Wednesday 30 November 2011

PANAS !!! PAKATAN HARAM JADAH MEMANG JAHANAM !!!

Hari ini kecoh dengan 6 Jahanam. Ada yang bertanya apa tu 6 Jahanam yang kecoh di Persidangan Agung UMNO 2011. 

6 JAHANAM adalah formula Pakatan Haram Jadah untuk menjahanamkan negara Malaysia. Inilah dia yang dimaksudkan oleh KJ tentang 6 Jahanam modern ini.

alt

Filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul 6 Jahanam telah mengisahkan tentang 6 orang penjenayah yang membuat onar dalam masyarakat dengan perbuatan merompak, mencuri, membunuh dan merogol. Hari ini masyarakat kita tidak terlepas daripada terpaksa berhadapan dengan 6 Jahanam versi moden – polemik politik pembangkang jijik! Buktinya adalah melalui percubaan pembangkang yang berangan-angan melaksanakan 6 formula kehancuran negara yang saya sifatkan sebagai formula 6 Jahanam.



Pertama: Menjahanamkan sistem demokrasi

Pembangkang seringkali menggunakan kebangkitan di Timur Tengah untuk menghasut rakyat negara ke arah revolusi jalanan. “Arab Spring” di Malaysia, kata mereka. Di manakah letaknya akal fikiran mereka kalau kita ingin disamakan dengan negara Tunisia, Mesir dan Libya? Malaysia amat berbeza dengan negara yang huru-hara di Timur Tengah. Namun, pembangkang menggunakan perkara ini untuk meniup api kebencian kepada Kerajaan. Inilah agenda tersembunyi yang ingin mereka capai, tatkala idea mengadakan Bersih mereka canai. Matlamat mereka bukannya pemerkasaan sistem pilihanraya yang adil. Sebaliknya, ia adalah wahana menyebarkan debu-debu sangsi yang akan menimbulkan kekacauan yang maha kelam kabut dalam sebuah negara berdaulat.

Pada mereka sistem demokrasi itu tidak wujud di bawah pentadbiran BN. Pada mereka BN adalah pencuri pilihanraya, menidakkan suara rakyat, dan menggunakan serba macam taktik kotor untuk kekal berkuasa. Jika benarlah pakatan pembangkang mendukung demokrasi, mengapa sehingga hari ini mereka tidak pernah melahirkan rasa kesal mengenai insiden September 16? Sedarkah kita, propaganda rampasan kuasa September 16 adalah satu bentuk penghinaan kepada amalan demokrasi yang wajar dirakam sebagai satu detik hitam dalam sejarah negara.

Tak cukup dengan itu, baru-baru ini Azmin Ali dengan gah mengumumkan hasrat PKR untuk memecah tembok penjara bagi membebaskan Anwar Ibrahim sekiranya didapati bersalah dalam kes liwatnya. Semestinya ini bukan kenyataan pendukung demokrasi yang sebenar. Undang-undang negara, sistem kehakiman negara semuanya tidak diendahkan. Sudah terang lagi bersuluh, keluar dari mulut mereka sendiri, agenda mereka hanya satu, iaitu memastikan Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan apa jua cara - halal atau haram. Dan konsep demokrasi ini hanya menjadi alat bermusim ke arah sasaran sempit mereka.

Tidak syak lagi, demokrasi negara menjadi mangsa pertama di bawah kerakusan pakatan jahanam.

Burung bayan terbangnya tinggi
Hinggap seekor di pohon pisang
Mengaku konon pejuang demokrasi
Rupanya penghasut jalan songsang


Kedua: Menjahanamkan sistem pentadbiran

BN adalah satu parti yang telah terbukti keupayaannya dalam mentadbir negara. Semangat setiakawan antara parti komponen dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan Jemaah Kabinet oleh Perdana Menteri. Bagaimana pula dengan pembangkang? Sehingga kini, mereka masih gagal memberikan kita Kabinet Bayangan. Yang mereka ada, 3 penyelia untuk satu portfolio – tiga kepala, satu badan. Bayangkan kalau mereka perlu menubuh kabinet di masa hadapan – siapa Perdana Menterinya? Anwar, Guan Eng atau Haji Hadi?

Mutakhir ini, mereka dengan angkuhnya mahu mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan. Pembangkang tabur statistik bahawa nisbah penjawat awam dengan penduduk di Malaysia adalah tinggi dan membebankan. Tetapi mereka sengaja menyembunyikan hakikat bahawa negara-negara lain tidak mengambil kira golongan anggota keselamatan dan warga pendidik sebagai kakitangan awam. Sedangkan di Malaysia, dua golongan ini merangkumi lebih 50 peratus daripada semua penjawat awam. Maka, sudah pastilah nisbah kita lebih tinggi daripada negara-negara lain.

Bagi Pemuda, tiada langsung sebab untuk kurangkan saiz kakitangan awam. Negara tidak mungkin mengecapi kemakmuran sebegini tanpa sokongan dan usaha gigih sektor awam. Tapi jelas, ini bukan pertimbangan bagi pihak pembangkang. Sesungguhnya, bagi penjawat awam yang bakal mengundi kelak, undi untuk pembangkang adalah sama seperti menabur pasir ke periuk nasi sendiri.

Bayangkan pula apa akan jadi kepada pentadbiran undang-undang? PAS mahu laksanakan hudud, tetapi DAP pula minta langkah mayat mereka dulu. Jika Pakatan mengambil alih Kerajaan Persekutuan, apakah akan ada undang-undang berbeza di negeri berbeza? Apakah definisi jenayah sendiri akan berubah mengikut geografi? Kalau mencuri di Kelantan, potong tangan. Kalau di KL, sumbat penjara. Kalau di Pulau Pinang, itu kita tengok dulu apa kata Khalifah Lim Guan Eng.

Inilah realiti yang akan berlaku sekiranya kita benarkan pakatan pembangkang yang tandus persefahaman mengambil alih kepimpinan negara. Sistem pentadbiran kucar-kacir tanpa arah, porak peranda - menjadi mangsa kedua kerakusan pakatan jahanam!


Ketiga: Mejahanamkan maruah negara

Semua menjadi saksi, UMNO dan BN tidak pernah tergamak memburuk-burukkan kepimpinan negara kita kepada orang luar. Namun, tidak sampai sepenggal menjadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng terkocoh-kocoh ke Singapura menjaja fitnah terhadap negeri Johor semata-mata mahu menggambarkan satu situasi yang menyebelahi partinya. Beliau tahu Johor adalah bakal penerima pelaburan terbesar dari Singapura. Disebabkan dengki, beliau menakut-nakutkan pelabur dari Singapura tanpa mempedulikan kesan pelaburan negara yang boleh merudum disebabkan tindakan biadapnya, seolah-olah Pulau Pinang itu bukan sebahagian dari Malaysia. Persetankan kepentingan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Apa yang penting hanyalah DAP dan Republiknya di Pulau Pinang! Pantang ada peluang. Maruah negara beliau telanjangkan.

Kerakusan pembangkang amat berbeza dengan sikap dan budaya kita yang bangga menjadi anak Malaysia. Kita bangga dengan asal usul negara kita, bangga dengan pencapaian kita, bangga dengan lambang negara kita. Maka kita marah apabila pembangkang dengan sesuka hati memperlekehkan Jalur Gemilang. DAP dengan angkuhnya berkata mereka lebih sanggup edar bendera roket berbanding bendera kebangsaan. Ini biadap! Kita marah dengan janji pembangkang untuk mengubah terus Jalur Gemilang sekiranya mereka memerintah. Inilah polemik politik jijik dan budaya kebencian yang dibawa oleh pihak pembangkang. Bukan setakat simbol negara, institusi-institusi penting seperti polis, tentera semuanya habis dihentam dan dipandang hina. Tak pernah langsung kita dengar mereka mengiktiraf jauh sekali memperjuangkan kepentingan anggota keselamatan negara. Bayangkan kalau mereka mengambil alih, apa nasib negara kita? Jadi bahan cemuhan di persada antarabangsa.

Maka, sekiranya kita biarkan mereka memerintah, satu sahaja hasilnya terhadap maruah dan imej negara. Mangsa ketiga pakatan jahanam!

Malangnya sungguh nasib Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Pembangkang sungguh berhati busuk
Burukkan negara berderai-derai


Keempat: Menjahanamkan sejarah negara

Sesungguhnya sejarah adalah pasak jatidiri sesuatu negara. Warisan dari generasi ke generasi. Melalui sejarah, kita kenal identiti kita sebagai seorang Melayu Islam dan seorang warganegara Malaysia. Melalui sejarah, kita mula memahami tanggungjawab, amanah dan peranan kita dalam memastikan kelangsungan agama, bangsa dan negara. Tanpa sejarah, semua laungan juang tidak bermakna. Tanpa sejarah kesemua percaturan politik tidak punya hala tuju. Peliknya, hari ini ada yang memutar belitkan sejarah – menyanjung golongan yang mengetuai serangan Bukit Kepong – golongan yang membunuh isteri dan anak semuda dua tahun. Semua dipuja sebagai pejuang kemerdekaan. Pegawai polis yang terkorban pula dilabel sebagai tali barut British.

Apabila musuh durjana negara diangkat sebagai wira, apabila perjuangan pembela pertiwi dihina, maka inilah tamsilan ampuh talam dua muka; pakar pura-pura. Inilah yang dikatakan gunting dalam lipatan; api dalam sekam; musuh dalam selimut. Inilah realiti sekiranya penjunjung komunis dibiar mentadbir negara. Lesap habis segala fakta sejarah. Kesemuanya bakal diganti mitos pro Komunis yang menyanjungi pengganas, para pembunuh anggota polis. Sejarah negara dan asal usul bangsa menjadi mangsa keempat pakatan jahanam.


Kelima: Menjahanamkan jati diri bangsa

UMNO adalah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Malangnya ini bukan fokus Pakatan Rakyat. Yang mereka tahu, gadaikan kepentingan bangsa, cabar kesucian agama, asalkan kepentingan politik mereka terjaga. Kita perhatikan PAS. Setiap kali cuba menyentuh isu agama, mereka akan dilibas pantas oleh DAP. PAS hanya mampu membisu. Takut berputus kasih dengan DAP yang memilih bulu! Bila DAP mengamuk, PAS menyorok. Bila DAP kata Himpunan Sejuta Umat agenda haram, PAS diam. PAS tutup cerita pasal larangan berhibur di bulan puasa di Kedah. PAS tutup cerita pasal isu murtad yang berleluasa. Semua berpunca daripada ketiadaan satu ideologi yang sehaluan - yang digadaikan adalah nasib bangsa dan agama.

Lebih malang, demi kuasa, pembangkang ligat menanam benih prejudis yang menghalang orang Melayu untuk bercakap dan memperjuangkan kepentingan bangsa secara terbuka. Jatidiri Melayu mereka hakis. Kecintaan kepada bangsa mereka kikis. Sehingga mewujudkan persekitaran yang menyebabkan segelintir berasa janggal untuk menzahirkan semangat dan jatidiri mereka sebagai anak Melayu. PAS dan PKR masih sanggup bersekongkol dan hanya mendiamkan diri melihat orang Melayu di Pulau Pinang diasak dan dipijak-pijak oleh DAP. Hari ini, menjadi orang Melayu di Pulau Pinang, tak ubah seperti merempat di bumi sendiri. Bukan sekadar jatidiri Melayu hancur, warna kulit kita pun dah dipersenda. Mana mungkin DAP bukan parti rasis setelah menghina warna kulit YAB Menteri Besar Perak. Mana mungkin saya tak terasa, warna kulit saya pun serupa. Malah, selama ribuan tahun di seluruh dunia, warna kulit telah menjadi simbol penindasan, dan dengan sewenang-wenangnya mereka lontarkan kenyataan rasis sebegitu.

Barangkali PKR sudah mula sedar bahawa sokongan Melayu terhadap mereka semakin pudar. Orang Melayu sudah sedar bahawa PKR tidak mampu memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa kita. Lantas semasa Kongres PKR yang berlangsung baru-baru ini, mereka tampak begitu kemaruk kuasa dan terdesak sehingga menuntut kita meminda perlembagaan persekutuan agar menjamin hanya orang Melayu yang boleh menjadi Perdana Menteri.

Mereka merayu kepada UMNO meminda perlembagaan tidak lain tidak bukan kerana PKR khuatir sekiranya Pakatan pembangkang menang kelak, yang menjadi Perdana Menteri bukannya dari parti PKR mahupun PAS. Mereka gusar dengan kuasa DAP yang tampil lebih mendominasi, lebih berkuasa dalam pakatan pembangkang dan terpaksa menggunakan UMNO sebagai jalan belakang, jalan penyelamat.

Tindakan ini menampakkan rasa saling curiga sesama pembangkang sehingga membuatkan PKR terpaksa meminta UMNO untuk membuat sesuatu yang boleh selamatkan mereka. Barisan Nasional tidak perlu kepada pindaan perlembagaan ini kerana kita menaruh penuh keyakinan pada sistem muhibbah sedia ada serta semangat muafakat di kalangan ahli komponen BN. Kita percaya UMNO mampu menawarkan kepimpinan kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita yakin tanpa peruntukan dalam perlembagaan pun, rakyat Malaysia keseluruhannya tetap menyokong kepimpinan Melayu yang adil kepada semua. Ini jatidiri kita dalam UMNO yang bangga dengan kemampuan bangsa sendiri untuk terus memimpin negara. Tapi tanpa jatidiri utuh, PKR berpeluh. Terhegeh-hegeh minta UMNO pula pinda perlembagaan kerana tidak mampu mengatasi kuasa DAP merampas takhta Kerajaan sekiranya nauzubillah mereka menang.

Ketaatan PAS dan PKR terhadap kerakusan DAP ini nyata tidak bertepi. Inilah masalahnya, apabila jatidiri bangsa runtuh dan musnah. Maka, agama dan bangsa akan menjadi mangsa kelima pakatan jahanam.


Keenam: Menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara

Dalam mengupas kesejahteraan ekonomi, pembangkang mengapung-apungkan kononnya mereka sebuah kerajaan yang bersedia memberikan segala-galanya secara percuma kepada rakyat. Saya teringat akan satu pesan bidalan lama - yang manis jangan segera ditelan, yang pahit jangan segera dibuang. Inilah formula Pakatan pembangkang. Janji manis, pendekatan populis, negara muflis.

Kajian kita mendapati bahawa sekiranya janji-janji manis dalam Buku Jingga dilaksanakan, Malaysia akan bankrap seperti Greece dalam tempoh hanya 2 tahun. Mana tidaknya, untuk mengotakan sebahagian janji manis kebajikan mereka, hutang Kerajaan akan mencecah RM617 bilion pada tahun kedua sahaja. Maka kita akan mempunyai tidak lebih daripada setahun untuk bersorak-sorai meraikan kenikmatan sementara kehidupan percuma, sebelum terpaksa meratib penuh sesal kemusnahan ekonomi negara untuk beberapa generasi selepas itu. Biarpun terdapat analisis yang menunjukkan kelemahan pendekatan sebegini, pembangkang tidak peduli. Yang penting, mereka mampu memancing undi. Jika mengikut pembangkang, negara akhirnya terpaksa melukut di tepi gantang - menagih bantuan daripada agensi seperti IMF. Kita tahu sejarah Anwar yang rapat dengan IMF dan beliau rela menjadi pak sanggup mengheret negara kepada tuntutan luar demi kuasa. Inilah masalahnya orang yang suka melalak. Berteriak pandai, berfikir tidak. Kuman seberang laut mereka nampak. Gajah depan mata mereka sepak. Pendek kata, kemakmuran ekonomi negara akan menjadi mangsa keenam, pakatan jahanam.


Teks ucapan penuh KJ boleh dibaca di KLPOS.

WAJIB BACA : TQ BN !!! MAKLUMAT CARA MENDAPATKAN BANTUAN KERAJAAN RM500 !!! PUAK PAKATAN HARAM JANGAN MALU-MALU YA !!!



Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember 2011 ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.
Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.


"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. — Bernama


PANAS !!! WAJIB BACA EDISI KEBANGKITAN MELAYU !!! DALANG 13 MEI DIBOGELKAN YB ZUL !!!



Zul bongkar agenda jahat DAP

PENGUNGKAIAN

Proklamasi-proklamasi Darurat oleh PM Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baharu untuk menelanjangi semaunya Lim Kit Siang dan DAP, parti yang didakwa oleh YB itu sebagai pencetus kepada peristiwa berdarah 13 Mei hingga merenggang dan memecahbelahkan orang-orang Melayu dan Cina di Negara ini.

Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Ibrahim Ali sewaktu MP Pasir Pas sedang membahaskan usul mengambil peluang secukupnya membelasah Lim Kit Siang dan DAPwalaupun perbahasannya cuba disekat oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu dan semua MP DAP termasuklah rakan mereka darip[ada PAS dan PKR berdiam diri bila Zulkifli Nordin menyerang bertubi-tubi. Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.

Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai Negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR.

Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP.Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahn baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya,Melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.




LKS dalang peristiwa berdarah!

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekatil dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. 

Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ ini maknanya “Mati Melayu”

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei ;

“Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang ; 

“Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.



Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah ;

“KL sekarang Cina punya”. 

Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman ;

“Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” 

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur ;

“Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu ;

“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. 

“Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel ;

“Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” 

Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang;

“Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”


Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti dia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini.

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969. Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita. Adakah kita bersedia untuk menjadi barua-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura? Bacalah bahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu. Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita? Terpulang kepada kita..
Sumber : Sanggah Tok Janggut


Apa lagi wahai orang-orang Melayu.. masih nak bagi muka pada bangsat-bangsat yang tak sedar diri ni ??? Masih lagi mahu terus jadi hanjing dan kaldai Cina DAPigs ni yang tak sedar dek untung merempat kenegara kita dan "KITA" yang ikhtiraf mereka sebagai warganegara dan bukan mereka yang ikhtiraf kita !!! Ini hakikat sejarah !!! Bangsat-bangsat ini tidak layak di bumi Malaysia !!! Hanya mereka yang tahu bersyukur dan menghargai sahaja yang layak disini tetapi bukan Cina-cina Ultrakiasu DAPigs ini !!! Sudah kah kita bersedia dan bersatu untuk menghayun penyapu kita bagi membersihkan negara kita dari bangsa bangsat DAPigs ini ???? 

Sedar la oiii Melayu... !!!!!!! Bangkit dan bersatu... !!!!!!!! Bak kata pepatah... sebelum kita diusir, baik kita yang mengusir... !!!!!!!

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DATANG LAGI (2011) TEKS UCAPAN PENUH TIMBALAN PRESIDENT UMNO


TEKS UCAPAN PENUH TIMBALAN PRESIDENT UMNO

TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO

“MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA: SUATU JIHAD”

DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2011



Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita

YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda

YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin
Ketua Pergerakan Puteri

YB Naib-Naib Presiden UMNO

YB Setiausaha Agung UMNO

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.

1. ​Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011.

2.​ Perhimpunan tiga sayap penting parti UMNO ini adalah kemuncak manifestasi suara akar umbi umat Melayu yang mahu melihat perjuangan bangsa diperkasa, kesucian agama dibela, kedaulatan pertiwi dipertahan dan keutuhan parti UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu yang tiada galang-ganti ini diperkukuh dan diperteguhkan. Inilah perhimpunan terbesar umat Melayu yang mengangkat suara keramat rakyat dari segenap ceruk desa dan kota, dari segenap lapisan warga, untuk dijadikan suluhan, panduan dan sempadan dalam melayari bahtera di samudera perjuangan meninggikan agama, memartabatkan bangsa, mendaulatkan nusa dan menobatkan siasah parti UMNO yang tercinta.

Kesatuan kita ini ibarat kata pepatah Melayu:


Bulat Air kerana Pembetung
Bulat Manusia kerana Muafakat
Kata seia kata sepakat
Setuju sependirian setuju sependapat
Kata dibulati kata bertepati
Janji termeteri, kejayaan dinikmati
3. ​Maka dalam semangat Maal Hijrah, marilah kita perkukuhkan kesatuan hati sesama kita, marilah kita semarakkan muafakat yang membawa berkat, supaya terpancar darinya sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita. Demikianlah ajaran junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. yang membentuk kesatuan Ansar dan Muhajirin, yang mendamaikan permusuhan ‘Auz dan Khazraj.

4. Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Sebagai parti yang tertubuh atas semangat kental perjuangan, UMNO memikul amanah besar untuk terus membela kesucian agama, menjulang maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.

Kuasa Politik Melayu Goyah, Fitnah Terhadap UMNO

Saudara dan Saudari Sekalian,

5.​ Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihanraya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan lanskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional kehilangan majoriti dua per tiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen BN tidak sekuat dahulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

6. Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO anti-demokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na’uzubillahi min zalik.

7.​ Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa. Kepada YAB Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innallāha ma’ana.

8.​ Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.

Tembelang Pembangkang

9. Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

10.​ Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

11. ​Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihanraya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

12.​ Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

13.​ Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

14.​ Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

15.​ Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera.

16.​ Begitulah juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

17.​ Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah – daripada fiqh maqasid kepada qazaf – semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka. Bagi yang berfikiran ultraliberal, mereka mengambil kesempatan atas kemelut moral yang berlaku untuk mewajarkan pelbagai amalan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Timur atas nama kebebasan. Mutakhir ini, pemikiran pluralisme agama yang amat mengelirukan umat Islam juga cuba dimurnikan oleh golongan ini semata-mata untuk mewajarkan pemikiran Ketua Umum mereka yang semakin bercelaru.

18.​ Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan Ketua Umum mereka. Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:

Hisap rokok dalam kelambu,Terbit asap menjadi abuPKR umpama golok kayuTetak tak lut gadai pun tak laku.

19.​ Lain pula halnya dengan PAS. Suatu ketika dahulu, PAS begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan PAS adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa sahaja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan PAS. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang PAS.

Saudara dan Saudari Sekalian,

20.​ Mutakhir ini, tak semena-mena PAS sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk.

21.​ Anehnya, PAS tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, PAS sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam dari kamus politik PAS. Bagi PAS, dalam menghadapi lanskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

22.​ Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?

23.​ Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu mereka.

24.​ Walau apa pun, kita hendak bertanya kepada PAS. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dahulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan.

25.​ Sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP.

Keresahan Melayu

Saudara dan Saudari Sekalian,

26.​ Perkembangan mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu. Mereka tertanya-tanya apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri. Terbangunkah ekonomi Melayu dan Bumiputera jika apa sahaja usaha untuk membantu mereka dianggap sebagai rasis dan berpilih kasih? Apakah orang Melayu dan Bumiputera akan mendapat bahagian yang adil dalam pengagihan kekayaan? Wujudkah peluang-peluang ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputera dalam dunia yang semakin kompetitif?

27.​ Bagaimana dengan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera? Masihkah boleh mereka bergantung harap kepada biasiswa daripada kerajaan? Apakah ada ruang untuk mereka membangunkan potensi diri dalam rancangan pembangunan modal insan negara? Bagaimana pula dengan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka? Selain itu, apakah kedudukan istimewa agama Islam akan terus terjamin? Terbelakah agama Islam jika serangan bertubi-tubi kepada institusi-institusi Islam berterusan? Terpeliharakah kesucian Islam jika parti seperti DAP lebih berpengaruh mentakrifkan Islam?

28.​ Seterusnya, orang Melayu bertanya, akan kekalkah kuasa politik Melayu jika pembangkang terus melakukan serangan demi serangan terhadap institusi-institusi Melayu? Mampukah UMNO untuk membela nasib umat Melayu? Mampukah UMNO untuk terus bersuara mewakili mereka seperti dahulu? Mampukah UMNO untuk terus memenuhi harapan orang Melayu? Atau adakah UMNO akan terus terperangkap dalam psikologi politik pasca-tsunami 2008 yang meresahkan orang Melayu?

UMNO Adalah Jawapan Kepada Keresahan Melayu

29. ​Sebenarnya, jawapan kepada persoalan-persoalan ini ada pada kita semua. Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.

30.​ Hakikatnya, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008. Kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan UMNO dalam membela orang Melayu. Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Presiden selaku Perdana Menteri. MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif.

31.​ Terkini, YAB Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, (i) pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera; (ii) pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan (iii) penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar. Tiga fokus strategik ini diharapkan dapat melonjakkan pencapaian Bumiputera dalam bidang ekonomi. Selain itu, penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai projek pemula di bawah Program Transformasi Ekonomi dan juga melalui Program Transformasi Luar Bandar. Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan UMNO selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi Bumiputera.

32.​ Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak 500 juta ringgit, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan Bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh 5 tahun akan datang. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO untuk memastikan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya dalam kehidupan.

33.​ Yakinilah, sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO akan terus membela hak anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan segala bantuan pendidikan yang layak bagi diri mereka. Pada masa yang sama, atas dasar keadilan, kita juga tidak menafikan hak anak-anak kaum-kaum lain untuk mendapat kemudahan yang sama. Inilah prinsip al-‘adl wal ihsan yang ditekankan dalam agama kita.

34.​ UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik. Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara kita.

35.​ Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah UMNO, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan. Al Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.


Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى
ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬اۗ

Yang bermaksud:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.


36.​ Dengan pendekatan wasatiyyah ini kita seimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal, antara tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah dituntut oleh Islam. Dalam konteks ini, Islam harus diberi makna yang luas. Ianya bukan sahaja satu sistem kepercayaan, tetapi juga cara hidup yang mencakupi segenap segi kehidupan. Al-Quran dalam Surah Al-Asr menyebutkan إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ yang memberi maksud orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang melakukan amal soleh. Ertinya, syi’ar Islam tidak hanya terpancar melalui amalan ritual semata-mata, tetapi juga melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kesejahteraan hidup manusia.

37.​ Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan lapangan.

38.​ Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa dan kelainan agama. Sebagai contoh, sewaktu kita memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, walaupun kita dikritik hebat, hakikatnya limpahan nikmat turut sama dikongsi oleh semua kaum. UMNO tetap sedar bahawa bagi meneruskan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara. Jangan kita tanamkan kebencian kepada kaum-kaum lain. Jangan kita lemparkan kehinaan kepada agama-agama lain. Jangan kita titipkan prasangka kepada budaya-budaya lain. Kita bukan rasis seperti DAP.

Pilihanraya Umum Ke-13

Saudara dan Saudari Sekalian,

39.​ Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini. Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihanraya umum ke-13 adalah ibu segala pilihanraya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

40.​ Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri?Jawapannya tentu sekali tidak.

41.​ Ayuh, gerakkan seluruh kekuatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menjadi benteng parti. Datuk Seri Shahrizat, Pergerakan Wanita adalah srikandi UMNO. Pengaruh wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita amat penting kepada UMNO. Perkukuhkan gerakerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti mantap.

42.​ Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan pemudamu, jadilah benteng UMNO yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu. Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang, jangan putih mata!

43. ​Landskap politik kini adalah milik orang muda. UMNO komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. UMNO tidak akan menjadi parti yang kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda.

44. Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO. Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju Negara. Laksanakan peranan anda dengan berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.

45. ​Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat. Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihanraya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihanraya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.

46.​ Calon adalah senjata parti untuk menang. Berilah sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. Yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka.

47.​ Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden. Pendekatan berani YAB Presiden dalam memperkenalkan transformasi politik, dalam menunjangi perubahan, perlu disambut oleh segenap lapisan ahli-ahli UMNO.

48.​ Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan ‘mandikan’ calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihanraya. Ingat, pilihanraya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihanraya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti.

49.​ Sebagai sebuah organisasi, UMNO tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. UMNO bukanlah malaikat. Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan.

50. Dalam perjuangan ini, UMNO tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan-badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji UMNO dalam mempertahankan survival umat Melayu. UMNO melihat seluruh organisasi Melayu sebagai pejuang. Mereka ada sumbangan dan peranan yang besar. Ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. Demi kelangsungan umat Melayu, marilah kita bersatu. 


Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 103:


وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَاۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ

Yang bermaksud:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.


51.​ Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ianya akan menentukan kemenangan kita.

52.​ Beri tumpuan kepada masalah rakyat. Rasai denyut nadi mereka. Dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka. Kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab. Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.

53.​ Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.


Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku.
54.​ Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

“Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”.

55.​ Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011.


Nadi Rakyat News




GEMPAR !!! SEXUALITY MERDEKA !!! GOLONGAN LGBT's MEMBEBANKAN RAKYAT MALAYSIA !!!

Tahukah anda.. Kerajaan US menanggung beban ekonomi sebanyak USD 647juta sepanjang tahun 2008 bagi merawat pesakit Chlamydia akibat dari seks bebas dan songsang. Jadi fikirkan pula berapa kos bagi penyakit HIV, AIDS, Gonorea dan Sifilis...

Bagaimana pula dengan Malaysia? Mungkin beban ekonomi yang Kerajaan Malaysia tanggung untuk tujuan berkenaan tidak sebanyak US kerana budaya songsang masih lagi dibendung oleh Kerajaan dan Jabatan-jabatan Agama. Tetapi bukan kah tidak adil bagi rakyat Malaysia yang lain yang elok perilaku dan tidak mengamalkan perkara-perkara haram itu kerana terpaksa sama menanggung biawak hidup yang menyusahkan akibat dari perilaku negatif sendiri walaupun mungkin angka bebanan itu tidak sebanyak US. Bukankah lagi baik kalau peruntukan itu digunakan untuk pendidikan atau perkara lain yang lebih berfaedah !!!

Maklumat lanjut mengenai kajian berkaitan tentang beban ekonomi US ini anda boleh KLIK SINI.

Bahagian penting dari website ini saya printscreen untuk pembaca.




Ini kos beban ekonomi ditanggung oleh kerajaan US akibat penyakit Chlamydia dari mengamalkan seks bebas. Kerajaan US telah menghabiskan sebanyak USD 647 juta untuk merawat penyakit Chlamydia sahaja tidak termasuk penyakit-penyakit lain yang berasal dari seks bebas. Dimana kos rawatan awal secara purata untuk setiap lelaki ialah USD 26 dan wanita USD 315. Ini kos utk peringkat awal, kalau peringkat pertengahan ia boleh meningkat sebanyak USD 3,180 utk setiap kes...

Ini baru Chlamydia, belum HIV dan lain-lain. Berapa banyak kos perubatan terpaksa dibiayai kerajaan US akibat tindakan tidak bermoral mereka??? Kalau mereka pergi mendapat rawatan di Hospital Kerajaan, mereka hanya perlu bayar bawah RM 10 je, lebih kerajaan tanggung pakai duit rakyat. Adilkah begitu??

Kalau puak-puak pakatan haram mengatakan kondom dapat menyelasaikan masalah ini, fikirkan semula. Jika benar, bagaimana pula sampai USD 647juta habis kepada pengamal kehidupan songsang ini di US. Kalau tiada kondom entah berapa billion pulak nak bazir. Maknanya kondom masih tidak dapat menyelesaikan bebanan ekonomi negara terhadap isu ini.

Kalau cuba melihat secara positif dari segi ekonomi terhadap penggunaan kondom ini kepada Malaysia, pengamal kehidupan songsang dan haram ini dapat meningkatkan penjualan kondom secara global. Al-maklum la, permintaan terhadap getah juga turut meningkat dan akan memanfaatkan penoreh-penoreh getah kita. Seronok pakcik makcik penoreh sebab harga getah mencanak naik.

Tetapi, jika ianya senario di Malaysia, sekiranya kerajaan buat polisi "BERANI BUAT BERANI TANGGUNG", maka kondom boleh dipertimbangkan untuk tutup bebanan ini. Malangnya, polisi perubatan Malaysia mengenakan bayaran sebanyak RM1 kepada pesakit dan maksima pon RM5 dan yang selebihnya ditanggung oleh kerajaan Malaysia (duit rakyat juga selain duit janaan dari pelaburan negara). Kondom boleh dianggap sebagai penyelesaian bagi bebanan ekonomi negara bagi isu ini jika pesakit yang dijangkiti penyakit jenis datangnya dari perbuatan haram ini membayar kos perubatan dengan duit sendiri sepenuhnya tanpa 1 sen pun ditanggung kerajaan.

Itulah sebab kenapa agama Islam dan agama lain menegah benda-benda macam ni sebab ia merugikan diri sendiri dan termasuk semua orang. Cuba kiralah kos rawatan yang akan kerajaan tanggung sebab jangkitan daripada perbuatan tidak bermoral mereka?? Chlamydia akan makan ratusan juta setiap tahun, belum lagi HIV dan lain-lain tu. Kalaulah tahunan 10% rakyat Malaysia berjangkit dan mengunakan rawatan RM 1 di Hospital Kerajaan, mcm mana?? Ni kos purata di US utk rawatan awalan, lelaki - USD 26, wanita - USD 315. Lihatlah berapa ratus juta setahun terbang mcm tu je.... Yang ni dalam bidang perubatan sahaja, yang lain tak kira lagi. Itu pasal la agama kita dok cakap tok sah dok buat perangai, sebab menyusahkan org lain jugak. Sebab itu didalam Islam kita diajar bahawa sesuatu itu ditegah ada sebabnya.

Jadi, apakah perlu Sexuality Merdeka, Anwar Ibrahim dan golongan LGBT's disokong dan dipertahankan??? Sekiranya kita memberikan sokongan kepada gejala songsang ini, maka sama-sama lah kita tanggung bebanan perbuatan mereka. Itu belum lagi termasuk didalam bersubahat dengan kaum Luth ini !!!

Ketahuilah (semoga Allah Subhaanahu wa ta’ala menunjukimu) bahwasanya Rasulullah ` bersabda,


“لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَعَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ”.

“Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth, Allah Subhaanahu wa ta’ala melaknat siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth.” - Hadis ini diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam Al-Ausath dan oleh Al-Hakim,

Ia berkata, “Sanadnya shahih dari Abu Hurairah secara marfu’ dengan lafal: “….. dilaknatlah siapa saja yang melakukan perbuatan kaum Luth….” Beliau mengulangnya sebanyak tiga kali, sampai pada akhir hadis.



Pssstttt.... yang nak jadi gay, lesbian, bisexual dan transexual boleh berambus dari Malaysia dan bumi Allah sebab anda kaum dilaknat selagi anda tidak bertaubat !!!! Jangan nak membebankan orang lain dan menjadi biawak hidup dikalangan masyarakat !!!


Sumber : KGC

GEMPAR !!! PETALING STREET BOLEH TUTUP !!! NO QUALITY NO SECURITY ????

PETALING STREET BOLEH TUTUP !!! TIADA KUALITI DAN JAMINAN KESELAMATAN BERBANDING KR1M !!!

Paling gempar dan lawak bodoh dari pakatan haram terbaru ini dalam serangan keatas KR1M adalah dakwaan kononnya tisu kotak dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) boleh menyebabkan jangkita Gonorea dan Sifilis berdasarkan ujian makmal bebas yang dilantik Pakatan Haram Jadah yang tidak mahu didedahkan oleh Tony Puaka!

Manakala, Tony Puaka dan Izzah Al-Juburi mendakwa kerajaan terlalu memperbesarkan potensi penjimatan melalui produk KR1M. Semestinya lah kerajaan perlu mewar-warkan kepada rakyat kerana ini dapat membantu taraf kehidupan rakyat. Rakyat didahulukan.

Apa yang penulis tidak faham, kenapa KR1M yang memberi manfaat kepada rakyat menjadi serangan bodoh bangang puak pakatan haram jadah ini?? Kenapa perlu berdengki dengan rakyat yang menikmati penjimatan dan kualiti produk KR1M?? Apakah mereka tidak senang hati jika rakyat mendapat sedikit kesenangan?


Sekarang mari kita lihat pada satu tempat yang mana harga dan kualiti yang boleh dipertikaikan semua rakyat. Kenapa Petaling Street tidak dijadikan isu pakatan haram jadah ini??? Adakah kerana Petaling Street tempat kelompok kaum Cina berniaga?? Jadi sekarang, adakah DAPigs gentar dengan ekonomi Melayu yang minoriti ini?? Kenapa DAPigs gusar produk KR1M yang diberikan utk kenikmatan kepada semua kaum??


Bagaimana kualiti barangan di atas?? Tony Puaka dan Izzah Al-Juburi tidak mahu pertikaikan kah??


Bagaimana kualiti dan harga barangan di atas?? Adakah Tony Puaka dan Izzah Al-Juburi menggunakan produk ini??


Bagaimana suasana ini?? Tidakkah Tony Puaka dan Izzah Al-Juburi tidak merasakan ianya mengganggu dan bukankah perniagaan berkenaan berada si atas jalan yang mana sepatutnya digunakan pengguna jalanraya dan bukan peniaga??

Persoalan penulis adalah, kenapa Petaling Street tidak dipertikaikan sedangkan semua tahu barangan yang dijual disana adalah 99% produk dari China yang rendah mutu kualitinya.

Selain itu, kenapa faktor keselamatan membeli belah di Petaling Street tidak dipertikaikan Tony Puaka dan Izzah Al-Juburi?? Mungkin mereka tidak pernah kesana. Kepada yang pernah ke Petaling Street atau punya pengalaman membeli barangan atau yang pernah diPAKSA membeli barangan disana pasti tahu bagaimana tahap keselamatan disana.

Sekiranya sesiapa pergi ke Petaling Street, pasti kita akan dengar rungutan dan aduan. Peniaga menjual barangan rosak bila mahu ditukarkan dimaki dan diugut. Jika kita memegang barangan peniaga kemudiannya tidak jadi membeli pasti ada samseng yang akan mendekati anda dan memaksa anda membayar barang tersebut. Ini bukan momokan tetapi inilah kenyataan.

Tapi, jika anda nak cari VCD, DVD dan sebagainya yang cetak rompak silalah ke Petaling Street. Jika anda mencari bahan-bahan lucah juga turut ada disana.

Kenapa Tony Puaka dan Izzah Al-Juburi tidak mempertikaikan perniagaan di Petaling Street yang mana barangannya TERLALU rendah kualitinya dan budaya samseng dalam perniagaan???????

Suka untuk penuliskan kongsikan sesuatu dari sebuah website pelancongan yang turut menceritakan tentang Petaling Street. KLIK SINI
When shopping at Petaling Street, assume that the products are fake! At the prices they are charging, it will not likely that they are the real Mccoy especially watches, handbags and perfume. Don't expect to get a refund or exchange of you are not happy with the product so check carefully before you pay. - Sunflora

Products like football jerseys of famous clubs around the world, handbags of popular brands, wallets and watches are among the fake items sold here. The items are offered at inflated prices which you will not want to pay for an imitation good. - Chuckaziz

If you are in Petaling Street, KL, being a Westerner or having 'different physical features' (I'm being polite here, okay) makes you a likely target for a sales pitch and/or con job. Any goods on display are okay to finger and/or touch so long as its not the expensive types eg. costume jewellery, watches, etc. The seller will try his/her best to get your attention.If you're NOT interested, walk away. If you're thinking of coming back to the same stall, just indicate by saying, 'you'll come back later after dinner' or whatever.
If you're offered a fake watch etc and its pushed right in your face, tell the guy you are Not interested. Be polite, and walk away. Walking away is OK, no one will be aggressive like trying to run after you to wheedle a few Oz or States dollars from you.
Being Asian, it amuses me to see these street sellers homing in on white tourists and ignoring fellow Asians browsing nearby. They always believe whites have more purchasing power than guys from Taiwan or Korea. I see it as Asians discriminating against their own ...but no matter. - Mataip

Unique Suggestions:
1. Avoid going to street markets alone where possible. Mugging can and do happen.
2. Fake items abound in KL, Port Dickson, Penang, Melaka... browse around and take no notice of items shoved in your face. just look around and see if similar goods exist nearby. Then you know the item is not a novelty and easily available.3. You like an item, check it for possible defects and ask for a price. If the opening price is RM50, ask for RM25. 50% below the seller's opening gambit is a good start. He'll soon say its impossible and ask for RM45 or still the RM50. Just slowly 'turn away' and he'll quickly urge you to take it for RM35. Conclude the deal and exit.
4. Remember, returns are not available unless the seller mentions it. Street sellers the world over get emotional and at times, aggressive if a refund is asked, so avoid a street scene.
5. On Malaysia's highways (the signboards are usually in green or yellow), never entertain suspicious looking persons approaching your rented car or taxi at the designated rest areas. They are not robbers, but are selling fake mobiles, watches, etc. They items are more like dummy items in shops then the real working models and invariably don't work! - Mataip

Dari 4 komen diatas, amat jelas produk di Petaling Street adalah tiruan (fake) yang rendah mutunya dan tidak boleh ditukar atas sebab defect manakala tahap keselamatan juga tidak menunjukkan signal postitive sehingga ada yang memberikan tips untuk tidak pergi ke Petaling Street sendirian.

Jadi, rakyat Malaysia sekarang sudah boleh mula memikirkan untuk menutup perniagaan di Petaling Street kerana kualiti produk KR1M lebih baik dari Petaling Street dan jaminan keselamatan membeli-belah di KR1M jauh lebih selamat dan selasa dari Petaling Street.

Psssstttt... Anwar tak pakai OMEGA Petaling Street...!!! Hahahahahaha....

Sumber : KGC

Tuesday 29 November 2011

GEMPAR !!! KEDAH NAK LAWAN SELANGOR SEBAGAI HUB MAKSIAT !!!

TAHNIAH Kerajaan PAS KEDAH di DUN Alor Mengkudu


Ini lah hebatnya pemerintahan kerajaan PAS Kedah di bawah kepimpinan Ostat Azizan. Kalau dulu kerajaan BN perintah jika dibukanya bar seperti di atas ini, sudah tentu puak-puak kopiah putih akan turun berdemo sakan membantah.

Pusat hiburan semakin hari bertambah di negeri Kedah dan tak mustahil selepas ini lelaki buaya darat tak perlu ke Danok lagi, hanya singgah di Alor Mengkudu pun tesergam indah bar. Gambar House Bar ini dikatakan berada di dalam DUN Alor Mengkudu yang mana Adun PAS berjawatan Exco berkuasa.

Apa kejadahnya kawasan DUN yang majoriti Melayu ini perlu ada bar besar seperti ini ?? Lepas ini peluang pekerjaan menjadi GRO kepad gadis-gadis Melayu ini akan dibuka luas. Mungkin ini lah pelaburan masuk ke negeri ini yang tengah naik mendadak di negeri kerajaan PAS ini.

Confirm lepas ini kawasan DUN Alor Mengkudu ini yang mana dikuasai PAS akan tewas dalam PRU 13 selepas ADUN mereka merangkap Exco ini lebih rela halalkan pusat bar dibuka di kawasan beliau sendiri. Rakyat dan penduduk sudah marah tetapi kepimpinan PAS buat pekak saja...

Tunggu PRU 13.. rakyat Alor Mengkudu humban ADUN PAS ini di pusat bar ini.. hahaha...

Sumber : Pemerhati Sempoi


Hebat !!!! PAS Kedah membangun bersama Bar Mabuk !!!!! Take Beer !!!!

GEMPAR !!! 2 JOKER PAKATAN HARAM BUAT LAWAK ANTARABANGSA !!!


Tony Puaka dan Izzah Al-Juburi buat lawak lagi !!!! Kalau dulu susu lembu, tetapi kini tisu pulak. Lepas ni tak tahu la pulak apa. Mungkin roda trolley shopping gamaknya.. Hahahaha...


Jom kita baca petikan dari blog AAKJ.com yang diambil dari MyMassa;


Setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua hari ini mendakwa tisu yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dikatakan dicemari E Panty yang boleh menyebabkan jangkitan Gonorea dan Sifilis jika digunakan untuk beristinjak.
Ini, katanya, adalah berdasarkan ujian makmal bebas yang dilantik Pakatan terhadap produk tersebut.
 
Bagaimanapun, Pua enggan mendedahkan kedua-dua makmal yang terlibat menjalankan ujian tersebut, tetapi menegaskan bahawa mereka boleh dipercayai. 
"Jika Kementerian (Kesihatan) minta laporan makmal tersebut, kita akan berikan kepada mereka, tetapi kita tidak mahu mereka menghadapi masalah kerana lesen mereka dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan."

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Semalam Pua dan Nurul Izzah, mendakwa kerajaan telah terlalu membesar-besarkan potensi penjimatan melalui pembelian produk KR1M. -my

Kenyataan Tony Puaka ni seolahnya memberitahu bahawa, saya ada aerospaceship tapi saya tak boleh tunjuk. Hahahaha...

Kepada 2 ekor joker ni, kalau pun nak buat lawak jangan lah sampai memperbodohkan diri sendiri. Ni melawak sampai tak masuk akal. Serious dowh, korang nampak bodoh giler la. Kalau ada yang tension dengan perangai laki, jangan lah menyusahkan rakyat. Kalaupun dapat habuan besar "big money" dari mana-mana pihak, jangan lah aniaya rakyat !!!!


KR1M untuk rakyat, kalau korang nak sangat kualiti terlebih-lebih baik dengan keselamatan ber"shopping"... korang pergi lah Petaling Street.. Kualiti sana kan baikkkk.... Eh.. ye ke.... Hahahaha... 


Pssstttt... KR1M tak de CD lucah tapi Petaling Street ada...!!! hahahahaha... Gonorea dan Sifilis berjangkit dengan tisu bukan meliwat atau zina...!!!! hahahahahahaha....

GEMPAR !!! ANWAR VS MAHATHIR !!!


Penjelasan Dr Mahathir Tentang Salah Laku Moral Anwar

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pernah menjelaskan mengapa beliau terpaksa mengambil tindakan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan keahlian UMNO, semuanya berpunca dari salah laku moral.

Berikut merupakan penjelasan Dr Mahathir yang ketika itu Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan sebab-sebabnya kepada ahli mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC, yang turut dihadiri Anwar pada malam 3 September 1998.

Semasa saya berjumpa dengan Menteri Besar dan juga beberapa orang lain yang datang berjumpa saya untuk mengetahui berkenaan masalah ini, ada tuduhan bahawa saya ambil tindakan ini kerana politik kerana saya nak menyelamatkan diri saya.

Saya nak kata di sini, kalau saya ambil tindakan pasal politik, apa gunanya saya tunggu sehingga keadaan jadi begini genting dan masalah-masalah lain menekan negara. Pilihan ini saya ambil keranasaya percaya tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai asas yang kukuh.

Saya tidak puas hati dengan tuduhan ini pada mulanya.

Tahun lepas, bulan Ogos tuduhan ini dibuat oleh orang-orang. Seorangnya ialah adik (Ummi Hafilda) kepada Azmin iaitu setiausaha kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga seorang driver yang dahulu bekerja sebagai driver Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan kemudian bekerja sebagai driver Azmin, sekarang ini sudah bekerja di Melaka (Azizan Abu Bakar).

Surat telah disampaikan kepada saya dan kedua-dua dan surat itu dibawa oleh Megat Junid yang menyatakan bahawa ini telah dibuat oleh orang berdua ini dan telah berjumpa dengan Megat Junid dan Tun Daim.

Saya tolak sepenuhnya tuduhan yang dibuat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya tuduh Megat Junid cuba membuat surat layang dengan pakar fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dan dengan itu, tidak ada siapa yang tahu dan saya pula diberi oleh pihak polis satu kenyataan yang dibuat oleh adik Azmin iaitu Ummi yang berkata bahawa tuduhan yang dibuat dalam surat pertamanya itu adalah tidak berasas dan saya anggap bahawa dengan itu, kes itu telah selesai.

Sepertimana Ahli-ahli Majlis Tertinggi tahu, saya tidak kata apa-apa kepada Majlis Tertinggi tentang pendirian saya terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bahkan saya masih anggap dia bakal pengganti saya.

Dan selepas peristiwa itu pun, saya masih lagi buat kenyataan berkali-kali bahawa saya memberi sokongan penuh iaitu dia akan menjadi pengganti saya dan saya ingin serah UMNO bulat-bulat termasuk penyokong-penyokong saya kepadanya sebagai Presiden parti dan juga sebagai Ketua Kerajaan.

Ini adalah satu kenyataan yang selalu saya buat di hadapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau di ucapan-ucapan lain yang saya buat. Saya selalu membuat kenyataan yang sama sehingga akhbar-akhbar asing pun telah setuju tentang the annointed assistant – apa nama – pengganti yang telah dikenal pasti oleh saya.

Selama ini pun, saya telah memberi sokongan penuh sehingga daripada masa masuk ke dalam UMNO sehingga menjadi Ketua Pemuda, Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden. Sepanjang masa saya beri sokongan dan mempertahankan apabila ada orang menangkis.

Banyak orang yang datang jumpa saya yang membuat macam-macam kenyataan termasuk percubaan memburukkan diri saya dalam dan luar negera.Tuduhan bahawa secara tidak langsung saya melakukancrony capitalism, hypnotism, cronyism, corruption dan berbagai-bagai lagi.

Apabila Zahid Hamidi membuat kenyataan yang sama, saya, semua Ahli Majlis Tertinggi tahu bahawa saya membuat teguran yang keras terhadap Zahid.

Kalaupun Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri membuat teguran yang sama di Johor, tetapi saya tidak tegur Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya salahkan Zahid.

Saya kata, apa yang dikatakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim ditujukan bukan kepada Malaysia dan bukan kepada saya tetapi kepada negara-negara lain.

Sepanjang masa sehingga Majlis Tertinggi mesyuarat agung pun saya membuat pendirian yang sama iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjadi pengganti saya apabila saya berhenti.

Dan sebenarnya saya berhajat untuk berhenti tahun ini, tahun 1998. Waktu tahun sudah, saya pergi bercuti dua bulan dan semasa itu saya serah pentadbiran kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tidak ragu-ragu walaupun ada orang yang kata itu tidak bijak dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak setia kepada saya, saya tidak terima dakwaan mereka.

Perkara ini sepatutnya tidak membawa kepada apa-apa tetapi malangnya buku ini. Buku 50 Dalil ini dikeluar, ada orang bagi kepada saya satu salinan, saya tak baca, pasal saya anggap buku ini sebagai fitnah.

Sampai sekarang ini pun saya tak baca.

Tetapi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri mengambil tindakan untuk mengambil apa nama internal…apakah (istilah itu) saya pun tak tahu, apa nama bahasa undang-undang ini. Dia cuba menyekat pengedaran buku ini.

Dan tindakan itu diambil sebagai satu tindakan criminal iaitu melapor kepada polis bahawa buku ini patut di ban kerana ianya mengandungi banyak tuduhan-tuduhan yang tidak berasas.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri beritahu kepada saya bahawa dia mengambil tindakan ini dan saya kata “this is very tricky,” inilah perkataan yang saya guna.

Saya masih ingat “this is very tricky” sebabnya saya kata tricky adalah apabila sesuatu yang diserah kepada polis, maka polis akan siasat dan walaupun kalau tidak ada apa-apa.. tak apalah.

Tetapi kalau ‘ada apa-apa’ polis sebagai professional body akan siasat…Jadi itulah yang berlaku.

Polis membuat siasatan dan kemudian memberitahu saya bahawa tuduhan-tuduhan dalam buku itu walaupun tak semuanya benar, tapi ada yang benar.

Mereka telah menyoal beberapa orang dan orang-orang ini secara sukarela, kata polis memberi maklumat dan polis memberitahu kepada saya apa yang diakui oleh orang-orang ini.

Saya mengaku, saya terkejut kerana saya tak sangka satu orang, satu kawan yang saya fikir begitu warak sekali boleh terlibat dalam kegiatan yang semacam ini.

Yang lain saya tak berapa peduli sangat, tentang masalah duit dan lain-lain saya tak berapa peduli. Tetapi tuduhan yang mengejutkan saya ialah berkenaan womenize, ada hubungan seks dengan beberapa wanita, tuduhan bahawa ada percubaan untuk intact isteri orang dan yang dahsyat sekali ialah tuduhan bahawa telah meliwat seorang lelaki yang dulu menjadi driver kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Itu tuduhan yang dibuat oleh polis dan mereka mempunyai cukup bukti, apa statement-statement yang ditandatangani dan gambar-gambar yang mereka ambil tentang orang ini.

Namun, saya masih tidak puas hati dan saya bagitahu kepada polis, bahawa saya sendiri nak tanya orang-orang ini dan saya berjumpa dengan orang ini satu persatu dan tanya, “Sama ada polis paksa mereka atau pun tidak?”

Jawapan mereka, “Mereka tidak dipaksa.” Saya tanya pula, “Sama ada mereka sanggup memberi – apa nama – keterangan dalam mahkamah kalau mereka dikehendaki menjadi saksi?”

Mereka semua mengakui bahawa, “Mereka sanggup memberi penjelasan dalam mahkamah.”

Orang pertama yang saya jumpa ialah seorang driver yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris, bercakap bahasa Melayu sedikit sebanyak dan orang ini bercerita pada saya tentang bagaimana dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke suatu bangunan dan dia juga bertanggungjawab disuruh mencuci dan menyiapkan bilik tidur dan juga membawa perempuan-perempuan Cina jalang, bawa untuk berjumpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dan selepas itu, dia bawa balik perempuan-perempuan ini dan juga hantar. Kadang-kadang hantar Dato’ Seri Anwar Ibrahim balik rumah dalam kereta yang cermin hitam, orang tidak nampak.

Saya tanya, “Berapa kali benda ini berlaku?” Dia kata, “Banyak kali” dan “Siapa yang dibawa?”. “Banyak perempuan Cina. Ada juga perempuan seorang Mexican,” dia kata.

Saya tak tahulah, sama ada dia tahu Mexican atau tak Mexican ke, itu dia kata. Itu daripada driver itu.

Saya tanya dia berkali-kali, “Sama ada benar atau tidak benar? Sama ada dia sanggup membuat kenyataan ataupun tidak?” dia juga berkata, “Bahawa yang jahat ini ialah Datuk Nalla dan dia bekerja dengan Datuk Nalla.”

Datuk Nalla kadang-kadang tidak bayar gajinya. Dia kata, “Dato’ Seri Anwar Ibrahim baik, yang menghasut Dato’ Seri Anwar Ibrahim ialah Datuk Nalla.”

Saya juga jumpa dengan seorang kerani dan dia bercerita bagaimana Dato’ Seri Anwar cuba nak ada hubungan seks dengan dia. Dan dia tolak dan dia balik beritahu kepada ibu dia dan abang dia dan adik dia.

Dan mereka itu berkata, jangan buat apa-apalah, pasal dia ini orang besar. Tidak buat laporan atau apakah.

Orang yang ketiga yang saya jumpa ialah seorang perempuan India yang juga membuat kenyataan bahawa dia berjumpa nak dilakukan hubungan seks oleh Dato’ Seri Anwar dalam sebuah bilik dalam sebuah bangunan seperti itu dan dia juga menolak kerana katanya dia datang haid.

Wanita yang ketiga ialah seorang perempuan Melayu yang mengaku dia ada hubungan seks dengan Dato’ Seri Anwar.

Kemudian saya berjumpa dengan driver yang bernama Azizan. Dia dulu bekerja dengan Dato’ Seri Anwar. Lepas itu, dengan kerana Dato’ Seri Anwar mengadakan hubungan songsang dan dia berasa malu dan berkali-kali buat dan dia berhenti kerja. Dan kemudian dia bekerja dengan Azmin.

Apabila dia bekerja dengan Azmin, adik Azmin bertanya kepada dia, berkenaan dengan ke mana dia selalu bawa isteri Azmin. Dan apabila cerita-cerita ini bangkit, dia sebut apa yang berlaku kepada dia. Apa yang Dato’ Seri Anwar buat kepada dia.

Itu… Ummi tadi telah mengajak dia supaya membuat laporan dan dia pun membuat satu laporan yang ditandatangani. Tetapi, dia kata yang tulis bukan dia. Yang tulis Ummi dan dia tandatangan. Ummi lah yang tanya kepada driver ini tentang kelakuan isteri Azmin yang selalunya dapat panggilan telefon, dapat pergi ke shopping complex dan hilang sekejap.

Lepas itu balik, bercakap berkenaan dengan boyfriendnya yang biasa menyebut bahawa anak dia itu adalah anak Dato’ Seri Anwar. Sebab itu adik Azmin ini buat keputusan untuk melapor.

Dan apabila dia melapor, dia diburu oleh polis. Sehingga polis pergi ke rumah kawannya dan pecah pintu dan tangkap dia dan paksa dia suruh ubah kenyataan bahawa apa yang dia kata itu tidak benar. Jadi, itu cerita daripada Ummi.

Sebenarnya saya tidak berminat untuk berjumpa dengan Ummi. Oleh kerana Dato’ Seri Anwar sendiri beritahu kepada saya, bahawa Ummi ini ialah keluarga kepada Azmin. Dan Ummi ini sudah rujuk balik kepada keluarganya dan tidak lagi membuat tuduhan-tuduhan ini.

Dan oleh kerana itu, saya tidak berminat untuk berjumpa dengan Ummi.

Sebaliknya, pada suatu malam saya hadir satu majlis perkahwinan. Setelah saya balik ke rumah, isteri saya telefon. Dia kata, ada dua orang nak jumpa saya. Sanggupkah saya jumpa? Saya kata, “Pasai apa?” “Ialah pasal kes.”

Yang datang ni ialah Ummi dan seorang lagi yang berjanggut dan mengaku dirinya tiga pupu kepada Dato’ Seri Anwar, ada kaitan dengan Sulaiman Palestin.

Dan Ummi bercerita tentang apa yang berlaku. Sama seperti yang diceritakan oleh Azizan. Saya tanya Ummi, saya dengar kata dia telah tarik balik (tuduhan yang dibuat sebelum ini).

Dia kata, dia tidak pernah tarik balik. Dia terpaksa.. dipaksa oleh polis untuk menarik balik apa yang dia buat kenyataan.

Jadi, pendek kata, setelah saya dengar semua ini, saya berpendapat bahawa cerita-cerita ini adalah benar.

Dan inilah yang menyebabkan saya memikir semula tentang Dato’ Seri Anwar sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sesuainya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.

Yang lain saya boleh maaf, saya boleh lupa tetapi perbuatan songsang ini perbuatan yang tidak halal, baik daripada segi agama ataupun bagi masyarakat kita.

Adalah sesuatu yang saya tidak boleh terima dan saya tidak mahu bertanggungjawab, membenarkan orang yang terlibat dengan perbuatan yang buruk ini menjadi pemimpin UMNO dan jadi pemimpin negara.

Memang Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba berkata, bahawa tuduhan ini tidak benar. Tetapi saya perlu buat penilaian saya sendiri. Dan saya yakin dan saya percaya bahawa tuduhan ini adalah benar.

Selain daripada itu, saya juga berjumpa dengan seorang Ketua Bahagian UMNO daripada Perak, Hamzah namanya. Dia bawa saya tape recording – apa nama telephone called, antara isterinya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sekali lagi saya terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada seorang isteri kepada seorang Ketua Bahagian UMNO. Cuba nak pikat dia supaya – apa nama – supaya berjumpa untuk tujuan apa. Dan loghat cakap itu saya dapati tidak begitu baik.

Saya masih tidak mahu mendedahkan perkara ini seboleh-bolehnya.

Walaupun pihak polis sudah ready, sudah pun menyiapkan kes-kes ini terutama berkenaan Datuk Nalla.

Saya nak cuba kalau boleh tidak mendedahkan perkara ini. Sebab itu, saya minta supaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim letak jawatan.

Saya berharap kalau dia letak jawatan, dia pergi, saya tak payah nak sebut tentang perkara ini kerana perkara ini mengaibkan seseorang dan parti kita dan keluarga-keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri yang saya berpendapat tidak berdosa.

Dan saya tidak hendak perkara ini mencemarkan mereka.

Tetapi Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak menuruti. Dengan itu, saya terpaksa melucutkan jawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Apabila saya lucutkan jawatan ini, saya terpaksa membuktikan sebab-sebab kenapa saya melucutkan seseorang yang memegang jawatan ini.

Saya terpaksa membuktikan sebab-sebab kenapa saya melucutkan seorang yang memegang jawatan yang tinggi dalam parti dan kerajaan.

Saya tidak boleh mempertahankan tindakan saya melainkan saya dedahkan segala-galanya.

Saya cuba nak harap kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan pergi dengan rela hati dan saya tidak perlu berkata apa-apa.

Kalau pun nak tuduh bahawa ini ialah oleh kerana pendapat yang berbeza-beza berkenaan dengan ekonomi, yang itu tidak mengapa, saya boleh pertahankan diri saya.

Tetapi apabila saya mengambil tindakan melucutkan, saya mesti jelaskan sebab-sebab yang saya ambil tindakan.

Sebab itu saya panggil Menteri-menteri Besar ke rumah saya sebagai ketua-ketua perhubungan.

Saya tidak panggil Majlis Tertinggi kerana saya berharap, masih berharap – saya tidak perlu jelas kepada Majlis Tertinggi. Saya jumpa dengan Menteri Besar, saya terang semuanya.

Dan saya sanggup kalau Menteri-menteri Besar nak jumpa dengan orang yang saya jumpa pun saya sanggup untuk berjumpa, supaya dapat mengesahkan sendiri apakah benar atau pun tidak ?

Tetapi Menteri-menteri Besar tidak berminat untuk nak bertanya walaupun mereka berjumpa dengan Ummi dan Hamzah dan seorang lagi budak yang berjanggut.

Saya bagi penerangan kepada Menteri Besar supaya tindakan yang saya akan ambil akan difahami oleh Menteri-menteri Besar. Saya berhajat – berharap, saya dapat menerangkan perkara ini kepada Majlis Tertinggi tanpa mengeluarkan butir-butir yang tidak sedap didengar.

Tapi sebagaimana yang kita tahu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak meletakkan jawatan. Saya terpaksa melucutkan jawatannya dan saya terpaksa menjelaskan semuanya pada malam ini.

Saya tak nak ulas banyak lagi. Saya tahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuat tuduhan bahawa ada konspirasi daripada seluruh alat kerajaan.

Saya tak tahulah apa asas-asas itu.

Saya tak akan tahankan diri saya kerana bagi saya, yang penting ialah seorang yang mempunyai moral yang begitu buruk, moral yang menjadi lebih buruk kerana menggambarkan diri sebagai seorang yang alim, seorang ulama, seorang yang boleh menjadi imam, boleh buat khutbah, orang yang semacam ini lebih daripada orang lain, tak patut buat kerja yang semacam itu.

Pada pendapat saya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak layak memegang jawatan dalam kerajaan, tidak layak memegang jawatan dalam UMNO, bahkan tidak layak menjadi ahli UMNO.

Itu pendapat saya. Kalau Dato’ Seri Anwar nak mempertahankan diri, sila…

Sumber : AIDC
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??