Tuesday 11 December 2012

PAS BELUM PUAS MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA !!!



Sekali lagi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat cuba mencuci tangan dengan memutar belitkan fakta apabila menuduh UMNO sebagai punca berlakunya perpecahan sesama orang Melayu Islam di negara ini.

Katanya, perpecahan orang Melayu Islam masa kini bukannya disebabkan oleh PAS sebaliknya berpunca dari UMNO yang didakwanya mengenepikan dasar Islam dan lebih selesa dengan semangat kebangsaan.

Hujah Menteri Besar Kelantan itu bukan sahaja menampakkan kedangkalan pemikirannya malah menunjukkan ketaksubannya yang melampau terhadap PAS.

Nik Aziz mungkin lupa, namun sejarah hakiki tidak mungkin dapat dipadamkan bahawasanya kewujudan PAS itu sendiri adalah hasil dari ketamakan kuasa. 

Dek kerana gagal merebut jawatan Yang Dipertua UMNO maka dari situlah wujudnya PAS hingga ke hari ini. 

Kewujudannya pula bukan atas nama perjuangan Islam sebaliknya bertitik tolak dari dasar dendam kekalahan yang kemudian merebak kepada perpecahan orang Melayu Islam.

Sedar dengan kelemahan itu maka pemimpin PAS berbohong pula kepada rakyat konon penubuhannya adalah hasil dari protes terhadap judi loteri yang dikaitkan dengan UMNO.

Walhal jika itu alasannya kenapa tidak sekarang PAS menjauhkan diri dari PKR dan DAP yang memerintah Selangor dan Penang, yang mana di negeri-negeri itu lesen judi ekor dan lumba kuda masih diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

Hatta lesen kedai arak, rumah urut yang tak berlesen pun tumbuh mengalahkan cendawan selepas hujan di negeri yang diperintah oleh rakan-rakan sekedudukan dengan PAS itu. 

Atau mungkinkah semua senario di negeri-negeri yang diperintah PR itu menepati dasar Islam yang dituntut oleh PAS, maka kerana itulah PAS masih setia bersama PR ???

Sudah menjadi lumrah mana-mana pemimpin PAS gemar memalitkan tuduhan semberono untuk memperlihatkan pada penyokongnya bahawa UMNO adalah parti yang tidak Islamik, manakala PAS pula didendangkan sebagai parti pejuang Islam.

Dengan berbuat demikian PAS percaya para penyokongnya akan terus setia dengan perjuangan PAS sekalipun sejarah membuktikan punca perpecahan ummah antara penyebab utamanya ialah PAS.

Sekitar tahun 1960 hingga 1980-an banyak perpecahan sesama penduduk sekampung dan sesama keluarga berlaku disebabkan perbezaan fahaman politik gara-gara taksub pada hasutan kepartian yang dibawa oleh pemimpin PAS.

Sembahyang dua imam dalam satu kariah, mendoakan kehancuran sesama Islam serta memboikot kenduri kendara orang Melayu Islam yang condong bersama UMNO, segalanya sudah sinonim dengan watak dan pembawaan PAS dan penyokongnya.

Namun disebalik semua itu, PAS tidak kekok untuk menerima dasar sekularisme dan pluralisme yang diamalkan oleh PKR, malah tidak canggung untuk berpeluk sakan dengan DAP yang akidahnya adalah sosialisme.

Islam bagi PAS hanya sekadar label dan jenama untuk mengabui mata khalayak semata-mata, namun gerak laku dan praktikal yang diamalkan oleh pimpinan PAS langsung tidak mencerminkan sikap Islamik.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??