Wednesday 31 October 2012
LIVE !!! BANJIR DI KLANG - MANA KHALID GAGAP NI !!!
Banjir lagi !!
Hujan lebat beberapa jam tadi di kawan sekitar Klang menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Klang di naiki air.
Selepas menerima panggilan daripada sahabat dari Taman Sentosa, saya terus kesana dan melihat keadaan kawasan yang di naiki air.
Dalam masa sebulan ni jer sudah 3 kali kawasan ini di naiki air.
Ini semua berpunca daripada masalah perparitan dan pengaliran yang belum ada penyelesaian.
Sila rujuk pada artikel saya yang lepas pada tarikh 19 Oktober 2012.
"Lebih baik semua wakil rakyat Kota Raja letak jawatan !! bagi sahaja wakil rakyat Barisan Nasional yang menjaga kami" - Ini pesanan daripada seorang penduduk Taman Sentosan pada 19 Oktober 2012
Jelas terbukti wakil rakyat Kota Raja hanya tahu bercakap tetapi tidak pandai buat kerja.
Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Pembandaran Klang dibawah pentabiran kerajaan selangor pula lembab, makan gaji buta kerana tidak membuat apa apa tindakkan berhubung masalah banjir yang sentiasa melanda kawasan ini.
Sampai bila rakyat hendak bersabar?? Di mana keadilan yang di perjuangkan oleh Pakatan?? Tolak Pakatan PRU13
Sumber : Afiq
KEMELUT POLITIK SABAH - SI GILA KUASA VS SI PENIPU !!!
Baru saja Pakatan Rakyat meraikan ‘kemenangan’ mereka memancing atau mungkin juga ‘membeli’ pemimpin veteran Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, tetapi kini parti itu sudah mula pening dengan personaliti tersebut.
Lajim Ukin, telah membuat keputusan untuk menyertai pembangkang atas alasan UMNO Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman yang didakwanya memonopoli kuasa sehingga tidak boleh ditegur serta menyukarkan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.
Sebenarnya, jawapan ini adalah jawapan ‘standard’ yang telah dijangka dari mana-mana ahli politik yang memilih untuk berpaling tadah secara tiba-tiba.
Di mana, secara tiba-tiba juga masalah rakyat menjadi masalah utama mereka walaupun selama ini tidak pernah menjadi masalah langsung.
Sama seperti bagaimana Anwar tiba-tiba melihat kepincangan sistem kehakiman, dasar-dasar kerajaan, malah PTPTN apabila berada di luar kerajaan sedangkan sebelum ini beliau turut terlibat dalam membentuk dan melaksanakan kesemua dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.
Lajim Ukin adalah orang lama di dalam politik.
Sebagaimana lazimnya, orang lama pastinya berharga dan barangan berharga tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya di mana-mana saja.
Ia perlu diletakkan di tempat yang sesuai dengan harganya.
Lajim Ukin melihat dirinya setanding dengan Ketua Menteri.
Iaitu tarafnya adalah taraf Ketua Menteri Sabah.
Tindakannya keluar BN juga adalah kerana percaya yang jawatan Ketua Menteri sepatutnya menjadi miliknya.
Cita-cita Lajim ini tidak lagi menjadi rahsia umum di Sabah.
Malah, antara syarat beliau untuk kekal di dalam BN ialah jawatan Ketua Menteri atau Yang DiPertuan Negeri.
Namun, malang bagi beliau kerana BN tidak melayan mana-mana pemimpin yang gila kuasa dan cuba ‘tawar-menawar’ harga dirinya untuk dijual beli.
Justeru, Lajim tidak punya pilihan selain keluar BN dan menyertai PR.
Syarat yang sama juga telah disuarakan oleh Lajim kepada Anwar dan difahamkan Anwar pun memberi jawapan politik yang ‘standard’ juga kepadanya.
Jika jawatan tersebut sahaja tuntutan Lajim, mungkin tidak begitu memeningkan Anwar, walaupun beliau punya calonnya sendiri untuk jawatan tersebut.
Yang memeningkan Anwar ialah apabila Lajim membangkitkan faktor Sabah dan Sarawak sebagai deposit bagi PR dan menuntut agar Anwar memberi pengiktirafan yang setimpal kepada negeri itu dengan melantik dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya memenangi PRU nanti.
Tuntutan Lajim ini bagi Anwar adalah keterlaluan apatah lagi apabila Anwar telah mengenalpasti personaliti lain bagi jawatan tersebut sekiranya faktor Sabah dan Sarawak wajib diambilkira.
Antara individu yang mendapat kepercayaan Anwar ialah juga pemimpin veteran, iaitu Jeffrey Kitingan, Parti Reformasi Negeri (STAR).
Sebelum ini Jeffrey telah membuat kenyataan bahawa partinya adalah berdiri dengan sendirinya sebagai pembangkang Sabah tetapi akan bekerjasama dengan PR menentang BN dalam PRU akan datang.
Jeffrey pernah menjadi Pengerusi PKR Negeri dan pernah dilantik jawatan kanan sebagai Naib Presiden.
Tetapi titik tolak Jeffrey meninggalkan PKR ialah isu pemilihan calon-calon dalam PRU 2008.
Pengerusi Perhubungan Sabah yang baru telah tidak memilih calon-calon pilihan yang dicadangkan Dr Jeffrey.
Ekoran rasa tidak puas hati Jeffrey menubuhkan Pakatan Bebas atau Independent Front, menaja calon-calon pilihannya sebagai calon Bebas.
Bagaimanapun semua calon itu kalah termasuk Jeffrey sendiri yang bertanding atas tiket PKR.
Jeffrey kemudiannya menubuhkan UBF (United Borneo Front) di mana beberapa pemimpin yang gagal dalam pemilihan ketua cabang PKR termasuk penyokong peribadinya turut meninggalkan PKR dan menyertai NGO baru itu.
Walaubagaimanapun, sumber dalaman memberitahu bahawa Jeffrey yang telah menunjukkan sikap ‘survivor’ dalam politik yang mana begitu menarik perhatian Anwar.
Jeffrey juga difahamkan telah memahami ‘isyarat-isyarat’ Anwar.
Namun, kemunculan personaliti seperti Lajim Ukin yang ghairah mencari dan merebut kuasa telah mengganggu perancangan Anwar di Sabah.
Anwar kini terpaksa menimbang semula antara kepercayaannya dengan pengaruh kedua-dua pemimpin Sabah itu, di kalangan rakyat tempatan.
Nampaknya, Anwar mungkin telah memikirkan segala-galanya untuk menghadapi PRU ini tetapi Anwar tetap gagal memikirkan satu perkara iaitu sentimen rakyat yang muak dengan personaliti yang gila kuasa.
Anwar juga lupa bahawa rakyat hari ini boleh mengenalpasti ahli politik yang tamak dan korup kerana rakyat kini cukup bijak untuk membaca yang tersirat dari tindakan dan kenyataan di media.
Jeffrey mahupun Lajim kedua-duanya telah menunjukkan sikap tamak dan gila kuasa dengan melompat ke sana ke mari mencari tempat yang tinggi untuk bersemayam.
Ahli politik seperti ini jarang sekali hiraukan nasib rakyat dan tidak mustahil atau besar kemungkinan, adalah korup juga.
Oleh itu, apakah Anwar pasti yang rakyat mampu menerima mana-mana dari mereka sebagai TPM jika PR berjaya memenangi pilihanraya ???
Dan apakah Anwar yakin yang mereka boleh menang di kawasan yang ditandingi setelah menunjukkan kerakusan mereka kepada rakyat ???
Dari sudut lain pula, apakah jaminan bagi Jeffrey ataupun Lajim untuk memastikan yang segala janji dan isyarat yang diberikan Anwar kepada mereka bukanlah umpan semata-mata ???
Apabila umpan sudah mengena, belum tentu apa yang dijanji akan dilaksana.
Apapun, suka I4TT mengingatkan mereka bahawa memungkiri janji bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, mahupun PR.
TAUFAN SANDY - ADA JUGAK YANG BANGANG !!!
Dalam pada Amerika Syarikat dilanda bencana Taufan Sandy, ada juga pihak yang bangang tak sudah keluarkan gambar-gambar palsu kononnya gambaran taufan sandy berkenaan.
Gambar-gambar diatas ni telah pun disahkan adalah gambar palsu.
Apapun, aku tetap tak lepas dari memikirkan apakah bencana ini balasan atas kekejaman Amerika keatas negara-negara Islam...
Fikir-fikirkan dan renung-renungkan...
Sama-sama kita mohon pada Allah agar bencana sebegini tidak melanda negara kita.
JAWATANKUASA BENCANA ALAM TELAH DIGERAKKAN OLEH KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI AS !!!
Kedutaan Besar Malaysia di Amerika Syarikat menggerakkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam bagi memantau perkembangan Taufan Sandy dan kesannya kepada rakyat Malaysia di kawasan terjejas.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata terdapat kira-kira 1,500 rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas akibat taufan itu iaitu Washington, Maryland dan Virginia.
"Kira-kira 1,200 pelajar juga berada di kawasan terjejas. Jabatan Pelajar (kedutaan) telah berhubung dengan Pejabat Pelajar Antarabangsa di universiti-universiti di kawasan itu untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil bagi memastikan keselamatan pelajar kita.
"Kedutaan Besar Malaysia di Washington dan Konsulat Jeneral Malaysia di New York melaporkan tidak menerima apa-apa laporan rakyat Malaysia dalam bahaya," katanya dalam kenyataan Selasa malam.
Beliau berkata hanya satu keluarga Malaysia terkandas di Lapangan Terbang LaGuardia dan mereka kini ditempatkan di sebuah hotel di Queens.
"Semua rakyat Malaysia yang lain, termasuk pelajar, adalah selamat," katanya.
Anifah berkata Kedutaan Besar Malaysia di Washington DC ditutup pada Isnin lepas ekoran pengisytiharan keadaan kecemasan di Washington.
"Semua warganegara Malaysia telah dinasihatkan untuk menjaga keselamatan diri dan sentiasa berwaspada terhadap amaran taufan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Wisma Putra akan terus memantau perkembangan taufan tersebut dan memaklumkan sebarang perkembangan terkini," katanya.
Laporan awal menunjukkan negeri yang terjejas seperti Virginia, Washington, Maryland, New Jersey, Connecticut dan New York telah mengisytiharkan darurat serta memulakan proses pemindahan termasuk 375,000 penduduk di Manhattan dan bahagian lain di New York City; 50,000 di Delaware dan 30,000 di Atlantic City, New Jersey.
Lebih 5,000 penerbangan di semua lapangan terbang utama (Dulles International dan Ronald Reagan National) di Washington dialih ke lapangan terbang lain.
Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 65 orang terbunuh di Kepulauan Caribbean disebabkan taufan tersebut. - BERNAMA
TAUFAN SANDY DI AS - FOTO !!! ADAKAH BALA ATAS KEKEJAMAN AS TERHADAP NEGARA ISLAM ?!!
Foto satelit
Foto dari pelbagai sumber.
TAUFAN SANDY - 3 SENATOR TERKANDAS !!!
Tiga senator yang sepatutnya pulang ke tanah air selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terkandas selepas penerbangan mereka dibatalkan akibat taufan Sandy.
Mereka ialah Datuk Boon Som Inong, Datuk Muhammed Najeeb Abdulah dan A.P.S. Bagiam yang tiba di kota raya ini, 17 Okt lalu.
Boon semasa dihubungi Bernama berkata kesemua mereka dijadualkan berlepas pulang dengan penerbangan Emirates Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Keneddy pada 11.20 pagi, Isnin lepas.
"Kami dihubungi melalui e-mel oleh ejen syarikat penerbangan, yang memaklumkan bahawa penerbangan kami itu ditangguh kerana semua penerbangan keluar dan masuk ke New York City dibatalkan pada hari Ahad, dan sehingga kini mereka tidak dapat memastikan bila penerbangan kami yang seterusnya," katanya yang berada di sini bersama isteri beliau.
Bagaimanapun beliau berkata Pejabat Wakil Tetap Malaysia ke PBB, juga sedang berusaha menghubungi ejen syarikat penerbangan berkenaan untuk membolehkan kesemua mereka mendapat penerbangan paling awal berlepas pulang sebaik sahaja keadaan kembali pulih.
Kota raya New York, hampir tenggelam dan bergelap selepas dibadai taufan Sandy, Selasa. Kesemua penerbangan keluar dan masuk di kedua-dua lapangan terbangnya dibatalkan manakala lapangan terbangnya ditutup selepas dinaiki air akibat banjir.
Sementara itu, Muhammed Najeeb berkata lawatan ke New York merupakan yang pertama baginya dan juga pengalaman pertama menghadapi taufan.
"Kami tidak pergi ke mana-mana, sebaliknya hanya duduk di dalam bilik, petang tadi kami keluar untuk mencari makanan halal yang selalunya terdapat di tepi-tepi jalan, tetapi malangnya semuanya tidak beroperasi," kata beliau semasa dihubungi di bilik penginapan hotelnya yang terletak di 44th street di tengah-tengah Pulau Manhattan.
Beliau berkata selama dua hari tidak boleh keluar ke mana-mana, televisyen menjadi peneman dan sempat belajar daripada pihak berkuasa bandar raya New York, mengenai cara-cara menangani keadaan kecemasan yang berlaku.
"Kami berlepas ke Washington DC pada hari Jumaat lepas dan dijangka pulang semula ke New York pada 8 malam Ahad, dan seterus bersiap untuk berlepas pulang, bagaimanapun, rombongan kami terpaksa memendekkan lawatan dan pulang awal kerana tidak mahu bertembung dengan Sandy," katanya.
Sementara itu, rakyat Malaysia yang tinggal di pantai timur Amerika Syarikat, berhubung sesama rakan mereka sama ada melalui pesanan ringkas, panggilan telefon atau laman Facebook bertanya khabar masing-masing.
Bagi Nur Yasmin Mohd Nuri, dari Boston, Massachusetts, beliau menerima banyak khidmat pesanan ringkas, panggilan telefon dan turut menghubungi rakan-rakan yang terlibat bertanya khabar.
Selain itu, katanya kesempatan cuti disebabkan taufan Sandy digunakan untuk mengemas dan membersih kawasan sekitar rumahnya yang dipenuhi daun-daun pokok dan sampah yang dibawa angin kuat taufan itu.
Ada juga yang keluar di sekitar kawasan perumahan mereka meninjau keadaan sekeliling selepas dibadai taufan itu.
Laman facebook kumpulan seperti Malaysian in US dan Malaysian in NYC dipenuhi dengan pertanyaan khabar daripada anggotanya, masing-masing bertanya khabar rakan-rakan selain menceritakan pengalaman mereka berdepan dengan taufan Sandy.
Ada yang mengeluh kerana tidak dapat ke pejabat kerana sistem pengangkutan transit dalam bandar raya dan kawasan pinggir seperti kereta api dan bas kebanyakannya belum beroperasi sepenuhnya.
Bagi Zarina Mustapha, yang tinggal di Astoria, Queens, dan bekerja di Columbia University, di bahagian barat, utara Pulau Manhattan (upper westside) beliau kini sedang memikirkan bagaimana cara terbaik baginya untuk pergi ke pejabatnya yang akan beroperasi Khamis, selepas ditutup sejak Isnin.
"Orang seperti saya yang bergantung kepada sistem pengangkutan awam terutamanya kereta api, terpaksa memikirkan cara ke pejabat kerana tidak ada perkhidmatan kereta api yang akan beroperasi," katanya semasa dihubungi.
Sistem pengangkutan transit dalam bandar raya dan kawasan pinggir yang dihentikan sejak petang Ahad lepas, sudah mula beroperasi, dengan perkhidmatan yang amat terhad.
Bagi seorang lagi rakyat Malaysia yang tinggal di Fort Lee, New Jersey, Haslinda Hashim, rumahnya terputus bekalan elektrik sejak semalam dan dimaklumkan oleh syarikat kendaliannya, ia dijangka berterusan selama 2 minggu.
Beliau yang bimbang stok makanan sejuknya akan rosak bercadang untuk mengagihkan kepada rakan-rakannya yang tinggal berdekatan dengan rumahnya kerana jalan raya dan jambatan yang menghubungkan New Jersey dan Manhattan semuanya masih ditutup.
PBB dan New York Stock Exchange, yang ditutup sejak Isnin, turut mengumumkan menyambung penutupan badan dunia itu dan operasi dagangan bursa saham berkenaan sehingga Rabu.
Sementara itu Pejabat Pengurusan Kecemasan Datuk Bandar dan Jabatan Polis New York (NYPD) untuk pertama kali dalam sejarah 39 tahun, telah membatalkan Perarakan Halloween terbesar yang dijadual diadakan pada malam Rabu di Manhattan. - BERNAMA
PERJANJIAN SETAN ANTARA PAS DAN DAP UNTUK SINGKIRKAN ANWAR DIDEDAH !!!
Kata orang politik itu kotor.
Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik.
Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor.
Semua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan PAS tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau ‘taboo’.
Bagi ketiga-tiga mereka untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar, sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat.
Mengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka.
Begitu juga dengan PAS yang kononnya memperjuangkan kepimpinan Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua.
Tetapi, DAP dan PAS telah menerima Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan sekali gus bakal Perdana Menteri atau lebih tepat Presiden, jika mengambilkira perjuangan PR untuk menubuhkan Republik.
Tentunya, ini adalah pelik.
Lebih pelik lagi jika kita melihat kepada sejarah hubungan Anwar dengan PAS dan DAP.
Dalam tahun 1997, iaitu apabila kegemaran luar-tabiee dan salahlaku Anwar mula terhidu oleh orang luar, Mat Sabu mengambil langkah awal mendedahkannya di dalam wawancara dengan Majalah Tamadun.
Mat Sabu jugalah yang merekacipta gelaran manja ‘Al-juburi’ untuk Anwar.
Di dalam wawancara itu, Mat Sabu membelasah UMNO kerana mempunyai pemimpin yang begitu kotor sekali seperti Anwar Ibrahim.
Dalam tahun yang sama, Karpal Singh telah mengambil langkah lebih jauh dengan membawa isu salahlaku dan luar-tabie Anwar ke parlimen.
Bukti ini boleh didapati dengan mudah melalui rekod Hansard Parlimen.
Karpal Singh mempersoalkan kerajaan kerana membiarkan manusia yang begitu kotor sekali menjadi pemimpin.
Beliau juga mendedahkan yang DAP mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa mereka itu.
Apabila Anwar akhirnya dipecat kerana kesalahan yang terlebih dahulu dihidu PAS dan DAP tersebut, tidak semena-mena Karpal Singh telah bertindak membela Anwar habis-habisan.
Tentu sekali, segala bukti yang dimiliki mengenai kesalahan Anwar seperti yang didakwanya disimpan baik-baik.
Dan bukti ini pastinya masih ada di tangan Karpal dan DAP.
Dengan pengetahuan dan bukti yang dimiliki oleh DAP dan PAS mengenai Anwar, tindakan mereka menerima Anwar sebagai ketua membuktikan yang mereka mempunyai agenda tersendiri atau berasingan dalam memastikan kekuasaan parti masing-masing sekiranya PR memerintah.
Dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dimaklumkan bahawa DAP dan PAS telah membuat perjanjian lisan di antara beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti mengenai Anwar.
Menurut sumber tersebut, kedua-dua parti bersetuju dalam keadaan terpaksa menerima Anwar kerana tiada calon lain yang boleh ditonjolkan sebagai ‘orang tengah’ yang berwibawa untuk mewakili sebuah pakatan yang bertentangan dalam prinsip perjuangan.
Anwar yang mempunyai sejarah Islamik radikal dan kemudiannya berubah menjadi liberal dan plural adalah yang paling sesuai untuk duduk di tengah-tengah antara Islam ekstrem dan kafir harbi.
Namun, kedua-dua PAS dan DAP juga tidak senang membiarkan Anwar terus menjadi ketua mereka.
Justeru, mereka sepakat bahawa Anwar hanya akan memegang jawatan untuk seketika, sementara keadaan stabil dan rakyat mampu menerima cara pentadbiran PR.
Dengan cara ini juga, PAS dan DAP boleh mengkambing-hitamkan Anwar sekiranya kerajaan PR dikecam dan diragui rakyat.
Ini juga akan membantu menaikkan kemarahan rakyat terhadap Anwar serta memudahkan mereka menendang Anwar keluar.
Sebagai menyediakan alasan rasmi untuk menyingkirkan Anwar, mereka akan membangkitkan kembali semua isu skandal seks Anwar dengan mendedahkan bukti-bukti baru yang selama ini disimpan.
Pada ketika ini juga, pemimpin DAP dan PAS akan memberi kenyataan bahawa mereka percaya yang video seks Anwar-Chinadoll adalah sahih.
Sumber juga berkata bahawa dalam masa 2 tahun, paling lewat, Anwar akan disumbat kembali ke penjara oleh PAS dan DAP.
Ini adalah perjanjian lisan yang dibuat antara PAS dan DAP.
Namun, sama ada mereka mampu mempercayai sesama sendiri adalah cerita lain sama sekali.
Ini kerana DAP mempunyai lebih persamaan dengan Anwar berdasarkan 4 perjuangan asas parti itu iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja, menghapuskan Rejimen Askar Melayu DiRaja, menghapuskan hak istimewa Melayu dan menjadikan Malaysia Negara Sekular.
Sedangkan PAS pula ingin mengekalkan apa yang ada dan hanya menambah ‘dos’ agama iaitu melaksanakan hudud dan meningkatkan perlaksanaan undang-undang Islam dan cara hidup Islam yang bertentangan dengan DAP.
DAP dan PAS kedua-duanya percaya yang mereka boleh mencapai segala matlamat mereka tanpa Anwar.
Tetapi, mampukah mereka mencapai matlamat tersebut secara bersama ???
Salah satu parti akan terpaksa mengalah juga akhirnya dan kita sudah dapat menjangkakan bahawa yang akan kalah adalah PAS walaupun majoriti rakyat negara ini adalah Melayu.
Ini kerana pemimpin PAS telah terbukti terlalu lemah dan tidak mampu melawan DAP.
Lebih buruk lagi, apabila PAS sendiri sudah dikuasai Anwarinas yang prinsipnya lebih cenderung menyerupai DAP berbanding PAS.
Kumpulan ini juga pasti akan menimbulkan masalah jika perjanjian lisan PAS-DAP dilaksanakan.
Justeru, apa yang kita lihat ialah negara bakal bergoyah apabila PR memerintah.
Dengan Dinasti Lim menggenggam kuat takhta melaksanakan agenda DAP dengan licik dan pantas sementara PAS terkial-kial merebut takhta cuba menghalang mereka, manakala Anwar pula menggunakan sepenuhnya pengaruhnya di barat untuk menepis tendangan mereka.
Perebutan dan pergolakan ini akan mempengaruhi penyokong masing-masing, lalu merebak membangkitkan kemarahan rakyat keseluruhan apabila negara semakin tidak terurus.
Pada ketika itu, campurtangan asing dan sang kiasu DAP naik tocang lalu mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Melayu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku.
Kesudahan nasib kita tidak perlulah I4TT nukilkan di sini kerana I4TT pasti korang semua dapat fikirkannya sendiri.
TERKINI !!! TOP 100 BLOGGER PRO-BN (31/10/2012) !!!
Tahniah buat semua blogger pro-BN.
PRU-13 just around the corner...
Kepada sahabat-sahabat blogger yang mana sepatutnya tersenarai tetapi I4TT tercicirkan blog url korang, sila tinggalkan url blog di ruangan komen.
Next update pada hujung bulan depan pula ye.
Insyaallah bulan depan akan disenaraikan mungkin top 150 atau kesemua blog yang mana I4TT simpan dalam senarai (227 blog).
Yang nak tahu kedudukan masing-masing boleh tinggalkan komen beserta link url blog.
Yang mana I4TT tercicirkan, I4TT mohon maaf sangat-sangat.
Andai ada salah ejaan pada mana-mana blog, I4TT mohon maaf dan akan perbetulkan pada entri bulan depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)