Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah on stage. Beliau berkongsi cerita kisah keluarganya. Rugi sape yang tak hadir.
Persoalan yang beliau bawa ialah kenapa perlu orang Islam meminta sedekah dengan puak kafir.
Beliau membawa hadirin untuk lebih memikirkan nasib dan hala tuju orang Melayu dan Islam. Walaupun beliau akui dirinya bukan berbangsa Melayu.
Islam dan Melayu dilindungi oleh perlembagaan. Melayu itu Islam. Murtad bermakna tidak lah Melayu seseorang itu.
Beliau menyeru untuk pertahankan Islam, Melayu dan Raja-raja.
Bukan mudah untuk beliau pertahankan seorang diri bila diserang sendirian.
Kerana perlembagaan kita melindungi bangsa Melayu dan Islam. Hebatnya perlembagaan kita yang tidak dijumpai dimana-mana negara.
Tiada sesiapa pun boleh mendakyah orang Islam dengan agama lain. Tetapi hari ini ada pihak yang "BIADAP" dan berani mendekati orang Islam dan mendakyah orang Islam dengan agama lain (Kristian).
Sedangkan Islam dilindungi oleh perlembagaan. Perlembagaan termaktub menjamin Agama, Bangsa dan Negara.
Kenapa mereka ini berani berbuat demikian. Persoalan Dr Ridhuan Tee untuk hadirin fikirkan.
Faktor utama kenapa Aqidah umat Islam begini... jawapannya... kerana KITA sendiri. Sebelum menyalahkan orang lain, perlu salahkan diri sendiri dahulu. Take for granted.
Kita lahir Islam tetapi tidak belajar Islam. Kerana itu mudah terpesong dengan dakyah luar !! Mudah goyah dan terpedaya !! Kerana diri kita sendiri !1 Kerana jiwa yang kosong pengaruh luar mudah melemahkan kita !!..
Beliau turut mencuit hal sirah Nabi dan kedatangan Islam kepada orang Melayu.
Islam is the way of life.
Menyeru Umat Islam untuk tampil kedepan BERSAMA mempertahankan AGAMA ISLAM. Bukan kutuk mengutuk dan fitnah memfitnah.
Sepatutnya kita sesama umat islam mempertahankan apa yang benar.. tetapi pada hari ini, umat islam menuding jari sesama sendiri untuk menyalahkan siapa yang benar dan siapa yang salah..
Selain itu, beliau juga menekankan kepada kekuatan ekonomi islam pada masa sekarang yang semakin meruncing..
Menurut fakta, katanya lg, Masjid dan surau pada masa kini hanya ada 30,000 sahaja sedangkan rumah-rumah ibadah bukan islam sebanyak 200,000 termasuk yang kecil hingga sebesar-besar... Oleh itu, umat islam perlulah BERSATU untuk kita semakin kuat dan tidak menjadi pengemis di negara kita sendiri..
Published with Blogger-droid v2.0.4
No comments:
Post a Comment