Thursday, 25 May 2017
PPBM AKHIRNYA JADI BEBANAN BUAT MAHATHIR...
Semalam, sudah 230 hari usia parti bunga sejak diluluskan Pendaftar Pertubuhan pada 8 Oktober 2016. Baru 37 kali Jumaat, 26 Mei ini baru masuk 38 kali Jumaat.
Belum apa-apa lagi dan tidak sampai setahun pun lagi, parti bunga ini sudah banyak masalah. Belum pun tanding dalam mana-mana PRK atau PRU, parti bunga dah sakit teruk. Virus Mahathir hancurkan bunga.
Semalam, dalam satu tulisan di Malaysiakini, akhirnya Mahathir mengakui bahawa PPBM punyai banyak masalah dalaman.
Mahathir tidak menjawab isu kenapa tidak angkat plakad Anwar PM ke 7, tetapi cuba alih perhatian menjawab gesaan agar Muhyiddin letak jawatan.
Mahathir cuba menafikan kononnya ada konflik dalaman dengan menuduh konflik yang berlaku kerana kononnya ada Penyokong Najib dan musang berbulu ayam dalam PPBM.
Ini satu dakwaan yang lucu dan lawak 'Kalau orang itu Penyokong Najib buat apa dia hendak masuk PPBM, baik dia "stay" dalam UMNO sahaja.
Skandal seks Ainina, skandal "blowhorn" Syed Saddiq, skandal Nika Gee adalah bukti PPBM dipenuhi pemimpin tidak baik, skandal dan kontroversi.
Siapa yang "trap video" Ainina "klimaks 4 kali" semasa dia jadi Ketua Srikandi PPBM? Bukan musang berbulu ayam yang "trap". Ini dilakukan selepas Ainina cakap mahu tanding di Langkawi.
Mahathir tahu siapa dia hendak bagi di Langkawi dan bukannya pada Ainina. Bila Ainina lawan, dia kena klimaks 4 kali.
Syed Saddiq hampir angkat kaki ke Oxford dan meletak jawatan sebab apa? Semua ahli dalam PPBM tahu, kerana konflik teruk dalam parti yang baru 230 hari itu.
Cikgu Kamarul sudah dedahkan punca beliau dan ahli ahli PPBM Teluk Kemang dan seluruh Negeri Sembilan angkat kaki adalah kerana amalan kronisme dan nepotisme dalam parti bunga itu.
Cikgu Kamarul inilah yang dituduh sebagai musang berbulu ayam. Tuduhan ini tidak betul kerana pada awal serangan Mahathir pada Najib pada 2015, Cikgu Kamarul inilah yang diperkuda Mahathir untuk buat GKCM dan dakwa ada cawangan akar umbi UMNO tidak sokong Najib .
Mungkin Mahathir mudah lupa. Sesudah tinggal hampas kerana gerakan GKCM untuk tumbangkan Najib melalui usul cawangan dan PAU 2015 gagal, maka Mahathir anggap Cikgu Kamarul ini sudah tidak berguna lagi.
Kini Syed Saddiq jadi gading bertuah, tanduk Cikgu Kamarul tidak berguna lagi. Saddiq inilah yang digunakan sebagai "stricker" untuk balun Muhyiddin bagi kepentingan kem Mukhriz.
Semalam Syed Saddiq, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyelar pihak yang menamakan nama calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan sebagai “tidak sensitif”.
Maksud “tidak sensitif” yang dibawa oleh Syed Saddiq bolehlah kita fahamkan sebagai tidak sensitif kepada idolanya iaitu Mahathir.
Ini kerana idola dan dewanya telah membuat pendirian bahawa nama calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan tidak harus dinamakan kerana pada pendapat Pengerusi PPBM itu akan akibatkan perpecahan.
Dari awal lagi PH tidak pun berubah pendirian. Hanya sebab kemasukan Mahathir dalam Pakatan Harapan, maka Mahathir yang mahu Mukhriz jadi PM bagi Pakatan Harapan. Perpecahan berlaku dalam PH kerana virus agenda peribadi Mahathir.
Maka tiada apa yang tidak sensitifnya selain PPBM dan Mahathir sebagai “Johnny come lately” tetapi mahu merubah sesuatu keadaan.
Pendirian Syed Sadiq sama jugalah dengan pendirian Mukhriz yang mahu semua perkara harus dilihat dari sudut mereka sahaja dan bukan dari sudut orang lain.
Penting diri adalah sebahagian dari “trait” Mahathir dan mereka yang menyokongnya.
Pada entri terbaru Mahathir di blognya Chedet, yang berjudul “Penyokong Saya” jelas terlihat PPBM miliknya terdapat masalah berskala besar.
Terdapat perpecahan dan percanggahan walaupun dengan keahlian yang sangat kecil. Mahathir akhirnya akui PPBM, parti penuh bermasalah dan membawa masalah kepada PH.
Sebenarnya Mahathir dan Muhyiddin telah malu besar. Mereka telah dipermainkan dan diperbudak budakkan oleh Lim Kit Siang.
Selain dari terpaksa menandatangani petition mahu bebaskan Anwar, mereka juga terpaksa menahan malu berdiri sebaris dengan pemimpin komponen lain yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri ke7.
Walaupun Kit Siang , Azmin, Mat Sabu, Wan Azizah dan seluruh kepimpinan Pakatan Harapan tahu Mahathir tidak setuju , mereka teruskan juga memalukannya.
Di akhbar hari ini, Mahathir memainkan lagu lapuknya dengan kenyataan kononnya pilihan calon Perdana Menteri PKR tempoh hari bukan mewakili hasrat Pakatan Harapan.
Siapalah Mahathir mahu perbodohkan atau siapa hendak ditipunya lagi, kerana pada majlis itu semua pemimpin wakil parti komponen sudah pun memegang plakad itu yang tidak memegangnya hanya wakil PPBM iaitu Mahathir dan Muhyiddin sahaja.
Inilah Mahathir , sama juga dengan pentaksubnya, selalu melihat keadaan hanya dari sudut mereka sahaja.
Kini Mahathir mendapat masalah besar didalam parti bunga yang baru 230 hari itu, sedang berlaku konflik besar. Dalam PH pun sedang bergaduh dengan PPBM sebab calon PM. Dua konflik ini berlaku kerana virus Mahathir.
Nasib Mahathir bagai jatuh ditimpa tangga. Di Arab Saudi pula, Datuk Seri Najib terus diiktiraf suaranya di depan King Salman, Presiden Amerika dan seluruh pemimpin negara Islam lain.
Kepimpinan dan idea Datuk Seri Najib dihormati dalam pertemuan di Arab Saudi.
Di sini, Mahathir dimalukan oleh PKR, DAP dan PAN.
Semua ini takdir dan ketentuan Allah SWT. Menjelang bulan suci Ramadhan, satu persatu kebenaran ditunjukkan Allah SWT.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment