Friday, 19 May 2017

DAP Yang Ajar Politik BiaDAP & Kurang Ajar.!!



Sebelum PRU13 dahulu, ketika Datuk Seri Najib menghadiri satu perjumpaan di Pulau Pinang, di mana ada kehadiran "Gang Nam Style" dari Korea, DAP dan Lim Guan Eng amat takut dan risau dengan puluhan ribu rakyat Pulau Pinang yang hadir.

Apa yang DAP lakukan adalah mereka membuat lakonan kononnya Datuk Seri Najib kena boo dalam satu video.

DAP arahkan kepada semua ahli serta jentera yang digelar “Red Bean Army” untuk menyerang klip video Youtube itu bagi tujuan memalukan PM.

Ketika panggil Michelle Yeoh bersama PM di Klang, geng "Red Bean Army" turut menyerang Michelle Yeoh dan melakukan "cyber bullies" di page Facebooknya.

Sebelum itu lagi, pada 2008, Adun Adun DAP yang bersikap biadap dan kurang ajar dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Ketika Nizar tumbang di Perak, DAP juga yang menggesa orang PAS tidur atas jalan di Kuala Kangsar.

Kini DAP mengajak rakyat agar membenci Najib. Apa sahaja yang berlaku adalah salah Najib. Ini mentaliti yang cuba DAP programkan kepada rakyat.

Mainan persepsi menyalahkan pemimpin yang dimulakan DAP ini diteruskan oleh Rafizi dan Mahathir hari ini.

Menanam satu kondisi persepsi kepada minda rakyat secara berulang supaya prinsip "Big Lie" Goebbels ini dapat mempengaruhi rakyat.

Rafizi dengan bohongnya , dan Mahathir dengan tuduhan Najib pencuri. Mereka tetap ulang tuduhan yang sama walau pun tidak dapat membawa sebarang bukti dan sudah dijawab berkali kali.

DAP juga berjaya menghasut "pak lebai" untuk menderhaka pada raja. Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin pernah mohon derhaka kepada Sultan Perak. 

Kerja kerja kotor DAP dilaksanakan oleh tangan Melayu. Seperti di Pulau Pinang, DAP screw Adun Melayu untuk meluluskan RUU ladang babi mega.

Di Perak, Melayu sanggup untuk baring di tengah jalan menghalang kenderaan raja. Begitulah budaya biadap & kurang ajar didikan DAP.

Ketika demo jalanan di Kuala Lumpur,  DAP  meletakkan gambar pemimpin Melayu UMNO untuk dipijak pijak oleh Melayu yang telah pun dirasuk oleh DAP.

Melayu yang hadir himpunan haram BERSIH di sama tarafkan dengan anjing berbaju kuning BERSIH bila ahli DAP juga ada membawa anjing mereka turun sama berdemo.

DAP membiarkan budak budak menunjukkan punggungnya sambil membuka seluar pada gambar dan wajah pemimpin negara.

Inilah hasil didikan budaya biaDAP dan kurang ajar DAP. Tidak diajar dalam mana mana agama untuk berlaku biaDAP dan kurang ajar sebegitu.

Kini nyata sekali, sifat kurang ajar dan sifat tidak sopan dalam politik di Malaysia ini berasal  dari didikan DAP.

Orang Melayu yang pak lebai pun terikut ikut dengan rentak DAP. 

Tidak perlu lah DAP susah susah untuk menggunakan pihak lain untuk bersifat kurang ajar, kerana semua rakyat tahu DAP lah pelopor kepada politik kurang ajar itu di Malaysia.

Cuma kali ini apabila kurang ajar itu kembali kepada DAP, mohon terima dengan besar hati dan bersifat “gentleman” macam Datuk Seri Najib.

Memaafkan kembali orang yang pernah cakap begini di rumahnya pada 2013 ;

"Ini last time kita jumpa Najib di Seri Perdana, lepas ni orang lain dah duduk sini hahahaa!" sambil disambut gelak tawa kumpulannya.

Semalam, Najib masih lagi berada di rumahnya. Orang yang sama datang lagi dan cuba membuat provokasi pula. Berlaku sedikit pergelutan dan akhirnya secara "gentlemen" Datuk Seri Najib memaafkan orang itu. 

Semua rakyat melihat sikap biaDAP itu semalam. Hasil didikan siapa sikap biaDAP dan kurang ajar itu? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??