Tuesday, 30 May 2017
PPBM UMPAMA RETAK MENANTI BELAH..
PPBM Ibarat Kapal Pecah, Menanti Detik-Detik Untuk Tenggelam Dan Karam..
Inilah yang sebenarnya berlaku didalam parti yang diterajui oleh Mahathir.
Parti baru ciptaan Mahathir, PPBM semakin teruk. Semakin hari semakin ramai keluar parti. Semakin hari, semakin bergaduh sakan sesama mereka.
Minggu lepas Pengerusinya dimalukan, minggu ini ada 1,000 orang keluar parti dan orang kuat Mahathir "sound" Syed Saddiq.
Jumaat lepas baru 39 kali Jumaat, parti bunga diwujudkan. Belum apa apa lagi sudah lintang pukang jadinya. PPBM bolehlah diibaratkan seperti sebuah kapal yang pecah, yang hanya menanti detik-detik ia tenggelam dan karam sepenuhnya.
Sesuailah dengan namanya, Parti Penuh BerMasalah, PPBM.
Semalam di portal Malaysiakini, "panglima perang" Mahathir, Zainuddin Maidin berkata UMNO sudah tidak ada masa depan lagi.
Kenyataan itu silap serta tidak betul. PPBM sebenarnya yang sudah tidak ada masa depan. PPBM kini sedikit demi sedikit runtuh angkara masalah dalaman dan amalan kronisme.
Hari Sabtu lepas, 1,000 orang ahli PPBM di dua Bahagian di Ipoh Timur dan Teluk Intan umum keluar parti. Ipoh Timur diketuai Ketua Bahagian PPBM Ipoh Timur, Azrul Suhadi Mokhtar dan Ketua Bahagian PPBM Teluk Intan Jemaat Yaacob serta enam orang pemimpin Bahagian PPBM yang lain.
Seorang wakil iaitu Penyelaras PPBM Pasir Salak, Mohamad Hasan berkata tindakan keluar dari PPBM dibuat dengan hati yang rela tanpa ada dorongan, paksaan mana-mana pihak tidak berkepentingan.
Amalan kronisme menjadi sebab mereka keluar parti. Parti bunga sudah dijangkiti virus. Virus itu bernama kronisme dan gila jawatan. Sudah banyak tempat berlaku ahli PPBM keluar parti.
Apakah Zam Maidin tidak nampak keruntuhan ini? Di Baling sudah 600 orang keluar parti. Di Kerteh hampir 300 orang keluar, di Pandan seramai 50 orang keluar, di Teluk Kemang bergolak, 1,000 orang keluar parti. Di Pendang dan Rembau juga bergolak, hampir 1,000 juga keluar parti.
Hampir setiap hari, ahli PPBM yang menyertai kempen menjatuhkan Najib yang dimulakan Mahathir pada Julai 2015, sudah beralih arah. Mereka mulai sedar amalan kronisme dan agenda peribadi Mahathir.
Kewujudan dua kem dalam PPBM iaitu kem Mukhriz dan kem Muhyiddin makin ketara dan tidak boleh diselindungkan lagi. Ianya jelas ketara bila Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah kena "sound" budak hingusan dengan Koordinator Deklarasi Rakyat, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Khairuddin menggelarkan Syed Saddiq sebagai budak hingusan kerana dikatakan kurang ajar selepas mendesak Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Othman meletakkan jawatan.
Lubang dalam kapal yang pecah ini semakin membesar. Mahathir cuba untuk menutup lubang perpecahan dan pergaduhan. Namun, dengan mata kasar pun orang sudah nampak lubang lubang perpecahan dalam PPBM itu.
Tidak perlu pakai teropong lagi, hanya Zam Maidin sahaja buat buat tidak nampak. Semakin hari, semakin ramai yang terjun dari kapal PPBM. Air yang masuk makin banyak dan menanti saat kapal karam sahaja.
Mahathir dan Muhyiddin pula enggan menjawab persoalan atau dakwaan pihak lain berkenaan konflik dan skandal yang berlaku.
Tukang buat kapal pun ramai sudah tidak yakin dengan Mahathir. Ramai yang enggan beri "fund" lagi kerana Mahathir gagal yakinkan mereka bahawa Mukhriz boleh menjadi PM dan PPBM boleh jadi ketua dalam PH.
Parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) DAP, PAN dan PKR akan gelak ramai-ramai melihat kegagalan parti PPBM Mahathir ini. Sudah lah ada satu kerusi, belum pun masuk pertandingan, sudah karam rupanya di tepian pantai.
Barangkali, inilah balasan pada pihak yang cerca orang Islam pergi Haji sebagai tidak mabrur, cakap BR1M sebagai rasuah, hina pemimpin Arab sebagai "tok Arab gila" dan mengata isteri orang dengan gelaran gelaran tidak sepatutnya.
Partinya sendiri, sedang dilanda ombak dan badai deras. Hampir tenggelam, sebelum sempat pergi ke mana mana lagi. Kapal parti bunga memang sudah ditakdirkan akan karam sebelum berlayar lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment