Thursday, 8 June 2017
Mahu Jadi PM Kembali, Mahathir Hanya Bertepuk Sebelah Tangan Sahaja
Amat malang nasib Mahathir sejak kebelakangan ini , apabila semua tindakannya menemui jalan buntu. Selain menemui jalan buntu , Mahathir juga sudah lagi tidak dihormati oleh pihak komponen dalam Pakatan Harapan.
Kalau Bukan Bantuan Bapa Najib, Mahathir Tidak Akan Jadi PM Ke-4
Baru baru ini, Mahathir gila hendak jadi PM semula. Menjadi PM buat kali ke 7. Itulah apa yang Mahathir akui dalam Facebook ketika diwawancara pada 1 Jun 2017.
Tuesday, 6 June 2017
Guan Eng Berjaya Bawa Penang Ke Industri Baru, Industri Jual & Gadai Tanah
Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% jumlah pelaburan ke Penang. Pada Januari hingga Ogos 2016, hasil pelaburan ke Penang hanyalah RM3.77 billion sahaja berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015. Turun RM1.57 billion.
JIKA NAMA CALON PM DIUMUNKAN 'PH' NESCAYA AKAN BERCERAILAH PAKATAN-PAKATUN..
Inilah Sebabnya Mahathir Halang Pakatan Harapan Namakan Siapa Calon PM. Kini Mahathir dan Kit Siang merasakan mereka adalah pemegang 'Kunci' kesepakatan Pakatan Harapan.!! Tetapi PKR pula merasakan merekalah yang paling berkuasa terhadap 'Kunci' tersebut.
Pembayaran BR1M Kali Kedua Bukti Kerajaan Tidak Bankrap..
Pengumuman kerajaan bahawa pembayaran kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan dilakukan secara berperingkat mulai 5 Jun ini merupakan berita gembira kepada 4.2 juta penerimanya, apatah lagi ketika itu umat Islam sedang sibuk melakukan persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Thursday, 1 June 2017
Habis Tanah Tergadai Bila DAP & PKR Menjadi Kerajaan
Tanah adalah sasaran utama pembangkang bila mereka naik menjadi kerajaan negeri. Pada tahun 2008, bila Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham memperkudakan Nizar Jamaluddin selaku MB Perak, mereka telah bertindak 'menggadaikan' 1,000 ekar tanah milik kerajaan negeri kepada 9 buah sekolah Cina pada tahun 2008.
Wednesday, 31 May 2017
51 JANJI DAP KEPADA RAKYAT DIMUNGKIRI DAN DICAPATI....
97% Janji Barisan Nasional kepada rakyat ditepati sementara itu 51 janji DAP dimungkiri & dicapati
Pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU), janji atau manifesto dipersembahkan kepada rakyat sebagai akujanji parti untuk mendapatkan kepercayaan dan undi rakyat.
Tuesday, 30 May 2017
62 Tahun, Barisan Nasional Sebenarnya Yang Berpakat, Bukannya Pakatan Pembangkang..
Pada tahun 1952, UMNO yang pada ketika itu baru berusia 8 tahun penubuhannya telah membentuk satu gabungan perikatan bersama-sama Persatuan Cina Malaya (MCA) untuk hadapi Pilihan Raya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.
PPBM UMPAMA RETAK MENANTI BELAH..
PPBM Ibarat Kapal Pecah, Menanti Detik-Detik Untuk Tenggelam Dan Karam..
Inilah yang sebenarnya berlaku didalam parti yang diterajui oleh Mahathir.
Parti baru ciptaan Mahathir, PPBM semakin teruk. Semakin hari semakin ramai keluar parti. Semakin hari, semakin bergaduh sakan sesama mereka.
Saturday, 27 May 2017
RAFIZI CALON PALING LAYAK JADI PM.!! KAJIAN INVOKE....
Kajian Bodek Invoke Calonkan Rafizi Pula Sebagai Calon PM Pakatan Harapan..
Betul ker.. Bukan ke Invoke dinaungi oleh Rafizi sendiri, adakah ini satu kajian syok sendiri atau lawak hujung minggu?
Friday, 26 May 2017
Kedaulatan Negara Tidak Tergadai Bila Geely Beli Saham Proton
Pengerusi parti bunga, Mahathir terus membuat tuduhan mendakwa syarikat pembuat kereta Proton dikatakan sudah dijual kepada China dan bukan milik Malaysia lagi dalam tulisan terbaru di blognya.
Kononnya, Mahathir menangis kerana hilang anak. Proton tidak hilang, ianya masih ada. Semasa anak besinya hilang betul betul iaitu Perwaja, mengapa Mahathir tidak menangis? Apakah Mahathir mahu nasib perniagaan Proton senasib dengan Perwaja?
Pembelian saham adalah urusan perniagaan, ianya tidak terbabit pun dengan soal kedaulatan negara. Tuduhan Mahathir itu adalah karut, kerana syarikat yang memiliki Proton DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) hanya menjual 49.9 peratus kepentingan mereka di dalam syarikat itu.
DRB-Hicom masih memegang pegangan majoriti iaitu 51.1 peratus dan ianya secara majoritinya akan tetap menjadi syarikat milik Malaysia.
Mahathir tuduh kata kerajaan jual aset negara termasuklah Proton ini kepada negara asing katanya untuk menyelesaikan hutang. Takkan Mahathir tidak tahu sengsara apa yang Proton tanggung dari segi pusingan modal dan kewangan untuk menampung operasi.
Pembelian saham oleh Geely ini adalah perkongsian strategik untuk membawa masa depan yang lebih baik untuk syarikat Proton dan pekerjanya.
Pada 2 Ogos 2010, syarikat Geely membeli pegangan dalam syarikat Sweden, Volvo dengan harga USD$1.3 billion dari Ford Motor.
Selepas itu jualan kereta Volvo naik 27% berbanding tahun sebelumnya. Kilang Volvo masih lagi di Sweden dan Belgium.
Pihak pembangkang di Sweden tidak pula membangkitkan soal penjualan pegangan Volvo ke syarikat Geely sebagai menjual kedaulatan negara Sweden.
Geely juga telah membeli The London Taxi Company di United Kingdom dengan harga £11.04 pada 2012. Ada pihak pembangkang di United Kingdom dakwa pembelian Geely ini seolah menjual kedaulatan negara? Tidak.
Hanya pihak pembangkang yang bernama Pakatan Harapan di Malaysia sahaja menuduh kerajaan menjual kedaulatan negara bila Geely membeli saham Proton.
Rakyat sudah tahu pada tahun 1985 hingga 2000, Proton mengeluarkan kenderaan kebanyakan berdasarkan rekabentuk dan serta alat ganti termasuk enjin dari Mitsubishi dari Jepun.
Proton mengadakan kerjasama dengan Mitsubishi Motors antara tahun 1983 dan 1984 untuk pengeluaran kereta Malaysia yang pertama. Kereta yang Mahathir pandu di Jambatan Pulau Pinang.
Ia bukanlah keseluruhannya hasil kerja Proton. Ianya kerjasama strategik antara syarikat Jepun dengan syarikat Malaysia, Proton. Apakah pada masa itu kedaulatan Malaysia tergadai kepada Jepun?
Proton kini tarafnya adalah sebuah syarikat korporat di bawah kawalan jutawan tempatan, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Keputusan yang dibuat adalah keputusan perniagaan kerana Syed Mokhtar tidak mahu lagi menanggung kerugian.
Mengapa Mahathir enggan menyelar keputusan Kerajaan Pulau Pinang yang meluluskan Enakmen Pinjaman Kerajaan Negeri (Bank dan Sumber Kewangan Lain) 2017 untuk membolehkan kerajaan Lim Guan Eng meminjam wang tanpa had dari China?
Pinjaman tanpa had itu dikatakan kononnya untuk membiayai projek prasarana baru di pulau berkenaan dan pojek lain.
Wang akan dipinjam iaitu berhutang dengan Bank Eksport-Import China (Exim Bank Of China) untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP).
Mengapa Mahathir tidak kata DAP hendak jual Penang pada China? Takut pada DAP? 1MDB dulu berhutang untuk perniagaan bukan main lagi Mahathir bising. Kini, Guan Eng pinjam duit tanpa had, kenapa Mahathir diam?
Mahathir patut menangis kerana sudah 25 kampung Melayu di Penang sudah hilang kerana dikerjakan DAP. Tanah di Penang sudah habis dilelong DAP pada kroninya. Malah duit zakat untuk orang Islam pun sudah diseleweng kroni kroni Guan Eng.
Kenapa Mahathir tidak menangis? Proton tidak ke mana mana. Masih ada. Ianya hanya kerjasama strategik.
Syarikat Proton tidak akan rugi kerana menjual sebahagian pegangannya kepada syarikat yang mempunyai potensi dari China, sebaliknya akan lebih berjaya dalam industri pembuatan kereta.
Lebih elok Mahathir tuduh, kutuk dan kritik Guan Eng yang jelas-jelas menindas rakyatnya. Guan Eng terlibat dengan rasuah tetapi enggan melepaskan jawatan.
Pembelian saham Geely adalah urusan perniagaan, ianya tidak menjejaskan pun kedaulatan negara kita. Usah terpedaya dengan tangisan simpati Mahathir.
MAT SABU JUGA TERINGIN JADI CALON PM..HARU BIRU POLITIK PH.!!
Persaingan siapa yang layak menjadi Perdana Menteri bagi pihak Pakatan Harapan bukan hanya melibatkan PKR dan PPBM sahaja, malah ia turut direbut PAN.
Anak didik DAP itu ternyata tidak mahu ketinggalan untuk merebut jawatan berkenaan.
Parti itu mula mencadangkan presiden mereka Mohamad Sabu, sebagai Perdana Menteri pilihan.
Ini menyebabkan soal siapa sebenarnya calon PM Pakatan Harapan makin bertambah celaru. Sudah ada banyak sangat nama. Wan Azizah kata sanggup jadi "seat warmer". Di Kongres PKR nama Anwar diangkat PM ketujuh.
Selepas Kongres Mukhriz tidak puas hati dan teringin juga jadi PM khabarnya. Kemudian Salahuddin Ayub pula buat kenyataan pada 24 Mei 2017, menyatakan Mat Sabu juga layak jadi PM.
Yang paling tidak berganjak adalah Zaid Ibrahim yang tetap mahukan Mahathir menjadi PM kembali. Sudah ada lima nama, Wan Azizah, Anwar, Mukhriz, Mat Sabu dan Mahathir.
Itu belum lagi ditanya pada Adam Rosly dan tiga orang Exco PAS di Selangor, sudah pasti mereka mahukan Azmin Ali sebagai calon PM mereka. Semalam dalam satu ceramah parti bunga di Padang Kelab Sultan Sulaiman, di hadapan hadirin seramai 30 orang dan hanya 1,000 orang menonton live di Facebook, Mahathir menyatakan ;
"Bila menang boleh buat la (siapa jadi PM). Tak menang bubuh nama (seperti) syok sendiri" kata Mahathir.
Maknanya tindakan angkat plakad nama "Anwar PM ke 7" itu hanyalah syok sendiri sahaja. Akhirnya Mahathir memberikan jawapan, kenapa dia main telefon dan tidak angkat plakad masa Kongres PKR hujung minggu lepas.
Rupanya Mahathir kutuk semua orang yang pegang plakad itu sebagai syok sendiri sahaja. Mahathir pun sama juga, masih lagi syok sendiri mahukan Mukhriz sebagai PM.
Biarpun tidak menyebut nama Mukhriz secara terang terang, namun semua orang sudah tahu, siapa sebenarnya yang Mahathir mahu sebagai calon PM bagi Pakatan Harapan.
Siapa pun yang jadi calon PM, keputusan akhirnya akan ditentukan oleh parti yang paling banyak kerusi di parlimen. DAP adalah pembuat keputusan akhirnya dalam PH. DAP ada 37 kerusi berbanding PPBM yang ada satu kerusi sahaja.
Jika DAP setuju beri Mat Sabu sebagai calon PM, maka DAP juga boleh pilih TPM dari kalangan ahli parlimen DAP. Jika DAP dan PAN bergabung, jumlah mereka jadi 42 kerusi kini. Jumlah paling banyak sekali dalam PH sekarang.
Boleh jadi Mat Sabu adalah pilihan DAP untuk jadi "seat warmer" sementara menunggu calon PM sebenar dari DAP pada PRU15 atau PRU16. Daripada DAP beri pada Wan Azizah, lebih baik DAP beri pada Mat Sabu yang mana DAP sendiri boleh kawal dan perintahnya.
Gaji Mat Sabu sekarang pun, DAP yang bayar. Sudah pastilah Mat Sabu tidak akan belot. Mat Sabu akan jadi seperti Nizar di Perak, melaksanakan tugas dan "sign" apa yang patut bagi kepentingan Nga, Ngeh dan DAP di Perak dulu.
Mat Sabu boleh tanding di kerusi kawasan DAP di Penang atau di Gelang Patah. Daripada seorang pelawak, kini menjadi PM "remote control" bagi DAP. Alat kawalan jauh itu dipegang oleh Kit Siang.
Pakatan Harapan akan jadi lebih celaru jika DAP benar benar mahukan Mat Sabu. Mula mula DAP buat perjanjian sulit dengan Mahathir, namakan Mukhriz jadi PM. Kemudian DAP pakat dengan PKR, namakan Anwar.
Namun akhirnya, pakatan sulit yang paling selamat untuk DAP adalah berpakat dengan Mat Sabu dan PAN. Lebih senang "screw" dan kawal Mat Sabu berbanding Mukhriz atau Anwar.
Rafizi patut suruh Invoke masukkan nama Mat Sabu sekali dalam kajian. Lihat antara ramai ramai nama ini, siapa yang DAP suka dan selesa. "Confirm", menang kat Mat Sabu lah.
Inilah dia Pakatan Huru Hara, belum apa apa lagi sudah gaduh-gaduh dan gila kuasa. Rakyat kena rasional dan berfikir panjang demi masa depan negara.
Rakyat memilih wakil rakyat untuk YB itu beri khidmat balik pada rakyat. Bukan beri undi kemudian mereka lari dari pengundi. Hanya sibuk rebut kuasa dan agenda peribadi. Hati hatilah membuat pilihan nanti.
Pencapaian NTP Bukti BN Buat Kerja, Bukan Berpolitik Sahaja Macam Pembangkang
23 Mei 2017 lepas, kerajaan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016.
Fakta dalam laporan itu adalah bukti kerajaan BN hanya fokus berbakti dan bekerja untuk rakyat. Selama 6 tahun BN secara istiqomah membentangkan laporan ini kepada rakyat secara telus dan terus kepada rakyat.
Thursday, 25 May 2017
MALAYSIA DILANDASAN EKONOMI SEBENAR DIBAWAH KEPIMPINAN DS.NAJIB
Sejak Julai 2015 hingga kini, pakatan pembangkang mengguna pakai pelbagai cara untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.
JIKA MUKHRIZ TIDAK DICALONKAN SEBAGAI PM.!! 'PPBM Akan Keluar PH...
Krisis dalaman Pakatan Harapan (PH) kian bertambah kronik dan menghampiri keretakan. Semuanya kerana berebut hendak menjadi Perdana Menteri.
PPBM AKHIRNYA JADI BEBANAN BUAT MAHATHIR...
Semalam, sudah 230 hari usia parti bunga sejak diluluskan Pendaftar Pertubuhan pada 8 Oktober 2016. Baru 37 kali Jumaat, 26 Mei ini baru masuk 38 kali Jumaat.
Mukhriz Masih Tidak Berpijak Di Bumi Yang Nyata
Mungkin berang kerana namanya tiada sebagai calon pilihan untuk Perdana Menteri, Mukhriz Mahathir bertindak menegur kononnya calon haruslah ditentukan Pakatan Harapan bukannya PKR.
Bersaralah Muhyiddin, Bubarkan Sahaja PPBM #MidinTdkLayakJadiPM
#MidinTdkLayakJadiPM
Agenda Mahathir mengejar perkara sulit dan peribadi nampaknya jadi semakin "tidak ketahuan hala".
Subscribe to:
Posts (Atom)



















