMNO terus BRKUASA ?????
Kerana PAS lum cukup kuat utk LAWAN DAP.......

Pohon Kehidupan di Bumi Melayu
(didekasi untuk pejuang negara bangsa; dulu, kini dan selamanya…)

Suatu ketika di hujung senja;
Moyangku telah menebas onak duri,
menggali harapan di tanah leluhur ini…

Dengan kudrat yang ada, dia meredah maya
merancang segala demi masa depan cucu cicitnya…
maka…dengan jiwa yang tulus, diiringi semangat kental
dia menongkah arus, meredah gelombang

Kaum kerabatnya bergolak bergadai,
Demi sebuah kebebasan, emas permata jadi taruhan,
Kerana…biar hilang harta di badan, jangan maruah terus diratah….

Cukuplah, setakat ini!!!
hutan galian terdampar di bumi Tanah Melayu ini,
telah banyak dirompak, kerana takut nanti…,
khazanah warisan cucu cicitnya takkan tersisa lagi!!!

Maka, demi tanah bumi sendiri,
Mereka bangkit memenuhi tuntutan,
Sebuah kebebasan!!!

Kerana, sudah tiba masanya……memahat azam,
Demi menanam sendiri pohon kehidupan di bumi bertuah ini…
agar khazanah tanah leluhur ini tidak terus dirampok…

Kerana….semenjak ranapnya Negara Kota,
akibat kealpaan pemerintah, dan liciknya si pengkhianat negara…
lalu, rentetan itu telah mengheret derita berpanjangan,
warganya terpaksa menikus di tanah sendiri…

Natijahnya…..,telah menghimpun segenap rasa kelam
Kerana berabad lamanya, tanah leluhur ini dibongkah, digali….
banyak keringat, darah dan air mata
tumpah menitik membasahi bumi ini,
lalu…..demi menuntut hak sendiri….

Para moyangku pun berpencak silat dengan akal
Mengumpul segala jalan mencari rentak tari yang akan memukau para penjarah
agar tanah ini tidak terus dicengkam gersang,…
cukuplah setakat ini….diekori mimpi ngeri

Sudah tiba masanya untuk bangkit menegak panji-panji
demi membina kembali runtuhan Negara Kota
untuk kelangsungan hidup generasinya,
demi kedaulatan tanah leluhur ini yang sekian lama tercabar….

Lalu, para moyangku pun mencambahkan benih harapan
bersama kaum kerabatnya, bermuafakat berbincang segala….
pun begitu, bukan mudah merencana sebuah harapan
berbagai cara menujah akal fikir,
dan pelbagai kata dilontarkan

Namun dalam petah meluah kata, 
madah bicaranya lembut sekali….
dibentang agenda terencana,
demi meyakinkan si pemajak….
agar dipulangkan kembali tanah ini,

Kita mahu meneroka dan menanamnya sendiri,
dengan cara dan kebijaksanaan pemilik asal mentadbirnya….

Namun, dalam kemelut menggapai impian,
bongkahan batu menghempap gemala, lemah longlai segala jasad,
demi mendengar pra syarat sebagai taruhan….

belati menghunus tangkai hati…
tajam tertusuk sembilu, ngilu tak berdarah
namun, di dalam pedih, bagai tak tertampung dalamnya luka….
pun begitu….,

demi penderitaan yang lama tertanggung,
demi sebuah kebebasan yang mutlak…
maka, dengan hati yang berat, terbias alur di jiwa yang tulus
biarpun, ini bukan seperti apa yang diharapkan

namun, para moyangku terpaksa akur….
menerima…seadanya, demi menghirup udara nyaman
sebuah kehidupan yang bebas dan berdaulat
di tanah milik sendiri….

Akhirnya, tanah leluhur ini terpaksa menerima “Jossuli”
sebagai pemangkin sebuah kebebasan…
dalam keterpaksaan menerima sebuah perjanjian

Pun begitu, dengan kebijaksanaan payung diraja,
yang menaungi rakyat jelata…

Kata moyangku, Raja bertitah;

“Kami, Raja-raja Melayu bersetuju memperturunkan kuasa bagi menjamin serta melindungi hak dan keistimewaan Orang-orang Melayu & Pribumi, maka kami peruntukkan separuh daripada hasil bumi ini adalah hak Melayu & Pribumi (termasuk Sabah & Sarawak selepas itu), dan kamu rebutlah separuh lagi untuk dikongsi bersama semua bangsa secara sama rata, Dan, kami tubuhkan pasukan Polis dan Askar Melayu Diraja untuk menjaga keselamatan dan menjamin keamanan negara Dan, kami angkat agama Islam sebagai agama rasmi negara, dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara Persekutuan Tanah Melayu…”

Termenung di jendela,
Mengimbau peristiwa semalam yang tercatit dalam himpunan sejarah;

mengintai suasana dalam senja nan remang....
mengimbas kembali detik kebebasan,
dengan rasa muhibbah, akur akan hakikat
terpateri kukuh dalam paduan janji…

Namun kini..,
ia seperti taji memakan tuan…
hati tersentak, torehan rasa berdarah di dalam…

Kerana….ngilu rasa di jiwa, bimbang menujah rasa
melihat pohon kehidupan yang ditanam para moyangku mulai goyah…
reranting bangsanya ditujah titik-titik kehitaman,
dedaun yang merimbun telah menampakkan kelayuan,

Kerana kealpaan menyiram baja persefahaman
akibat sentiasa menghirup hawanya nan dingin,
aman meneguk suasana selesa dalam pelukan subsidi….
dedalu yang menumpang teduh lebih kuat dari pohon asal…

Hidup subur menghirup rezeki,
menyedut nyamannya bayu berpupuk,
menjalar bebas membina identiti yang teguh dan padu;
biarpun jauh dari rumpun nan asalnya…,

Dalam keselesaan mendiami lembah nan subur ini,
pohon kehidupan bangsa pula semakin layu…
biarpun kita membajai dan menjaganya sendiri
dengan hak dan kuasa yang memang milik kita,

malahan, wahyu yang terangkum juga telah diinjak-injak
pohon bangsa semakin dicengkam pelbagai rasa,
keliru dalam pelbagai rentak fatwa pujangga,

diheret berbagai kemelut merantai jiwa, 
paduan hati semakin menjauh…
kerana ada yang tega menghirup bisa racun bermadu,

dan…, waris sendiri yang menaburinya di jalanan,
menambah bisa yang diserap dalam senyap,
makhluk perosak menunggu kealpaan kita….

Kerana…waris Si Kitol,
pengkhinat itu masih hidup rupanya,
bernafas dalam udara berkabus,
lemas dalam nafsu bertopeng malaikat,
api merebak di dalam sekam, asap berjerubu…
tak tau mana pangkal mulanya???

Dalam senyap, ingin membakar daging bangsanya sendiri,

Tafsiran akal adalah hakikat…,
bersandarkan gelombang riak rasa,
terentang makrifat di hadapan mata…
terang dalam suluhan cahaya nan benderang…

mata meneropong, hati melihat dengan jiwa,
pedih menikam tercucuk duri dalam daging
begitu ketara sekali, dalam pandangan jauhari….,

telah nyata kini, akar tunjangnya sudah tidak kuat lagi
baja paduan sudah tidak menjadi,
sungai bangsa terus berselirat dilimpahi sarap
alirannya sejuk, tetapi minda diracuni agen perosak,

Menuba bangsa yang alpa pada rentetan silam,
demi memerangkap akal fikir beralih arah,
mengheret bunga bangsa dalam kemelut resah
kerana telah ada yang termakan madu nan beracun

Lalu, ia menjadi wadah atas nama perjuangan
kerana, ada yang telah alpa pada wasilah,
bertindak menentang arus, melawan wasiat diraja;
lantas, mencabar daulat pohon bangsanya sendiri….
malahan agama jadi bahan jajaan, hatta di jalananpun…

Lalu…,dalam merenung tafsiran maya;
akal sedar membangkitkan seribu rasa
gundah mencantas minda, menujah seribu rasa….

Kalut di kalbu, mentafsir kemelut dalam kelambu
menujah akal hingga bercelaru…

Terimbau igauan semalam, hati dirasuk bimbang;
bimbang sejarah Negara Kota berulang,
firasat sukar diterjemahkan,

Kerana…jika itu terjadi,
tanah leluhur ini bukan lagi milik mutlak kita…
akar bangsa pastinya sukar untuk bangkit lagi,
atau ia mungkin takkan tumbuh lagi???

Amat sukar untuk mencambahkan semula pohon kehidupan,
kerana akarnya telah diracun bisa yang maha hebat….

Pasti ia tidak ampuh lagi, menampung tegak rimbunan pepohon bangsa,
kerana terlalu ramai bijak pandai, tetapi tak boleh ditumpang,
dan yang dungu pula tak makan diajar…
lalu, bagaimana???

Maka…persoalan pun menerjah akal sedar;…
Adakah ribuan pahlawan akan bermandi darah dan keringat??
atau para ibu kehilangan anak tersayang,
anak-anak kecil menjadi yatim,
takpun si isteri menjadi balu, hilang rimbunan dahan berpaut??

Pastinya sekali lagi mengheret derita bermusim lamanya….
Atau berapa abad pula baru bertemu penawarnya,
menangkis segala racun yang menular???,

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??