Tuesday 17 January 2012

PANAS !!! SATU-SATUNYA KHAZANAH SELANGOR YANG TINGGAL SELEPAS PKNS DILELONG ADALAH "SAMPAH" !!!

Selangor Darul Sampah- Kemana Hilangnya Pengutip Sampah


Penjawat awam Ida (bukan nama sebenar) terkejut besar bila beliau keluar rumah pada awal pagi baru-baru ini. Apa tidaknya beliau terperanjat bila melihat sampah sarap bertaburan di laman rumahnya dan juga di depan rumah jiran-jirannya.

Sampah dan segala sisa buangan domestik lain kelihatan bertaburan setelah bekas-bekas yang penuh dengan sampah diganggu haiwan jalanan pada waktu malam.

"Mungkin kucing dan anjing telah merobek plastik sampah pada malam hari.Sampah memang menggunung sejak minggu-minggu kebelakangan ini kerana trak yang mengutip sampah tidak muncul," beliau memberitahu penulis.

Bukan Ida seorang dibelenggu oleh masalah ini, begitu juga jiran-jirannya yang tinggal di sepanjang Jalan 11/9, Taman Lembah Hijau, Bandar Tasik Puteri di sini.


Penduduk di beberapa kawasan kejiranan yang lain di taman perumahan ini turut berdepan dengan masalah serupa. Dan mereka juga bukan bersendirian, kerana terdapat laporan mengatakan penduduk di kawasan perbandaran lain juga mengalami masalah pengutipan sampah yang tidak efisyen.

Media baru-baru ini melaporkan Alam Flora Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab terhadap pengutipan sampah di Selangor, telah berhenti beroperasi mulai 16 Okt tahun lepas. Sejak itu, kerajaan Selangor melalui pihak berkuasa tempatan,mengambil alih tugas berkenaan.

"Dulu, sampah dikutip tiga kali seminggu. Kini nampak lori kutip sampah sekali seminggu pun sudah kira nasib baik.

"Dalam minggu kebelakangan ini, pengutipan sampah domestik sudah tidak konsisten," kata Ida.

Menurut ida, dan juga penduduk lain Bandar Tasik Puteri, langkah kerajaan Selangor mengambil alih kerja kutip sampah nampaknya mendatangkan pelbagai masalah.

Seorang penduduk lain, Abdul Rahim Abdul Hamid, berkata beliau terpaksa membuang sendiri sampah di rumahnya kerana beliau tidak terlalu mengharapkan lori kutip sampah muncul seperti biasa.

"Sekarang, lori kutip sampah hanya datang sekali seminggu. Ada masanya selama berminggu-minggu sampah tidak dikutip," keluh beliau.


Seorang penduduk lain, pengamal perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Amin berkata, jika sampah tidak diuruskan dengan baik terutama yang mengandungi najis seperti lampin pakai buang serta bahan buangan cecair dari isi rumah, pelbagai masalah kesihatan boleh berlaku.

"Sampah yang tidak dikutip boleh menyebabkan penyakit merebak. Sampah bertaburan boleh menjemput tikus, lalat serta haiwan lain yang membantu tersebarnya penyakit," jelas beliau.

Biasanya bahan buangan yang basah akan mereput dan mengeluarkan bau yang sangat busuk.

Katanya pihak berkuasa tempatan perlu betul-betul bersedia bila diperlukan mengambil alih tugas mengutip dan mengurus sampah. Mereka juga harus berupaya menjangkakan masalah yang akan timbul.

"Isu ini (sampah tidak dikutip) menyebabkan keadaan sekitar kotor dan boleh menimbulkan pelbagai penyakit," tambah beliau.

Seorang tuan punya restoran di Zon Perniagaan Lembah Hijau, di kawasan perumahan itu, memberitahu bahawa sampah yang bertimbun dan tidak dikutip telah mengganggu perniagaan beliau.

"Terdapat tong sampah yang besar dekat restoran saya. Dulu lori dan pekeja Alam Flora datang dan kutip sampah tapi kini tidak lagi. Kebelakangan ini sampah mula menimbun dan menerbitkan bau busuk. Ramai pelanggan enggan datang ke restoran saya.

"Siapa yang ada selera nak makan kalau ada bau busuk," katanya.

Isu dan masalah sampah yang tidak dikutip turut dilaporkan media berlaku di kawasan lain di negeri Selangor. - Bernama

Sumber : KGC


1 comment:

  1. Mana komen2 ahli PR tu menikus... nilah jadi kalau tak tahu bershukur, elok2 dgn kerajaan BN gi gatal2 sokong Pembangkang!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??