Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, telah kembali ke Rahmatullah lebih kurang jam 9.45 malam tadi di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Nik Aziz meninggal dunia kerana menghidap kanser prostat tahap empat.
Pemergian Nik Aziz telah disahkan oleh anaknya, Nik Mohamad Abduh sebentar tadi.
Nik Aziz dikhabarkan semakin tenat sejak semalam dan kemudiannya dibawa keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada pukul 8.40 malam dan tiba di Pulau Melaka kira-kira 15 minit kemudian.
Ketika diusung keluar, bekas Menteri Besar itu dikawal ketat oleh pihak keselamatan hospital dan dilihat tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan oksigen untuk bernafas.
Ketika ini, rumah Nik Aziz dipenuhi oleh penduduk terdekat dan ahli keluarga.
Walau berlainan ideologi politik, penulis mendokan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Innalillahiwainnailayhiraji'un. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment