Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) melaksanakan program bersama gelandangan dan memberikan layanan bertaraf hotel kepada mereka.
Menurut Eksekutif Jualan dan Pemasaran KLIH, Siti Aisyah Yahaya, program yang berlangsung di Jalan Tunku Abdul Rahman ini dilaksanakan bagi memastikan semua golongan termasuk gelandangan ini tidak terpinggir dalam masyarakat.
“Bukan semua orang mampu seperti kita dan bukan semua orang mampu makan di hotel dan kita lakukan program seperti ini kerana kita mahu semua orang rasa yang sama, semua orang rasa seimbang walaupun dia dari tepi jalan kerana kita mahu seorang rasa setaraf.
“Kami menekankan taraf kebersihan, tahap jenis makanan dan kami berikan layanan secara lima bintang kepada mereka kerana kami tidak layan mereka seperti pengemis tetapi kami memberi layanan yang baik dan senyuman dan itulah yang kami mampu beri.” katanya ketika di temui media.
Menurut beliau lagi, program yang julung kali dilaksanakan oleh pihak KLIH ini dilihat mampu membantu golongan gelandangan ini.
“Program seperti ini dapat membantu mereka sedikit sebanyak walaupun hanya untuk malam ini.” ujarnya.
Dalam pada itu, pemenang tempat kedua Idola Kecil 5, Wan Adzlin atau lebih dikenali sebagai Darling yang turut serta dalam program kali ini berkata program yang di anjurkan oleh KLIH ini ternyata telah memberi kesan kepada beliau dan berharap agar masyarakat dapat turut sama membantu golongan ini.
“Darling harap sangat, kepada mereka yang tidak hiraukan orang yang tidak mampu untuk makan, jadi marilah kita memberi makanan, jangan tidak hiraukan mereka langsung dan membantu sedikit pada mereka yang memerlukan.
“Darling rasa impaknya sangat besar kerana Darling tidak selalu dapat peluang seperti ini dan kepada orang di luar sana, ada kala kita di atas dan ada kalanya kita di bawah, jangan lupa siapa diri kita dan orang seperti ini yang kita kena tolong.” katanya.
Dalam pada itu, program kali ini telah mengedarkan 150 pek makanan dan minuman kepada golongan gelandangan ini. -SuaraTV
No comments:
Post a Comment