Saturday 4 October 2014

PANAS !!! TEAM PENERANGAN PUTERI BIDAS TUDUHAN MELULU BLOGGER !!!


Berikutan olahan sebuah blog berkaitan peranan setiap sayap UMNO di PRK Pengkalan Kubur baru-baru ini yang mendakwa "PEMUDA DAN PUTERI UMNO merupakan ENTITI UMNO YANG PALING TIDAK BERGUNA dalam mana-mana kempen pilihanraya", seseorang yang mendakwa sebagai petugas team Penerangan Puteri UMNO pusat yang turun bertugas sepanjang PRK tersebut telah mengirimkan email kepada I4TT untuk meluahkan kekecewaan terhadap olahan artikel berkenaan yang dilihat berpihak, berat sebelah dan bias.


Berikut isi kandungan email tersebut;
Salam Tuan, saya mohon pihak tuan untuk bantu saya untuk perjelaskan perkara sebenar berkaitan sebuah blog (The Flying Kick) yang telah membuat tohmahan kepada jentera UMNO di PRK tersebut. 
Disini saya sertakan printscreen dari blog berkenaan. (lihat foto atas)
Saya amat kecewa dengan penulisan blogger tersebut yang membuat tuduhan melulu khasnya kepada Puteri UMNO. 
Saya tidak tahu apa motif blogger berkenaan memfitnah Pemuda, Puteri sebaliknya terlalu mengagungkan sayap Wanita sedangkan semua pihak telah menjalankan tanggungjawab masing-masing. 
Sakit juga hati ni baca penulisan blogger bijak pandai ni dan enak sungguh bahasa, cantik gayanya bila baca ulasan bijak pandai ni.  
Tak tahu nak cakap, tak reti nak fikir apa alasan atau objektif penulisan ni hingga boleh keluarkan kenyataan PUTERI TAK GUNA.  
Kalau takat datang, hanya stay kat bilik, minta kawan-kawan dapatkan bahan, tak payahlah nak tunjuk bagus kat penulisan. 
Kalau tak tahu, lain kali tanyalah dulu kami sedia untuk bantu bagi info yang berkaitan diperlukan, kalau nak ikut serta program-program kami pun cakaplah kami boleh bawa sama untuk liputan blogger.  
Jangan main pakai tuju tak tentu kalu.  
Yang tidak-tidak diadakan, dan yang ada dinafi dan dipertikaikan pula.  
Nak tahu...... 
Bermula dari hari percalonan, sampailah hari pembuangan undi, usaha semua pihak memang saya tak nafikan. 
Macam-macam cara mereka cuba untuk nak dapatkan kepercayaan terutama golongan yang dah sedia taksub dengan parti dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz. 
Kepada beberapa rakan yang bertugas, kami PUTERI UMNO sama-sama memainkan peranan dan bekerjasama seboleh mungkin bersama Pemuda dan Wanita bagi melancarkan segala gerak kerja dari pelbagai peringkat generasi dan usia. 
Cuba selami sedalam mungkin, selama dari hari percalonan sehingga ke hari buang undi. 
Bagi rakan-rakan puteri, jadual bermula seawal pagi dan berakhir lewat petang bersama-sama pengundi disetiap PDM. 
Sebolehnya kami rakan Puteri sedaya upaya agar kami tak ketinggalan satu pun program atau aktiviti disetiap PDM, kerana tak nak lepas peluang bersemuka, berjumpa, berkenal mesra dengan rakan-rakan baru pada sebahagian dari kami. 
Dengan harapan, kalau mana yang tak minat, boleh kami bantu menarik minat mereka. 
Andai mana yang masih samar, kami bisa bantu bagi pencerahan sebaiknya. 
Setiap hari, memang padat jadual kami dengan pelbagai aktiviti disetiap 12 PDM. 
Mana tidaknya, nak dapatkan pengundi-pengundi muda, nak tarik perhatian mereka bukan mudah kalau tak kena dengan cara. 
Almaklum saja, masuk ke Pengkalan Kubor bukan boleh sesuka hati nak buat itu ini. 
Mereka kat sini penuh dengan adat dan tradisi. 
Bukan boleh sesuka hati nak buat sebarang perubahan atau pembaharuan kalau tak kena cara hulur dan jawab salam. 
Yang paling tak boleh saya lupa, sepanjang berada kat Pengkalan Kubor juga kami rakan Puteri lupa yang kawasan tersebut berdekatan dengan kawasan beli belah bebas cukai. 
Tak jauh beberapa kilometer saja dari kediaman dan kawasan kalau nak pergi. 
Tapi apakan daya, tugas mendahului dan perlu disegerakan. 
Bila petang bahan-bahan seperti data, rumusan acara, feedback yang diperoleh harus dikemuka ke meja mesyuarat. 
Ada yang perlu dilaporkan, perlu diberitahu sejauh mana progresif program.   
Impak dari program semasa sangat penting untuk tindakan selanjutnya. 
Sehinggalah ke hari-hari akhir pengundian. 
Kat mana yang dikatakan PUTERI TAK GUNA? 
Atau mereka yang menulis cuma datang tidor bangun makan, tak ikut secara langsung, sesuka hati buat telahan sebegitu. 
Kalau tak berani nak sarungkan jersi BN, jangan cuba nak memandai kritik tak tentu hala, ikut sedap kata mentang-mentanglah awak tu donobatkan sebagai penulis hebat di kalangan sendiri mungkin. 

Begitulah email yang telah dikirimkan kepada I4TT oleh petugas team Penerangan Puteri UMNO.

So, pembaca semua, team Penerangan Puteri dan bagi pembelaan dan jawab balas.

Oleh itu, harap pembaca berfikirlah dengan rasional dan nilailah sebaiknya...


2 comments:

  1. X ada satu komen pun dlm blog ni.X ada pengunjung ke atau x berani nk siar?

    ReplyDelete
  2. rajin plak dok komen sini ye... terima kasih kerana menjadi salah sorg dr 3 juta lebih pengunjung blog ni... hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??