Thursday, 13 June 2013

SERANG LAHAD DATU - KIRAM SEKELUARGA AKAN DISERAHKAN KEPADA KERAJAAN MALAYSIA ?!!


Kesultanan Sulu semalam mendedahkan rancangan Istana Malacanang agar Jamalul Kiram III, keluarganya di bandar raya Taguig dan penyokong diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia.



Mereka juga bakal berdepan pertuduhan cuba menawan Lahad Datu di Sabah oleh kira-kira 200 anggota Pasukan Keselamatan Diraja kesultanan itu (RSF) Mac lalu.

Bercakap kepada wartawan di kediaman Jamalul Kiram III, jurucakap kesultanan itu, Abraham Idjirani berkata, dia menerima maklumat daripada sumber “yang boleh dipercayai” dalam Malacanang bahawa Presiden Filipina, Benigno Aquino berhasrat untuk menyerahkan Jamalul, keluarga dan penyokongnya kepada Malaysia walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara itu.

“Kami mendapat maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Malacanang mahu menyerahkan Kiram dan penyokongnya di Taguig kepada Malaysia,” katanya.

Sementara itu, anak perempuan Jamalul, Jacel menambah bahawa tindakan Malacanang itu dibuat ekoran penemuan mengejutkan daripada siasatan dilakukan Biro Penyiasatan Nasional (NBI) mengenai pendaratan RSF di Sabah.

“NBI pada mulanya berkata, mereka ke Sabah atas inisiatif sendiri. Kemudian NBI menyarankan agar dakwaan difailkan terhadap Jamalul kerana berkonspirasi agar penyokongnya ke Malaysia,” katanya.

Jacel turut menyuarakan kemusykilan bagaimana dia, bapanya, saudara-mara, dan penyokong mereka hendak diekstradisi ke Malaysia berdasarkan penemuan NBI yang menyatakan keluarga dan penyokongnya berkonspirasi mencetuskan peperangan dengan Malaysia.

“Jika kamu mahu diekstradisi ke Malaysia kamu perlu melakukan jenayah di negara itu. Tetapi kami membuat tuntutan secara sah dari segi sejarah,” katanya. – Philippine Star


No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??