Monday, 9 May 2016

PROGRAM SOSIAL DARLING IDOLA KECIL DAN KLIH BERSAMA GELANDANGAN MALAM ESOK !!!


Kuala Lumpur International (KLI) hotel bersama pemenang tempat kedua Idola Kecil 5, Wan Adzlin atau lebih dikenali sebagai Darling akan bersama membantu menjayakan program sosial bersama golongan gelandangan.


Program ini dilaksanakan atas dasar keprihatinan terhadap kemelut kehidupan yang kian memberi tekanan terutamanya kepada golongan kurang berkemanpuan itu.

Menurut jemputan media yang dihantar, program tersebut bakal berlangsung di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk akan mengagihkan pek makanan dan minuman yang dimasak sendiri oleh kakitangan hotel.

Program tersebut bakal dilaksanakan pada 10 Mei ini, Selasa bermula jam 9.30 malam sehingga 11 malam. – SuaraTV

No comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??