Tuesday, 30 September 2014

BSN DIARAH TARIK SEMULA IKLAN DI PORTAL PRO PR !!!


Menarik...

Petang tadi bermula dengan portal MyKMU.net dan kemudian diikuti beberapa blog lain, mempertikaikan tindakan BSN meletakkan iklan di portal proksi Yahudi, Malaysikini.

Ada la jugak macai-macai yang melantun tapi ini wa malas nak citer pasal budak tak de nama je pun.



Wa nak citer pasal respond Timbalan Menteri Kewangan dan juga BSN. 

Menteri Kewangan II dah hilang... Kuikuikui... Opppss.. Mau juga ada "barua" yang melantun kejap lagi...!

Okeh, fokus... fokus... Berikut kenyataan dari Ahmad Maslan;

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengarahkan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menarik semula iklan yang diberikan kepada portal pembangkang, Malaysiakini.
Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu dalam satu kenyataan melalui akaun mikro Twitternya berkata iklan tersebut diuruskan oleh syarikat pengiklanan yang dilantik oleh bank tersebut.
“BSN tidak letak iklan di Msiakini tapi dibuat oleh agent iklan BSN. CEO BSN maklumkan tadi. Saya dah minta BSN segera tarik balik iklan itu” katanya. 
Portal MyKMU.net petang tadi mempertikaikan tindakan Kementerian Kewangan dan pengurusan Bank Simpanan Nasional yang mengunakan khidmat portal tersebut untuk menyiarkan iklan mereka. 
“Sebagai sebuah institusi kewangan yang dijamin oleh kerajaan, apakah sebab pengurusan BSN memberi peruntukan iklan kepada Malaysiakini.com yang sering kali menyerang pentadbiran kerajaan Malaysia. 
“Bolehkah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberi penerangan mengapa perkara ini boleh berlaku?” ujar penulis artikel tersebut. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menyeru badan-badan kerajaaan, syarikat milik kerajaan (GLC) serta syarikat swasta khususnya dimiliki Bumiputera agar menempah lebih banyak iklan kepada media arus perdana khususnya kepada akhbar Utusan Melayu (M) Berhad. 
Menurut Perdana Menteri, langkah itu bagi menghargai perjuangan syarikat itu selama ini serta membantu meletakkan syarikat media berusia 75 tahun itu berada di atas landasan yang lebih kukuh. 
[ SUMBER ]

Okey, ini pula respond balas dari BSN;

Berikutan laporan Mykmu.net petang tadi berkaitan dengan iklan Bank Simpanan Nasional (BSN) di portal pro pakatan, Malaysiakini.com, pihak bank tersebut menyatakan ia merupakan tindakan pihak ejen yang menguruskan dan mereka telah mengarahkan pembetulan. 
Menulis kepada Mykmu.net, Puan Puspa Marina Omar menjelaskan bahawa “BSN tidak mengiklan di dalam Malaysiakini. 
BSN melantik agensi pengiklanan dalam talian mengikut syarat dan dasar perhubungan awam yang ditetapkan. 
Jika ada berlaku kesilapan, ia berkemungkinan akibat kaedah pengindeksan automatik dalam talian dan sekiranya ia berlaku, agensi pengiklanan yang telah dilantik telah diarahkan untuk melakukan pembetulan sesegera mungkin. 
Sementara itu portal www.suara.tv melaporkan bahawa Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah mengarahkan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menarik semula iklan yang diberikan kepada portal pembangkang, Malaysiakini. 
[ SUMBER ]




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??