Sebelum ini, nelayan Kuala Selangor pernah cuba nak berdepan dengan Khalid Gagap yang banyak berjanji tetapi sampai hari ni HAMPEH ! Ini lagi kes, orang lain buat janji tetapi orang lain pula yang muncul.
Para nelayan cukup berang dengan sikap Khalid yang cuba mengelak untuk pertemuan-pertemuan yang pernah diatur sebelum ini dan sikap Khalid yang sering memberikan alasan dan melarikan diri sangat mendukacitakan.
Hari ini, para nelayan amat bersyukur sekali !
Kedatangan Dato' Sri Noh Omar mendapat sambutan yang amat memberansangkan dari pihak nelayan. Giler beb, Noh Omar kena serbu !
Sebanyak RM19.6 juta diperuntukkan kerajaan membaik pulih 2008 nelayan di seluruh negara yang layak di bawah program Tabung Khas Perumahan Nelayan bermula 1 April ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, peruntukan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bertujuan membela nasib golongan itu di seluruh negara.
Beliau berkata, pada program fasa pertama itu, setiap nelayan akan menerima RM10,000 seorang yang diselaraskan oleh Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (M3P) kawasan masing-masing.
“Sebanyak 15, 790 borang telah diedarkan melalui persatuan nelayan di seluruh negara tetapi hanya 9,096 borang yang dikembalikan. Daripada jumlah itu, sebanyak 3,034 permohonan disokong M3P di seluruh negara namun setelah dibuat pemilihan, hanya 2008 sahaja memenuhi kriteria,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Nelayan Kuala Selangor ke-31 dan penyampaian elaun sara hidup Persatuan Nelayan Kuala Selangor di sini, semalam.
Namun begitu kata Noh, nelayan yang tidak terpilih kali ini masih boleh membuat permohonan sekali lagi atau surat rayuan untuk dipertimbangkan.
Noh berkata, fasa kedua bantuan tabung itu akan membabitkan pemberian peruntukan RM40,000 bagi nelayan Semenanjung dan RM50,000 nelayan di Sabah serta Sarawak untuk membina rumah.
“Fasa pertama dan kedua akan berjalan serentak yang memberi faedah kepada golongan nelayan. Namun begitu kami akan memastikan hanya nelayan yang tulen sahaja menerima bantuan tersebut.
“Ini kerana ada nelayan sambilan. Walaupun nelayan tersebut tidak menjadi ahli, namun perlu mendapat pengesahan daripada persatuan nelayan di kawasannya terlebih dahulu,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai laporan akhbar Selangor Kini yang mendakwa Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Pasir Penambang, di sini dibina secara haram, Noh berkata, ia merupakan fitnah yang sengaja dicipta pembangkang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, jeti berkenaan dibina mengikut undang-undang termasuk lantikan kontraktor yang dibuat pada 2006, namun tergendala akibat masalah setinggan sebelum ini.
“Jeti ini merupakan projek lama bermula sejak 2007 dan kini sudah 80 peratus siap. Tidak timbul isu jeti dibina tergesa-gesa atau bertujuan untuk mengaut keuntungan seperti yang didakwa,” katanya.
Justeru katanya, LKIM akan mengemukakan tindakan saman terhadap Kerajaan Negeri dan akhbar tersebut kerana menyebarkan fitnah.
“Saya kesal kerana Kerajaan Negeri menggunakan akhbar tersebut untuk merosakkan pemikiran rakyat, malah lebih teruk akhbar penyebar fitnah itu diletakkan di masjid-masjid di negeri ini,” katanya. - Pena Noh Omar
Nilai-nilaikan lah wahai rakyat Selangor terutamanya. Renung-renungkan... fikir-fikirkan...
Jom kalih undi !
Hancur Pakatan !!!
Sumber : KGC
No comments:
Post a Comment