Ketika kebenaran diberi kepada projek nadir bumi oleh Lynas Advanced Materia Plant (LAMP) beroperasi di kawasan Perindustrian Gebeng, Pahang awal November, rata-rata masyarakat sebenarnya telah menerima kewujudan kilang itu.
Ramai yang menentang pada awalnya terutama kaum bukan Melayu, kini dilihat mula berlembut.
Hakikatnya, LAMP yang disahkan tidak melanggar mana-mana peraturan di dalam mahupun di luar negara sebelum ini, dibenarkan beroperasi pada 8 Nov selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.
Menurut anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Datuk Chang Hong Seong, hanya segelintir sahaja dalam kalangan masyarakat Cina yang dilihat masih keliru dengan projek berkenaan akibat terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang.
"Majoriti masyarakat Cina tidak lagi menentang, namun mereka memilih untuk berdiam diri," katanya kepada Bernama di sini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment