Tuesday, 30 September 2014

MAKCIK BODOH HASUT BUDAK UPSR DENDAM KERAJAAN !!! @PDRMsia @NajibRazak


Lepas adik (Ali Abd Jalil), kakak pula meroyan kat Facebook.

Adiknya dah selamat dalam lokap dan dilepaskan selepas tamat reman, ni kakaknya pula minta lokap.

Eloklah kalau Polis letak dua beradik ni dalam lokap sebelah menyebelah...


Satu penulisan di Facebook yang kononnya satu “amanat” ini bertujuan untuk menghasut kanak-kanak yang hanya berusia 12 tahun untuk membenci kerajaan.

Penulisan berbaur hasutan politik ini amat tidak bertanggungjawab sama sekali dan amat bodoh dilakukan oleh seorang yang telah dewasa dan akil baligh.

Ini hanya melibatkan peperiksaan UPSR dan untuk pengetahuan “makcik” ini, belum ada lagi sejarah hari ini yang mana permohonan kerja dilakukan dengan menggunakan keputusan peperiksaan UPSR.

Jika 30 tahun dahulu, saya boleh faham kenapa kebocoran peperiksaan UPSR ini amat penting dan sangat menjejaskan masa hadapan kanak-kanak ini.

Zaman dahulu memang UPSR itu penting kerana pekerjaan boleh dimohon dengan menggunakan keputusan UPSR, tetapi tidak pada hari ini!

Sepatutnya insiden ini dijadikan satu cabaran buat para pelajar yang terlibat sebelum berhadapan dengan cabaran yang lebih besar lagi kelak dan tidak perlulah memperbesarkan perkara ini sampai menghasut dengan aroma politik sebegini.

Apalah yang kanak-kanak berusia 12 tahun ini tahu berkaitan politik. Tugas mereka adalah menimba ilmu.

Walaupun begitu, saya juga tahu terdapat juga ibu bapa yang menyokong politik pembangkang di Malaysia ini yang mendoktrinkan pemikiran anak masing-masing dengan elemen politik kebencian sejak anak-anak mereka kecil lagi.

Kerana itu, kita boleh lihat anak-anak kecil mengusung bendera dan sepanduk setiap kali pembangkang melakukan himpunan haram di negara kita.

Saya akui, saya tiada anak yang mengambil peperiksaan UPSR ini, namun saya mempunyai anak saudara yang mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Saya juga yakin “makcik” ini juga tiada anak yang mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini, jika “makcik” ini mempunyai anak yang mengambil peperiksaan UPSR tahun ini, maka pihak berwajib boleh juga heret “makcik” ini untuk siasatan kerana “makcik” ini mempunyai motif untuk membocorkan soalan peperiksaan UPSR dan motifnya adalah politik.

Dan sekiranya “makcik” ini mempunyai anak yang mengambil peperiksaan UPSR tahun ini, pasti anaknya merupakan salah seorang yang menerima soalan bocor tersebut, kerana itulah “makcik” ini amat kecewa sekali.

Biarlah saya berterus-terang disini, kebanyakan pelajar tahun 6 yang terpaksa mengulang peperiksaan pada tahun ini untuk mata pelajaran yang terbabit menerimanya dengan positif.

Rata-rata menyatakan mereka boleh menjawab soalan peperiksaan ini biarpun diulang sepuluh kali lagi. Manakala sesetengah pelajar pula menganggap ini merupakan peluang kedua mereka untuk menjawab dengan lebih baik lagi.

Jika ada pun pelajar yang kecewa kerana terpaksa mengulang peperiksaan UPSR ini, hanyalah mereka yang telah menerima soalan bocor kerana mereka telah bersedia dari awal dengan soalan bocor.

Bukankah tidak adil bagi pelajar yang tidak menerima soalan bocor dan melangkah ke dewan peperiksaan hanya dengan usaha keras ulangkaji berterusan.

Sekiranya saya mempunyai anak yang terlibat mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini, saya pasti mahu peperiksaan ini diulang semula.

Agak melucukan bila “makcik” ini mengatakan insiden soalan bocor adalah kerana kerajaan kita lemah dan tiada integriti.

Tiada kerajaan dalam dunia ini yang mahu soalan kertas peperiksaan umum bocor, yang mahu soalan bocor adalah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang punya agenda yang tersendiri.

Kita tidak tahu apa motif pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini membocorkan soalan peperiksaan UPSR ini, dan kita juga tidak tahu apakah ini kali pertama atau telah mereka lakukan sebelum ini.

Perkara sebegini boleh terjadi dalam mana-mana institusi jika terdapat individu-individu pengkhianat. Apakah perlu kerajaan yang disalahkan pula?

Seperkara lagi yang amat menarik perhatian saya adalah komen dangkal “makcik” ini yang menghasut serta mahu menanam dendam kesumat dalam diri kanak-kanak yang hanya berusia 12 tahun.

Amat bodoh bagi mana-mana ibu bapa yang mengajar anak mereka berdendam sebegini seperti yang dimahukan oleh “makcik” ini.

Saya berharap agar “makcik” ini tidak membesarkan anak-anaknya dengan dendam kesumat dan akhlak yang buruk sepertinya.

Artikel penuh baca DISINI...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??