Sunday, 27 January 2013

AHLI DAP BERDEMONSTRASI HADAPAN BANGUNAN PEJABAT DAP NEGERI !!!



Semenjak pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada pertengahan Disember lalu, terlalu banyak pertikaian yang ditimbulkan baik dari luar mahupun dalam parti (DAP) itu sendiri.

Bermula dari keputusan pemilihan CEC yang keseluruhan dimonopoli kaum Cina, kemudian dilantik pula 2 orang Melayu atas kritikan masyarakat yang memandang DAP yang bersifat perkauman lalu timbul pula isu perkiraan yang dikatakan ralat.

Isu perkiraan ralat yang melonjakkan seorang anak Cina yang memegang nama Melayu iaitu anak tiri kepada Khir Johari, bekas pemimpin UMNO, didalam carta pemilihan menjadi bualan dan kritikan hangat akar umbi didalam DAP terutamanya.

Apatah lagi bilamana identiti sebenar anak Cina bernama Melayu itu terbongkar baru-baru ini yang merupakan anak kandung kepada seorang ahli PAP di Singapura.

Percaturan pemilihan CEC dikatakan ralat yang ‘disengajakan’ dan menimbulkan kemarahan ahli-ahli parti (DAP) itu sendiri.

Kini imej DAP yang melaungkan Malaysian Malaysia yang demokrasi menjadi pertikaian bukan sahaja masyarakat malah ahli-ahli DAP turut menunjukkan bantahan terhadap keputusan pemilihan CEC.

Rata-rata dari hampir kebanyakan cawangan dan juga bahagian membantah keputusan pemilihan CEC DAP itu dan baru-baru ini bantahan turut dibuat dihadapan bangunan pejabat DAP negeri (Seremban).

Jika beberapa hari lalu, Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis membantah dan menuntut pemilihan dilakukan semula serta ingin menukarkan nama parti Democration Action Party (DAP) kepada Autocratic Action Party (AAP), semalam Ladang Paroi pula membantah.

Ahli-ahli parti itu dan diketuai oleh Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkumpul di hadapan bangunan pejabat DAP negeri di Kemayan Square mendesak pimpinan pusat parti membersihkan imej parti.

David turut menyifatkan bahawa pemilihan CEC itu sebagai satu penipuan.

“Kami sedia diambil tindakan oleh pihak jawatankuasa disiplin parti dan biarlah kami terkorban demi memastikan ketelusan dalam DAP dapat dilakukan,” kata David kepada pemberita.

David mendakwa keputusan pemilihan CEC itu umpama plot terancang dan mengenepikan kepentingan kaum India didalam parti kerana jelas sekali tiada ahli India yang dipilih sebaliknya hanya dilantik.

“Kita perlu tahu mana ‘singa bertaring dan mana singa tidak bergigi’. Kalau setakat dilantik, pimpinan parti boleh melantik siapa sahaja yang mereka suka berbanding yang dipilih oleh ahli,” kata David.

David juga menyatakan tindakannya itu bukanlah kerana mahu sabotaj parti tetapi hanyalah bertujuan untuk memastikan pemilihan yang diadakan lebih telus.

Tindakannya juga turut mendapat sokongan dari sesetengah kepimpinan pusat, tambahnya lagi.

David menegaskan bahawa tindakan bantahan berkenaan adalah atas dasar ikhlas dalam perjuangan parti dan mahu pemilihan yang ‘bersih’.

Sekiranya ahli dan akar umbi DAP sendiri mempertikaikan ketelusan pengurusan DAP, bagaimana rakyat Malaysia umumnya dapat menerima sebuah parti yang rasis dan korup seperti DAP.

Ini belum lagi membicarakan soal undian pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, tetapi hanyalah sekadar pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat parti sahaja.

Jika jumlah sekecil itu, ralatnya hanya disedari selepas beberapa hari, apakah jika mengurus pilihanraya umum ralat hanya dapat disedari selepas 5 tahun ?

Sumber : SGB


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??