Monday 17 June 2013

@ErraFaziraWC JAWAB SERANGAN RED BEAN ARMY DAN PUAK TAKSUB PAS !!!


Meninggalkan nama Azhar Idrus didalam iklan rancangan tersebut menjadi amat besar bagi pengikut taksub Azhar Idrus sehingga jentera siber pro-PAS menyerang Erra Fazira di laman sosial seperti di blog dan Twitter.


Jika kita lihat pada video berkeaitan, jelas Erra Fazira hanya membaca dari Que Card yang disediakan.

Kenapa Erra Fazira yang dihentam dan diserang dan tidak produksi rancangan berkenaan ?

Bukankah biasanya orang yang ‘bijak’ agama ini sepatutnya seorang yang rasional ?

Inikah hasil didikan Azhar Idrus kepada pengikutnya ?

Jika itulah hasil dari didikan Azhar Idrus kepada pengikutnya, maka layaklah jika Erra tidak menyebut nama Azhar Idrus sebagai seorang ‘penceramah hebat’ !

Terus-terang, penulis bukanlah peminat ceramah Azhar Idrus dan jika dibandingkan antara Azhar Idrus dan Ustaz Kazim Elias, bagi penulis Ustaz Kazim jauh lebih rasional dan berkredibiliti dalam penyampaian ceramah.

Ustaz Kazim jika memberikan ceramah pasti disertakan contoh sirah Nabi dan juga hadis-hadis sahih, bukan seperti Azhar Idrus yang hanya mengikut emosi dan logik akalnya.

Tambahan pula, tidak pernah penulis mendengar Ustaz Kazim mengeluarkan kata-kata kesat atau makian dan cacian didalam setiap siri ceramahnya yang pernah penulis hadiri dan jauh berbeza sungguh dari Azhar Idrus yang penulis pernah hadiri ceramahnya hanya sekali.

Berbalik kepada kes Erra Fazira yang tidak menyebut nama Azhar Idrus, ini jawapan Erra di Twitter;




Kepada pengikut Azhar Idrus, bertindak bijaklah selepas ini dan janganlah nak ‘emo’ sangat.

Erra hanya membaca Que Card yang disediakan penulis skrip.

Mungkin itu hanya kesilapan penulis skrip, janganlah dipertontonkan ketidakcerdikan akal anda kepada umum dalam memberikan komentar berkaitan isu ini.

Buat malu sahaja.

Bukannya mati pun Azhar Idrus tu kalau Erra tak sebut namanya.

Azhar Idrus tetap sertai rancangan tersebut dan mendapat bayarannya dalam rancangan tersebut.


Tetapi, anda dapat apa ?

Selanjutnya dan video : DISINI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??