Friday 28 September 2012

KACANG SOYA BAIK UNTUK KESIHATAN ?!! FIKIRKAN SEMULA !!!

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. 

Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. 

Terutama sekali untuk kaum wanita.

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. 

Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yang baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Antara keburukan kacang soya:

• Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
• Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
• Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). 

Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita !!!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. 

Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. 

Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. 

Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. 

Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. 

Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). 

Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. 

Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. 

Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. 

Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari !!! Urghhhh..!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Artikel ini sedikit sebanyak telah membuka mata kita tentang kacang soya yang sering digembar-gemburkan sebagai bahan kekacang yang berkhasiat. 

Fikirkan :)

Wallahu'alam.......



7 comments:

  1. Setiap kenyataan perlulah bersandarkan bukti. Jika terbukti kacang soya ini tidak baik untuk kesihatan, perlulah mengemukakan bukti dokumentasi. Hanya bersandarkan bukti atas nama orang yang kita tak ketahui kewujudannya.

    ReplyDelete
  2. Yep. Penipuan ni woi. Mana la internet tak bersepah dgn fakta yg ko sendiri x faham maupun tahu benar ke tak.
    Berdosa menyebarkan fitnah.
    Aku suka minum air kacang soya dari kecik, dan masih bijak n x de la mandul mcm repekan ko.

    ReplyDelete
  3. saya rasa information ni ada benarnya cz natural estrogen telah dihasilkan dari tumbuh2an iaitu pati bunga e.p.o dan juga pati kacang soya..setelah manusia mengambil khasiat ini kulit mereka akan halus,cerah,cantik serta dapat melancarkan pejalanan darah serta sistem badan manusia..

    ReplyDelete
  4. pada pndpt aku la dlm mgkaji sosio-ekonomi neh, mklumat ni dkeluarkan oleh individu2 yg ekstremis cuba mnentang dn mnjatuhkan ekonomi US (trutamanya) & juga Kanada yg mrupakan pgeluar kcg soya tbesar dunia. Ye la, US kan ngara 'big brother' dunia. Suma dunia nk kna ikot tlunjuk dia (US). Dtambah US ni (sangat) dkatakan mmain peranan dlm mnjatuhkn ngara Islam dgn cara mmberi dana (sbhgn hasil jualan ekonomi kcg soya td) kpd ISRAELaknatullah & ngara sekutu utk mmbeli kmudahahn dn klengkpn snjata. Tp, kita kna amik taw gak, yg sbnrnya kbykkn pkerja yg bkerja dlm industri braskan soya ni (tmsoklah drpd petani, peraih hasil, pmndu trak hasil, pkerja kilang mproses hsil, pgedar hsil, dn pnjual hasil) adlah org Islam d serata dunia. Di Malaysia pon, ramai pkerja Islam dlm industri brasaskn soya ni. Tidak adil bg kita tros mnentang dn mmboikot kcg soya ni. Kita kna ingat gak, kcg soya bnyk mghasilkn plbgai variati msakan dn mknn tkenal dlm Malaysia. Misalnya TEMPE. Bkn tu sja, kicap @ toyu yg korg tibai dngn nasi tu pon brasaskn kcg soya gak oii!! Klu xda kicap, alamatnya smpi ke hari neh korg x mrasa masakan cm AYAM MASAK KICAP, DAGING MASAK KICAP, dn sbgainya. So, pikir2kan la.

    ReplyDelete
  5. orang melayu @ malaysia ni kalau tak kena kat diri sendiri memang megah...sembang tak nak kalah...kalau dah kena baru mengalah...kalau nak tahu lebih lanjut kalau ada friend2 mat saleh pigi tanya dorang guna kacang soya atau tidak...itu je.... :))

    ReplyDelete
  6. COFFEE IS BETTER THAN SOYA........^ - ^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??