Friday 14 December 2012

KONSPIRASI TERBARU ANWAR DI SAAT KEJATUHAN YANG DIJANGKA RAKAN SEPAKATAN !!!


Deepak Jaikinshan dilihat semakin tersepit dengan serangan blogger blogger pro kerajaan sejak seminggu lalu. 

Turut cemas adalah Anwar Ibrahim yang mana kita telah mengetahui bahawa serangan rekayasa Fitnah jahat Deepak telah diarahkan oleh Anwar Ibrahim melalui R.Sivarasa peguam Deepak.

Pendedahan video rakaman sulit tempoh hari berkenaan kenyataan Deepak yang mana menyatakan dengan jelas Anwar Ibrahim dalang disebalik serangan fitnah ke atas Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor cuba dinafikan Deepak semalam melalui portal fitnah utama PAS iaitu harakdaily.

Gomo semalam lagi sudah mendapat maklumat bahawa Deepak dibawa ke pejabat Harakah untuk ditemubual yang mana jelas menunjukkan Konspirasi telah diatur oleh PAS bagi meneruskan rekayasa fitnah jahat ke atas pimpinan negara.

Gomo sebenarnya geli hati apabila membaca satu kenyataan Deepak yang mana menyatakan:


“I did not say that I met Anwar,” he said. “What I said and what was written (in the blog) are two different things.” He challenged the person who recorded the video to release the entire footage and the transcript of what he had said".

Deepak marah benar dengan Papa Gomo? 

Kau Spin apa ni Deepak “What I said and what was written (in the blog) are two different things.” 

Ataupun Deepak sebenarnya nak menyerlahkan lagi kebodohan beliau kepada masyarakat?

Gomo bukanlah jenis yang gelojoh mahupun semberono dalam mengeluarkan bahan bahan yang penting. 

Apatahlagi dengan rakaman lain tentang apa yang Deepak katakan berhubung pengakuan beliau diarahkan Anwar Ibrahim dalam menfitnah Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor. 

Namun demikian Gomo lebih suka ataupun berminat untuk mengulas apa yang Deepak katakan tentang Bala.



Deepak menyatakan kepada portal pembangkang (Skrip Anwar Ibrahim) :


"Buku itu katanya akan menceritakan urutan peristiwa sejak beliau diminta oleh Rosmah untuk memaksa P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun (SD) kedua, seperti didakwanya, sehinggalah kepada wawancaranya dengan beberapa portal berita hari ini." - Msiakini, Harakah

Itu pengakuan Deepak sepertimana yang dilaporkan oleh portal berita pembangkang semalam. 

Mungkin ada yang percaya dengan apa yang Deepak sampaikan tetapi Gomo ada pekara yang lebih besar untuk seluruh rakyat melihat sendiri apa yang Deepak katakan sebelum ini. 

Jom layan video dibawah ini.



Jelas didalam video diatas Deepak mengakui beliau tidak terlibat langsung dengan segala keterangan P. Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan Altantuya. 

Malah Deepak sendiri megakui siatan SPRM ke atas beliau berjalan dengan telus tanpa prejudis.

Ok lah mungkin ada yang masih menyatakan Deepak betul, Najib dan Rosmah terlibat dalam segala fitnah yang dilemparkan pembangkang. 

Jika demikian apakata anda menilai sendiri muka Deepak ni dengan teliti dan renungkan kenyataan beliau berhubung temubual yang dilakukan portal pembangkang Malaysiakini pada 6 April tahun 2011 yang lalu.

Jika 2011 Deepak menyatakan beliau tidak terlibat dan tidak ada kena mengena malah menafikan segala galanya jadi bagaimana pula sekarang tahun 2012 yang semakin hampir Pilihanraya Deepak pusing 360 darjah dan menyerang Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor? 

Apakah Deepak seorang yang boleh dipercayai keterangan beliau?

Apa yang jelas disini jelas menunjukkan Konspirasi terancang yang dilakukan oleh Pakatan pembangkang diketuai oleh Anwar Ibrahim. 

Segala fitnah ke atas Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor sebelum ini telah gagal jadi untuk mewujudkan fitnah terbaru maka Deepak dijadikan alat untuk membuat persepsi baru menfitnah Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor.


Klik Disini Video Konspirasi Anwar & Deepak

Pengakuan Deepak sebelum ini yang menyatakan berjumpa dengan Anwar Ibrahim dan diarahkan oleh Sivarasa untuk menyebut nama Najib Tun Abdul Razak dan Rosmah Mansor didalam mahkamah dikukuhkan lagi dengan fakta tentang sidang media yang diaturkan oleh pihak Harakah semalam. 

Apakah tidak ada perancangan jahat apabila Harakah membawa Deepak ke pejabat mereka untuk ditemubual?


Rakyat begitu mudah disogok dengan penipuan dan rekayasa jahat Pakatan pembangkang, jadi Gomo minta rakyat yang mempunyai akal dan minda yang sihat untuk menilai segala yang Gomo katakan. 

Jangan mudah kita percaya kepada plot cerita Deepak kerana yang pasti dan nyata Skrip telah digarap oleh Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan Isteri sepertimana fitnah fitnah yang dilakukan mereka sebelum ini.

Deepak Jaikinshan sendiri mengakui Anwar Ibrahim pelakon Porno video China Doll, so lu orang nak kata apa pasal Deepak ni?

Sumber : Papa Gomo


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??