Friday, 21 November 2014

SEJAUH MANA KEBENARAN WUJUDNYA PENGUNDI HANTU BERBANGSA CINA ?!!


Malaysia mungkin dilanda skandal kewarganegaraan terbesar jika benar dakwaan bahawa banyak individu berbangsa Cina dari luar negara masuk secara haram ke negara ini kini mempunyai kad pengenalan Malaysia yang sah.



Jika sebelum ini kenyataan ini hanya sebagai gosip tepi jalan, namun penemuan krew 999 TV3 dalam serbuan ke pusat hiburan di Melaka baru-baru ini membuka satu pendedahan yang mengejutkan.

Menurut pendedahan 999 malam tadi, wanita berketurunan cina bekerja Pegawai Perhubungan Pelanggan yang diperiksa oleh penguatkuasa langsung tidak boleh berbahasa Melayu meskipun mempunyai mykad atau kad pengenalan warganegara Malaysia yang sah.

“Beliau langsung tidak boleh berbahasa Melayu. Kita minta kira satu hingga sepuluh pun tidak boleh. Ini sangat meragukan. Kita serahkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk tindakan,” kata pegawai penguatkuasa kepada TV3.

Menurut laporan 999 TV3, gadis berbangsa cina ini juga mempunyai wajah berlainan dari gambar dalam Mykad dan tidak dapat mengingati nombor mykad sendiri.

Jika selama ini kita merasa hairan dengan peningkatan jumlah pengundi Cina biar pun mempunyai kadar kelahiran yang rendah, mungkin inilah yang sebenarnya berlaku.

Tulisan ini bukan bersifat perkauman, kita cuma mahu kerajaan menyiasat dengan serius mengenai situasi ini. 

Sudah banyak cakap-cakap bahawa terdapat usaha terancang menambah jumlah kaum Cina di negara ini melalui pemberian mykad milik orang orang cina lain yang telah meninggal.

Jika beliau sudah ada mykad sudah tentu beliau juga layak mengundi. 

Soalnya berapa ramai seperti gadis ini dan apakah ini punca kekuatan DAP?

Lagi baca DISINI...



5 comments:

  1. DAP memang CELAKA!!!!

    ReplyDelete
  2. Ini mungkin kes rasuah,salahguna kuasa atau pegawai jpn tak buat kerja.SPRM,polis,kdn takkan buat2 buta mata,buta hati.Tak reti2 nak gempur jpn?Benda ni dah lama jadi bualan orang awam takkan orang kerajaan tak tahu?Betul tak betul siasatlah dulu.Ini baru satu kes yg dilaporkan,yg tak lapor dan tak tahu berapa banyak pula?

    Berapa ratus ribu cina dr negara china yg masuk tapi tak keluar yg kecoh kejap itu hari,senyap macam tu aje.Patutlah cina makin ramai walaupun tak beranak,rupanya impot dari negara asal diorang,sama macam s'pork yg impot cina2 dari luar untuk mengekalkan peratus pupulasi cina yg merosot sebab tak mahu beranak.Bukan cina aje,india pun ramai yg masuk sini kemudian menyerap masuk jadi ''warga tempatan'' khabarnya.

    Patutlah jumlah pengundi cina mencanak2.Suruh guna biometrik tak mahu sebab takut kantoi.SPR pulak boleh setuju macam tu aje.Aku tak tahulah kerajaan Melayu ni.Melayu memang semua macam ni ke.

    ReplyDelete
  3. Bila tiba masa nak mengundi nanti di harap pihak SPR minta mereka ini menyanyikan lagu negara ku atau pun rukun negara. Setidak-tidaknya pihak JPN kena mainkan peranan utk pantau mykad mereka utk menyiasat bila dan dimana mykad itu dikeluarkan. Sekiranya meragukan biar mereka ini dipungut olih pihak imigresen.

    ReplyDelete
  4. Lagi satu selepas pru13 dap bertambah yakin akan kekuatan mereka kerana mereka tahu jumlah pengundi import semakin ramai dan perkara ini akan terus berlaku menjelang pru14

    ReplyDelete
  5. sistem biometrik adalah penyelesaian terbaik semasa PRU..
    jgn ikut kehendak pembangkang lagi...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??