Monday 17 December 2012

ADAKAH SEMUA PEMIMPIN BN HARGAI PENGAMAL MEDIA BARU PRO-KERAJAAN ?!! @NajibRazak



Populariti media baharu seperti Facebook dan Twitter serta ribuan blog berunsur politik yang prokerajaan mampu menjadi pemangkin usaha Barisan Nasional (BN) meraih sokongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata memandangkan golongan muda dilihat lebih mempercayai media baharu berbanding konvensional, medium berkenaan diharap dapat membantu kerajaan menangkis tohmahan yang dilempar pembangkang.

"Saya berharap blogger yang selama ini menyokong kita di alam maya akan terus membuat penerangan mengenai sesuatu isu, sekali gus dapat membantu kerajaan memberi penerangan kepada masyarakat mengenai sesuatu perkara buruk yang cuba ditohmah oleh pembangkang.

"Ini penting kerana golongan muda lebih banyak mengikuti perkembangan politik tanah air melalui media baharu," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan bersama lebih 200 blogger di sini, malam tadi.

Pada majlis tersebut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merasmikan 'Kelab Tok Pa' di laman sosial Twitter sebagai wadah baharu untuk mendekati dan mendengar masalah rakyat dengan lebih menyeluruh. - BERNAMA

Persoalan yang timbul pula... apakah semua pemimpin BN menghargai peranan jentera media baru ini ???

Dan... Kenapa segelintir pengamal media baru (faham-faham udahler) sahaja yang diiktiraf dan 'dijaga rapi' ???


1 comment:

  1. Saya sangat sangat tertarik dengan persoalan yang tuan tujukan itu. Sememangnya, sebagai pelayar internet dan pengundi atas pagar, saya juga perasan akan perkara ini. Pada saya, blog blog pro-kerajaan lebih banyak memainkan peranan didalam membantu kerajaan. Juga saya perhatikan blog blog seperti ini lebih ramai pembaca dari parti parti pembangkang.

    Sebab yang boleh saya berikan adalah:

     Blog blog pro-kerajaan lebih bersikap adil, iaitu bukan saja memberikan penerangan kepada tuduhan dan fitnah tetapi juga mengkritik kerajaan dimana yang salah.

     Blog blog pro-kerajaan lebih berani menyuarakan pendapat samada secara peribadi atau pun dari pembaca. Contoh beberapa blog yang saya ikuti, amat lantang memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara dengan tanpa berselindung mengkritik kerajaan atas dasar “membodek” bangsa Cina.

    Pendapat saya, kiranya sentimen saperti ini jika dialunkan berterusan oleh semua blogger, kemungkinan akan dapat menyatukan kaum Melayu.

    Blog blog UMB UMNO tidak begitu berkesan membantu kerajaan. Ini adalah kerana berita berita yang dipaparkan kebanyakanya seolah olah “membodek” kerajaan dimana pembaca dari parti parti pembangkang amat jelek membaca. Justeru, message yang dipaparkan itu tidak akan sampai kepada pehak parti lawan. Tidak dapat hendak dinafikan bahawa ada blog blog pro-kerajaan yang secara tidak langsung juga saperti musang berbulu ayam. Bagaimana pun saya amat teruja dengan blog blog pro-kerajaan.

    Selamat berjuang demi agama bangsa dan Negara tercinta serta kedaulatan raja raja Melayu.

    antara_kita

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??