Tuesday 13 March 2012

SEBELUM REBAH DI PRU 13 HARTA SELANGOR WAJIB DIGADAI !!!

Regimn Khalid Gagap Dalam Operasi Melicinkan Khazanah Negeri Selangor !

PKNS, Yayasan Selangor, PKPS Dan Kini Taman Pertanian Bukit Cherakah !!!

Sememangnya gaya pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang berdasarkan “profit-gain” mencermin status betapa pengaruh korporat telah berjaya diadaptasi dengan cemerlang.

Inilah yang kita mahukan, apabila nilai korporat dibawa masuk, sekaligus menambahbaikan sektor awam, yang sebelum ini telah menyebabkan banyak rungutan dari rakyat.

Malangnya, transformasi yang rakyat Selangor harapkan di kalangan penjawat awam negeri masih lagi berada di takuk lama, kerana Menteri Besarnya tidak mementingkan penjawat awam, akan tetapi lebih kepada aset kebanggaan anak negeri yang sangat banyak, sehingga terliur melihat jumlahnya.

Dan pengaruh korporat yang dibawa oleh Menteri Besar, menyaksikan cubaan terbaru untuk menjual satu lagi harta rakyat negeri Selangor, iaitu Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA), atau dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cherakah.


Lucu apabila mengenangkan, Khalid Ibrahim memberi alasan peruntukan yang diberi oleh kerajaan Persekutuan tidak mencukupi untuk menyelenggara taman berkenaan. Walhal, kerajaan Persekutuan, melalui Kementerian Pertanian telah membelanjakan kira-kira RM161 juta bagi menampung kos berkenaan, sehingga TBNSA menjadi salah satu tarikan agro-pelancongan utama negara. Dan sepanjang tempoh operasi taman berkenaan sejak pembukaannya pada 1986, sebanyak RM236.04 juta telah dibelanjakan bagi tujuan promosi, penyelenggaraan kawasan dan pentadbiran.

Tentunya rakyat tertanya-tanya, bagaimana sekiranya kerajaan negeri mengambil alih pengurusan taman berkenaan? Persoalan pokok ialah, apakah cara bagi kerajaan negeri untuk mencari sejumlah dana bagi pengurusan TBNSA?

Rakyat Selangor perlu tahu bahawa keluasan TBNSA adalah kira-kira 1,295 hektar, satu keluasan yang memerlukan kos atau dana penyelenggaraan yang besar. Sekiranya kerajaan negeri mengambil alih, options terbaik yang ada, tanpa melibatkan mana-mana akaun anak syarikat negeri, adalah melalui pajakan, atau penjualan sebahagian dari keluasan tanah tersebut.

Dan melihat dari kecenderungan kerajaan negeri mengurustadbir aset negeri, pastinya penjualan terus adalah pilihan terbaik mereka. Itu yang berlaku kepada IKYS dan Asrama Yayasan Selangor, serta aset-aset di bawah PKNS. Ia juga dikuatkan lagi dengan dakwaan Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian, bahawa terdapat usaha dari kerajaan negeri untuk menjual kira-kira 40 hektar tanah bagi, kononnya, untuk mencari dana pengurusan taman, sekiranya kerajaan negeri berjaya mengambilalih taman berkenaan.

Seandainya ini berlaku, ia amat mengecewakan kerana harta anak negeri akan semakin berkurangan. Kemerosotan kekayaan negeri Selangor di bawah pentadiran Khalid Ibrahim sangat ketara. Dan dengan kredibiliti pengurusan kewangan yang sangat tidak boleh dipercayai, tidak mustahil hasil jualan tanah itu nanti menjadi sebahagian dari program “memfaraidkan harta rampasan perang”.

Selangor Berduka…

Nota KGC : Sebelum Pakatan Haram Jadah tumbang di Selangor, makanya Regimn Khalid Gagap & Co. WAJIB untuk melicinkan khazanah Selangor. Kerana itu, satu demi satu khazanah Selangor diliwat oleh mereka ! Si GAGAP cukup takut jika tak sempat nak tarah harta Selangor. Maklum je la, lepas tumbang diorang takut muflis pula !


~ kitagempur.com ~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??