Tuesday, 19 August 2014

STRUKTUR MRT RUNTUH: LETAK JAWATAN SERTA MERTA SATU TINDAKAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB



Malam semalam, seluruh negara dikejutkan dengan insiden struktur binaan (konkrit) MRT runtuh dan berikutan itu 3 orang warga Bangladesh antara pekerja binaan yang dikenalpasti maut terlibat dalam nahas.


Hari ini pula, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), Datuk Azhar Abdul Hamid mengumumkan perletakan jawatannya berikutan insiden runtuhan di tapak projek MRT tersebut dengan alasan "mengambil tanggungjawab sepenuhnya".

Maaf cakaplah, pada saya tindakan meletakkan jawatan serta merta sebaik berlakunya insiden bukanlah satu tindakan yang boleh disifatkan sebagai satu tindakan bertanggungjawab, malah pada pandangan peribadi saya ianya seperti tindakan melepaskan tangan.

Ya, saya setuju jika Datuk Azhar ingin meletakkan jawatan bagi simbolik atas rasa kebertanggungjawaban tersebut, tetapi bukanlah serta merta sebaik berlakunya insiden.

Datuk Azhar wajar meletakkan jawatan sebagai CEO memandangkan ini bukanlah insiden pertama.

Namun, sebaiknya dan sebijaknya, beliau meletakkan jawatan serta merta sebaik isu ini selesai.

Jika Datuk Azhar benar-benar mahu bertanggungjawab terhadap insiden ini, perkara pertama yang harus dibuat adalah dengan memastikan pampasan setimpal dibuat kepada keluarga mangsa kerana mangsa adalah warganegara lain (Bangladesh). 

Ini melibatkan diplomasi 2 buah negara dan juga kemanusiaan.

Datuk Azhar wajar membuat permohonan maaf kepada Kerajaan Bangladesh sebagai langkah bertanggungjawab supaya Malaysia lebih dihormati dimata dunia sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab terhadap warganegara lain yang bekerja di negara kita.

Beliau juga wajar untuk memastikan insiden sebegini benar-benar tidak berulang lagi dengan mengambil beberapa langkah sebelum meletakkan jawatan serta merta.

Seperti yang diketahui umum, panduan keselamatan dan kesihatan di tapak binaan amat cantik tercatit diatas kertas, namun demikian pihak sub-kontraktor dan kontraktor tidak mematuhi garis panduan keselamatan yang diperuntukkan.

Isu keselamatan dan kesihatan di site tidak sepatutnya menjadi istilah "on paper" sahaja, ia sepatutnya menjadi panduan dan digunapakai, "guideline" & "implement" dalam semua jenis projek apatah lagi projek berskala besar seperti pembinaan MRT ini.

Datuk Azhar sepatutnya kekal dalam jawatannya sehingga siasatan penuh selesai dan bukannya melepaskan tangan dengan meletakkan jawatan serta merta !!!

Beliau sepatutnya memastikan pihak sub-kontraktor atau kontraktor yang tidak mematuhi panduan keselamatan dan kesihatan tersebut diberhentikan dan disenarai hitam serta ditarik sijil kelayakan mereka.

Bila ini berlaku, boleh lah beliau nak kata beliau benar-benar bertanggungjawab terhadap insiden ini.

Selepas selesai semua perkara seperti siasatan penuh, pampasan mangsa, permohonan maaf dan isu kontraktor tidak patuhi panduan keselamatan di site, barulah sesuai dan tepat masanya bagi Datuk Azhar meletakkan jawatan.

Maaf cakaplah, bukan tujuan saya menulis ini hendak mengajar Datuk Azhar tetapi sekadar teguran.

Letak jawatan serta merta tanpa isu pokok diselesaikan bukanlah satu langkah bertanggungjawab.




2 comments:

  1. Ceo bangang lembu, settle semua problem dulu barulah rasign.

    ReplyDelete
  2. Kalau ada sepuluh camni, memang memalukan. Duit nak, bila ada musibah, lari jauh jauh. Siaslan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??