Sunday 2 November 2014

TIDAK MAMPU SUDAHKAN PENALTI JDT - MAT YO DILELONG DI MUDAH.MY DENGAN NILAI RM2 ?!!


Hari ini, hari yang paling lawak la pada aku sebab banyak sangat troll berkaitan kekalahan JDT kepada Pahang lewat malam semalam.

Troll gambar gajah dan harimau tu, perkara biasa sahaja.


Tapi yang buat aku senak perut ketawa bila seorang member aku hantar screencapture photo diatas ke WhatsApp aku tengahari tadi.

Entah siapa la buat dajal kat Mat Yo buat lelongan dengan nilai RM2 di mudah.my.

Rata-rata peminat bola JDT hampa malam semalam bila Mat Yo tidak mampu menyudahkan tendangan penalti malam semalam sekaligus menjadi punca kecundangan JDT merangkul Piala Malaysia.

Serious, aku tonton bola malam tadi dengan kawan-kawan dan jujur aku memang sokong Pahang dalam match malam semalam manakala 3 orang sahabat aku yang menonton sama pula menyokong JDT.

Kami berempat bukan anak Pahang dan bukan juga anak Johor.

Well, tontonan just for fun, nama pun Piala Malaysia.

Bila sahaja Mat Yo kedepan untuk membuat penalti, 3 orang kawan aku ni dah frust giler sambil luah "habislah, Pahang menang la..."

Pada pandangan peribadi aku, Mat Yo memang punca kekalahan JDT.

By the way, tahniah Pahang menjadi juara Piala Malaysia.

Tahniah juga buat JDT kerana berjaya sampai ke Final dan menafikan pasukan pilihan aku iaitu Felda United untuk sampai ke Final.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??