Friday, 18 July 2014

Kronologi Konspirasi MH17


     Terkejut apabila mendapat berita pesawat MAS jatuh terhempas di Ukraine awal pagi semalam...Yang lebih mengejut kan apabila pesawat MH17 jenis Boeing 777 telah ditembak. Belum pun selesai isu MH370 kita sekali lagi diuji oleh yang Maha Esa.

    Pesawat MH17 telah ditembak ditimur Ukraine 50 km dari sempadan Russia. Kerajaan AS kemudian mengumumkan bahawa MH17 telah ditembak mengunakan peluru berpandu jenis dari permukaan-ke-udara, berdasarkan bukti bahawa sistem peluru berpandu telah mengesan kapal terbang sebelum ia terhempas.

   Yang menjadi persoalan ketika ini kenapa MH17 menggunakan laluan penerbangan di kawasan yang tengah bergolak? kenapa.!!! 

   Kenapakah laluan penerbangan telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa??? 
   
   Sedangkan dalam masa ketegangan yang berlaku disempadan Ukraine-Rusia, 2 kapal terbang jenis kargo dan 2 jenis jet pejuang jenis Sukhoi-25 yang mampu terbang dengan ketinggian 22,000-28,0000 kaki telah ditembak jatuh.

   Yang terbaru pada 8 Julai, Jabatan Pentadbiran Penerbangan Ukraine telah menutup ruang udaranya kepada pesawat awam selepas pemberontak menembak pesawat pengangkutan ketenteraan yang terbang lebih 20,000 kaki. Larangan ini memberi amaran kepada semua pesawat komersil agar tidak menggunakan ruang udara Ukraine.

   Wajar kah MH17 melakukan penerbangan di ruang udara Ukraine.. Itulah yang menjadi persoalannya? Berfungsikah menara kawalan dalam mengawal laluan penerbangan dan menjamin keselamatan sesebuah penerbangan...

    Ketika Ukraine dan Russia saling menunding jari menyalahkan diantara satu sama lain untuk mengelakkan dari bertanggungjawab Ketegasan kerajaan Malaysia sememangnya dituntut oleh rakyat agar Malaysia tidak dijadikan kambing hitam.

   Apa yang pasti tragedi MH17 adalah satu jenayah dan pelakunya harus dihadapkan kemuka keadilan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??