Sejak Julai 2015 hingga kini, pakatan pembangkang mengguna pakai pelbagai cara untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.
Badai 1MDB dan derma 2.6 billion datang, namun akhirnya dengan kuasa Allah SWT juga, Datuk Seri Najib terus kekal menakhoda Malaysia pada landasan ekonomi negara yang benar dan betul. Segala serangan itu gagal satu persatu.
Semalam, timbul mula serangan terbaru dari majalah Times. Selepas beberapa serangan WSJ dan Sarawak Report gagal, kini Times pula mengambil tempat menyerang Najib.
Tulisan Ian Bremmber dalam Times pada 23 Mei 2017 itu sebenarnya tidak tepat. Times menyatakan kononnya populariti Najib menurun berdasarkan pendapat seorang reponden sahaja iaitu Eddin Khoo, berdasarkan pendapatnya dalam Straits Times Singapura.
Pendapat Eddin Khoo itu adalah pada topik lain dan dibuat tanpa sokongan data kuantitif langsung. Penulis Times membuat kesimpulan yang tidak cermat dan tepat.
Times patut hadir semalam di UiTM Shah Alam, dan melihat sendiri bagaimana ribuan mahasiswa memberi reaksi positif dan bertempik semangat setiap kali angka membanggakan Malaysia diucapkan oleh Datuk Seri Najib.
Secara realitinya, Datuk Seri Najib masih mempunyai rating yang tinggi di dalam dan luar negara.
Hasil kerja kuat Datuk Seri Najib adalah data kuantatif sebenar yang harus diambil kira. Sepanjang 8 tahun menakhoda Malaysia, kadar kemiskinan negara hampir sifar dan KDNK negara adalah dua kali ganda berbanding pertumbuhan ekonomi dunia.
Ian Bremmber patut tarik balik tulisan buruk beliau di Times itu. Masukkan data data ini.
Untuk rekod, sepanjang 17 bulan, sejumlah RM407 bilion pelaburan telah dibawa masuk oleh Najib. Ia hasil kejayaan kerajaan mewujudkan program Transformasi Negara (NTP) sejak 2010.
Menerusi National Transformation Program, NTP jumlah pelaburan meningkat kepada RM41 bilion pada tahun 2016.
Selain itu, terdapat sejumlah RM144 bilion potensi pelaburan yang bakal dibawa masuk China, menjadikan jumlah pelaburan besar pada tahun lepas adalah RM185 bilion.
Untuk lima bulan pertama tahun ini pula, sebanyak RM31 bilion lagi perjanjian ditandatangani dengan China hasil lawatan Datuk Seri Najib baru-baru ini ke negara berkenaan, RM31 bilion dicapai susulan lawatan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia serta RM160 bilion yang ditandatangi dengan syarikat dari India.
Semuanya dianggarkan berjumlah RM407 bilion ringgit antara tahun 2016 dan Mei 2017.
Jumlah ini amat besar, dan menunjukkan keyakinan tinggi negara luar terhadap Malaysia dan kepimpinan Najib. Rating tinggi dan kepercayaan terhadap Najib adalah faktor utama kenapa nilai RM407 billion ini masuk ke Malaysia.
Ia juga membuktikan bahawa Najib menakhoda Malaysia pada landasan yang betul, hasil tindakan berani yang dilaksanakan beliau melalui NTP.
Itu dari aspek pelaburan, belum lagi dilihat kepada pengangkutan awam negara di mana kerajaan telah membangunkan sistem pembangunan bertaraf dunia demi kepentingan rakyat termasuk pelancaran projek Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang.
Ian Bremmer dan Times tidak ambil kira populariti Najib ketika di China baru baru ini. Najib ketika menghadiri Sidang Kemuncak Satu Jalur, Satu Laluan (OBOR) di China telah diberi kesempatan untuk duduk bersebelahan Presiden China, Xi Jinping. Najib yang diajak bersama di kalangan puluhan pemimpin lain dalam satu majlis makan tengah hari di Beijing, China.
Bayangkan ketika itu ramai pemimpin utama dunia seperi Putin dan Erdogan, namun Najib juga yang dipilih untuk duduk di sebelah Xi Jinping. Kalau rating rendah, Xi Jinping tidak akan ajak duduk sebelah.
Begitu juga ketika Najib menghadiri Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat (AS) di Arab Saudi.
Sekali lagi Perdana Menteri diberi penghormatan untuk berada di barisan hadapan serta berucap bersama lima pemimpin lain selain Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Pemimpin lain ialah dari Jordan, Mesir, Indonesia dan Kuwait.
Ini juga kali kedua Najib bertemu dengan Raja Salman dan sekali lagi, Raja Arab Saudi itu tidak membangkitkan mengenai derma RM2.6 bilion, seperti yang dikecohkan oleh pembangkang. Jika ada yang tidak kena, sudah tentu beliau akan menyatakan kepada Perdana Menteri, tetapi ia tidak berlaku.
Sebaliknya kedua-dua saling bermesra, tanda hubungan erat antara dua pemimpin berkenaan.
Begitu juga Trump. Jika 1MDB menjadi satu isu, adakah Trump yang terkenal dengan mulut lantang itu akan mendiamkan diri? Sudah tentu tidak, dan beliau pasti akan membuat teguran apatah lagi tersebar fitnah kononnya Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keadilan AS (DOJ) sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Pengarah FBI pun Trump dah pecat.
Sebaliknya, Trump yang menghadiri sidang kemuncak berkenaan telah bertemu dengan Najib dan tidak pula bertanya mengenai 1MDB itu.
Jelaslah di sini bahawa 1MDB dan derma RM2.6 bilion merupakan propaganda yang digunakan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Najib dan kerajaan. Tapi apa yang pasti, bak kata orang biasa, ia umpama kifarah kepada mereka.
Kenapa? Kerana pembangkang kini sedang bergolak dengan masalah terbesar mereka adalah untuk mencari siapa Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan.
"Walau badai melanda, kerajaan Barisan Nasional akan terus mara" kata Datuk Seri Najib. Teruskan mara menakhoda dan memimpin Malaysia mencapai kedudukan 20 negara termaju di dunia dan memsasarkan ekonomi RM2 trillion menjelang tabun 2025.
Tuduhan "failed state", negara hendak bankrap dna terbaru pemimpin tidak popular hanyalah badai fitnah semata mata. Terus mara dan mara Datuk Seri Najib, menakhoda Malaysia.
No comments:
Post a Comment