Monday 24 December 2012

ALLAH TURUN BALA KEPADA KHALID GAGAP YANG SEDANG ASYIK DI KELAB MALAM !!! RAKYAT JUGA YANG SUSAH !!!



Dasar manusia lidah bercabang pakatan haram di Selangor ini, semasa kerajaan BN memerintah Selangor, setiap kali banjir datang dikatakan bala dari tuhan supaya rakyat memilih kerajaan pilihan Allah kononnya iaitu pakatan haram jadah. 

Namun apabila banjir melanda semasa pemerintahan pakatan haram mereka kata banjir ini adalah rahmat dari Allah.

Hakikat bahawa membangunkan negeri tidak semudah yang disangka seperti menabur fitnah telah mengakibatkan satu kejutan budaya yang tidak mampu dipikul oleh kerajaan pakatan haram Selangor. 

Menguruskan negeri bukan semudah bercakap fitnah maki hamun di atas pentas. 

Rakyat sudah muak dengan ceramah hasutan pakatan haram.

Kemunafikkan PAS amat terserlah bilamana golongan PAS menyatakan bahawa UMNO lah penyebab bala yang berlaku di Selangor. 

Dari tanah runtuh, banjir, kebakaran sehinggalah kemalangan jalan raya, semuanya salah UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan mereka pernah mengaku bahawa jika mereka memerintah tidak akan berlaku apa-apa kekacauan kerana pemerintahan mereka dilindungi oleh tuhan.

Nampaknya keadaan bertambah teruk bagi negeri Selangor di bawah pakatan haram. 

Jika dahulu, ada sesetengah tempat yang banjirnya hanya pada musim tengkujuh, kini boleh dikatakan banjir setiap kali hujan. 

Ini tidak lagi termasuk tempat-tempat yang tidak pernah banjir tapi sekarang suasananya tak ubah seperti anak sungai dan juga kolam ikan.

Sejak dari dahulu lagi, isu kejadian alam telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang, namun apabila segalanya diletakkan atas politik, maka kerja dan tugas pun boleh jadi tidak cekap. 

Ini yang berlaku di sekitar Selangor, oleh kerana terlalu banyak berpolitik dan mencari salah orang lain, kerajaan yang ada sekarang tidak mampu untuk menjaga dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. 

Akibat daripada penyelengaraan yang tidak efisyen sesetengah saluran dan penyelengaraan air hujan di Selangor gagal berfungsi dengan baik.

Akibatnya, bagi kawasan rendah akan mengalami banjir teruk setiap kali hujan. 

Yang paling membimbangkan lagi, apabila kawasan yang tidak pernah banjir, mengalami kejadian “air naik” yang boleh menyebabkan kerosakkan, kecederaan dan juga kehilangan nyawa. 

Kejadian banjir besar berlaku ketika hanya 2-3 hari sahaja kelab malam pertama di Shah Alam dirasmikan.

Jika pemimpin BN dan UMNO mengamalkan politik cetek akal seperti Pakatan Rakyat, sudah tentu isu banjir ini dikatakan sebagai bala tuhan kerana PR halalkan kelab malam pertama di Shah Alam dimana penduduknya 70% adalah orang Melayu yang beragama Islam.

Aktiviti perlombongan pasir yang tidak teratur juga adalah salah satu punca banjir kilat berlaku. 

Tambahan pula pegurusan sampah yang carca marba telah menyebabkan banyak longkang yang tersumbat yang akhirnya menyumbang kearah masalah banjir kilat. 

Pakatan haram tidak pernah layak sedikit pun memerintah Selangor kerana mereka adalah punca segala permasaalahan yang tiada penghujungnya. 

Kepakaran mereka dalam menabur fitnah tidak mampu diimbangi dalam skil pengurusan negeri yang amat buruk yang akhirnya mencipta reputasi yang teramat ketara kegagalannya. 


Sumber: FB UKS


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??