Friday, 19 May 2017

Sudah Tandus Isu Sampai Terpaksa Kutuk Pantai Malaysia Di Oman...



Sekali itu ombak sampai ke pantai, maka pasir pun berubah. Sekali sudah masuk jadi penasihat kepada pakatan pembangkang, maka prinsip pun berubah rubah. 

Kadang kadang kena U TURN untuk menyesuaikan diri bersama DAP, PKR dan PAN.

Sampai terpaksa cari apa sahaja isu untuk memperlekehkan kepimpinan negara. Destinasi pelancongan Malaysia pun menjadi bahan isu untuk memperlekehkan kepimpinan negara di luar negara. Itulah yang berlaku pada Mahathir.

Dalam satu forum yang diadakan di Muscat, Oman baru-baru ini, Mahathir telah memperlekeh keadaan pantai dan destinasi pelancongan negara di hadapan negara asing dengan tujuan memburukkan industri pelancongan Malaysia.

"Oman tidak ada kawasan pertanian yang besar seperti Malaysia, tapi ia ada pantai  dan kawasan berbatu yang jauh lebih cantik dari Malaysia.

"Malaysia bukanlah satu tarikan pelancongan yang menarik, tapi di Oman, di sini ada banyak istana lama yang cantik," kata Mahathir dalam ucapan itu.

Ketika Datuk Seri Najib  yang sedang membawa masuk pelaburan luar masuk ke dalam negara hampir RM366 bilion dalam masa hanya tujuh bulan, Mahathir pula sibuk hendak sabotaj industri pelancongan negara. 

Dalam forum yang sama, disiarkan oleh Times Of Oman, 9 Mei 2017, Mahathir menggesa Oman mencari pelaburan asing masuk ke negara itu. Di Malaysia, Mahathir kata menjual kedaulatan negara jika pelaburan asing masuk tetapi di Oman, Mahathir cakap sebaliknya pula.

Di kalangan negara Islam, Malaysia adalah destinasi pelancongan no. 1 di dunia. Sebuah portal, CrescentRating telah membuat kajian pada 2016 dan Malaysia adalah di tempat pertama destinasi pilihan pelancong Islam di dunia.

Secara berkapita, pelancong dari Kuwait berbelanja RM8,490,  pelancong dari Oman berbelanja RM7,900, pelancong dari UAE, RM7,390 di Malaysia. Apakah Mahathir mahu semua pelancong dari Oman ini jangan berbelanja di Malaysia? 

Sudahlah pelaburan dari China, India dan Arab Saudi yang masuk ke negara ini dituduh sebagai cubaan menjual negara oleh pihak pembangkang, kini penasihatnya pula cuba sabotaj industri pelancongan pula.

Menurut kajian Global Destination Cities Index (GDCI) pada 2016, Malaysia berada di tempat ke 7 negara paling dilawati di dunia. Tidak perlu mengecam destinasi pelancongan Malaysia di luar negara dan menjadikan itu sebagai isu politik, kerana ia mendatangkan kesan tidak baik pada industri pelancongan negara.

Apakah Mahathir sudah ketandusan isu untuk mengutuk Najib sampai terpaksa kutuk pantai di Malaysia tak cantik tapi pantai di Oman yang cantik. 

Dulu Mahathir pun kempen Tahun Melawat Malaysia, tapi sekarang, Mahathir memburukkan Malaysia dengan mengatakan destinasi pelancongan di Malaysia tidak menarik.

Baru baru sesudah gagal minta Najib letak jawatan, Setiuasaha Pakatan Harapan desak Spekar Dewan letak jawatan. Sesudah melihat ratusan billion pelaburan masuk ke Malaysia, penasihat Pakatan Harapan pula mengecam destinasi pelancongan Malaysia di luar negara. 

Pembangkang terpaksa capai apa sahaja yang lalu di air deras untuk menjadikan ia isu. Jika tidak pembangkang akan tenggelam. 

Bulan Ramadhan hampir datang, lagi tandus lah pembangkang lepas ini. Apa lagi mereka hendak kecam selepas ini? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??