Sunday 17 July 2011

Datin Seri Rosmah kantoi beli cincin dengan nilai RM24million??????


Saya tertarik untuk merungkai berkaitan cincin berlian yang dikatakan bernilai RM24juta yg kononnya dibeli oleh isteri Perdana Menteri kita. Apa yang menarik minat saya adalah harganya, kerana pada pendapat peribadi saya TERSANGATLAH KELAKARNYA... ahahaha... nak tau mana saya dapat cerita fitnah ni..??? check this out!!!!!

FAKTA!!!!


1- Adakah ini dapat dikira bukti???? capture gambar photo dan bukan print screen... rasanya, budak sekolah menengah kalau diberi format pon boleh buat ni... hahaha....


2- Cincin termahal dunia yang dijual kepada orang ramai hanya USD 1.5 Juta sahaja. Atas dari pada tu semua ada dalam muzium untuk pameran, not for sale. Harga cincin termahal dunia ialah USD 16.26 Juta dan ia adalah not for sale.


3- Chopard Blue Diamond ring - USD 1.5 Juta, termahal di pasaran hari ni. FAKTA! Harga atas daripada tu hanya pameran sahaja. Cincin berlian ni control item, boleh check sendiri. 



4- Client untuk blue diamond ni hanya utk VVVVIP sahaja. Tak semua perdana menteri,raja dan Isteri mereka dapat mencapai tahap 4 V. Hanyalah untuk billionaire, pemimpin, raja yang yang mempunyai harga diri (personal value) melebihi USD 3 Billion.


5- Ni informasi untuk anda pasal cincin termahal iaitu jenis blue diamond yang dilelong dengan harga USD 7.98 Juta dan ia telah pecah rekod harga tertinggi dalam lelongan cincin berlian. Ia dilelong di Hong Kong. Sekarang cincin tu berada di Muzium Smithsonian Institute di Washington D.C. Untuk pameran sahaja. Jadi sapa dengar cerita DS Rosmah ada cincin 24 juta, hanyalah kelentong. KLIK SINI UNTUK 
REKOD HARGA BERLIAN TERTINGGI DIDUNIA


6- Setakat ni cincin termahal di dunia yang berada di jari manusia adalah USD 1.5 Juta iaitu jenis blue diamond. Dan cincin lain yang harganya lebih tinggi dari itu semuanya menjadi pameran di muzium dan private collector seperti Moussaieff Jewellers, Chopard dan lain-lain syarikat perniagaan berlian.


7- Orang yang pakai cincin termahal di dunia bukan Imelda marcos, bukan isteri Sultan Brunei, bukan isteri Bill Gates tetapi Elizabeth Taylor dan harga cincin tersebut ialah USD 1.3 Juta. Dan rekod Elizabeth Taylor telah dipecah pada 2009 oleh seorang billionaire yang menghadiahkan cincin pertunangan berharga USD 1.5 Juta kepada isterinya.


8- Berkenaan gambar sistem kastam yang kononnya dikatakan sebagai bukti... Ini pun boleh jadi bukti ker?Sistem macam ni amat mudah dimanipulasikan Check This out!!!!


Apa kata puak2 pembangkang haramjadah ni jawab soalan saya pula....  


Apa bukti lebih sahih dari ini seperti:

1. Bukti pembelian?
2. 
Ada Resit Pembayaran?
3. 
Tunai atau Kad Kredit?



Kalau nak kira logik akal... betul juga kata sahabat saya... 
Daripada DS Rosmah tu beli cincin harga RM 24 Juta, baik dia beli satu pulau kat Bahamas, nama pulau Leaf Cay. harga USD 8 Juta, complete dengan 1.5km landasan kapal terbang, generator elektrik, sistem kumbahan, sistem sekuriti semua cukup. 


pesanan pada puak2 pakatan haram... kalau nk kencing pon agak2 la... kreatif la sikit lain kali... baru beberapa hari dah kantoi... ahahaha....

Wednesday 6 July 2011

Apakah BERSIH yg didalangi oleh Pas dikategorikan sbg "BUGHAH"...???????


CHECK IT OUT !!! ... Pengertian bughah Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan kpd yg terkorban di Memali...."BUGHAH".....

dari segi procedure & urus tadbir Kerajaan Pas Kedah melalui Majlis Fatwa Kedah boleh mengambil tindakan mengubah Fatwa, Majlis Fatwa Kebangsaan daripida "BUGHAH" kpd "Syahid" diatas perkenan Sultan Kedah...

Apakah BERSIH yg didalangi oleh Pas dikategorikan sbg "BUGHAH"...???????

Pas ambil kesempatan issue Memali utk menghalalkan BERSIH.....depa telah spin fakta, kita kena paham apa yg telah di fatwakan di Memali.... Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim yang sangat disegani di Baling. Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid. Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned, ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah dan menant unya Ust az Azahari Abdul Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka adalah pimpinan ulama’ PAS Kedah.
Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar. Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada Majlis Fatwa Negeri Kedah tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat . Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya dikebumikan sebagai para syuhada’. Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah. Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka.

CHECK IT OUT!!!!...

Ni yg di katakan menghalalkan cara...kerja Mat Sabu......tapi fakta depa spin.....fatwa kata Bughah, depa kata Syahid...so bersih ni pun Syahid la, padahal kalau ikut precedence ianya BUGHAH.....melainkan Kerajaan Pas Kedah, buak balik X File tu & Majlis Fatwa Kedah buat fatwa baru dgn perkenaan Tuanku Sultan kata "Syahid".....so pasain apa depa tak buat...tu hak Kerajaan Negeri dlm Perlembagaan....

Tuesday 5 July 2011

Akta kebebasan maklumat di Selangor


Selaras dengan akta kebebasan maklumat yang diamalkan di Selangor, kerajaan Selangor perlu mendedahkan dokumen-dokumen penting kepada umum supaya wang rakyat selangor tidak di salah gunakan.

Jika betul kerajaan Selangor ingin mengamalkan Akta kebebasan maklumat, kerajaan Selangor perlulah mengemukan beberapa dokumen seperti:KLIK SINI MENGENAI AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT

1 - IPP...Power Purchase Agmt diantara Genting Sanyen Power dgn TNB
2 - Toll Concession Agreement diantara Grand Saga & Kerajaan Malaysia
3 - Perjanjian Konsesi Air diantara Splash, Kerajaan Negeri.
4 - Perjanjian Konsesi Air ...Sungei Harmoni dgn Kerajaan Selangor & Kerajaan Pusat
5 - Perjanjian Konsesi Air....Taliworks/ Sg Harmoni untuk Langkawi.
6 - Perjanjian Konsesi Air....Taliworks dgn Kerajaan Negeri Kedah untuk seluruh Kedah except Langkawi.
7- Perjanjian Konsesi diantara Syabas dgn Kerajaan Selangor & Pusat.
8 - Landfill Concession Agreement diantara Worldwide & Kerajaan Negeri Selangor.
9- Kontrak Konsesi Pasir dgn Kumpulan Sementa

Untuk setiap Perjanjian Konsesi diatas perlu disertakan dgn Shareholders Agmt diantara Selangor GLC dgn pihak pihak lain......

Juga diperlukan maklumat berikut untuk meneliti tariff yg terdapat didalam Perjanjian2 tersebut "affordable & acceptable"..

1 - Financial Model utk setiap Projek
2 - Costing i.e CAPEX and OPEX
3 - Terms and condition of financing & Financing Agreement
4 - All related cost.
5 - Operation & Maintenance Agreement.
6 - EPCC Contract dgn Contractor Utama.....
Jika benar apa yang kerajaan PR Selangor perjuangankan kami mendesak supaya dokumen ini didedahkan kepada umum untuk dikaji supaya ianya nya BERSIH dari Korupsi yang melibatkan duit rakyat...

Monday 4 July 2011

Daulat Tuanku.....!!!!!!!





TITAH KHAS YANG DIPERTUAN AGONG PADA 3HB JULAI, 2011 JAM 8.40 MALAM
----------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 3 Julai — Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. — Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??