Friday 18 November 2016

ORANG SESAT JE YANG PERGI BERSIH5 NI !!!


TINDAKAN beberapa kuasa asing cuba menganggu urusan negara kita merupakan perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.


Namun usaha ini hanya 'bertepuk sebelah tangan' sekiranya tiada individu atau mana-mana pihak dalam negara yang bekerjasama dengan mereka bagi menghancurkan negara.

Inilah yang berlaku dalam negara kita melalui gerakan BERSIH yang dipelopori oleh pemimpin pembangkang, termasuklah bekas pemimpin negara.

Apa yang dilakukan oleh BERSIH ini telah mendapat kritikan hebat dari mereka yang menyedari akan bahayanya terhadap kedaulatan dan keselamatan negara.

Sebelum ini, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah dengan melahirkan rasa kecewa dengan pemimpin terdahulu yang mengibaratkannya seperti “kacang lupakan kulit” kerana pemimpin yang telah diberi kuasa menjadi semakin tamak dan inginkan kuasa lebih besar sehingga sanggup menghapuskan hak orang yang memberinya kuasa dahulu.

Mesej titah dari Sultan Ibrahim, mana-mana rakyat yang tidak berpuas hati dengan kerajaan, perasaan itu wajarlah disalurkan melalui wakil rakyat yang dipilih.

Gerakan BERSIH yang menggunakan demonstrasi jalanan ini menyaksikan rakyat berkumpul di tempat awam dengan membawa sepanduk, poster dan melakukan pelbagai aksi jijik menghina pemimpin. 

Ini bukanlah tabiat orang Malaysia, malah hanya akan menimbulkan kebencian dan perpecahan dalam masyarakat.

Atas dasar ini, Baginda melahirkan rasa tidak fahamnya kepada masyarakat di negara ini yang amat mudah terpedaya dengan budaya luar yang menghasut untuk menjatuhkan kerajaan.

Merujuk kepada titah baginda, situasi yang sedang dicetuskan oleh kuasa asing melalui beberapa NGO dan parti politik negara ini adalah sebuah 'virus' kepada perpecahan rakyat.

Bilamana rakyat terpedaya dengan propaganda pihak ini dan dijangkiti virus itu, usaha untuk memperbaiki kembali mentaliti mereka amatlah sukar, titah baginda lagi.

Kesukaran ini disebabkan oleh rakyat yang telah dihasut untuk membenci kerajaan walaupun pada perkara-perkara yang tidak benar.

Baginda menambah lagi, mereka yang terhasut dengan dakyah ini tidak mempedulikan kebaikan-kebaikan yang dibuat kerajaan.

Sekaligus, apa yang dibawa oleh BERSIH ini hanyalah sebuah budaya sesat kerana tidak memperkatakan perkara yang sebenarnya.

1 comment:

  1. Setuju sangat dengan kenyataan Sultan Johor ni. Daulat Tuanku. Sesuatu perlu dibuat terhadap penganjur Bersih 5 ini. Berdemo untuk menjatuhkan kerajaan yg sah adalah satu jenayah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??