Saturday, 6 May 2017
Kit Siang Tulis Buku Penyelewengan FOREX , Tapi Cakap 30 Minit Sahaja......
Semalam, 4 April 2017, pemimpin De Facto Leader Pakatan Harapan, iaitu Lim Kit Siang telah dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan kes penyelewengan wang FOREX di Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Sidang panel seramai 7 orang yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah menemubual Kit Siang dalam anggaran masa 30 minit sahaja.
30 minit sahaja? Tidak cukup masa itu sebenarnya untuk membaca sampai habis buku bertajuk "The Bank Negara RM30 Billion Forex Losses Scandal" yang ada 38 mukasurat. Ditulis Kit Siang pada tahun 1994.
Bagi seorang yang lantang dan lancang mulutnya sekitar tahun 90an yang mahu diadakan siasatan terhadap Mahathir, Daim dan gabenor Bank Negara, tempoh siasatan selama 30 minit bolehlah dianggap pelik kerana berapa banyakkah maklumat boleh diperolehi dari Kit Siang.
Namun kebijaksanaan panelis yang mewakili “Task Force” yang dilantik untuk siasatan tidaklah boleh kita ragui kemampuan mereka.
Berkemungkinan mereka sudah pun cukup maklumat lain , dan pertemuan hanya berupa pengesahan untuk beberapa perkara sahaja.
Persoalan lain berkenaan hal Kit Siang dipanggil adalah untuk melihat “kejujuran” Kit Siang dan pendirian yang bakal dipilih olehnya terhadap kes lesapnya wang negara ini .
Ini kerana watak yang menjadi “sasaran” Kit Siang satu waktu dahulu adalah Mahathir dan Daim. Semalam, seperti yang dijangka oleh Tunku Aziz, Kit Siang bersikap hipokrit.
Menurut laporan Utusan Malaysia, 5 Mei 2017, Kit Siang enggan menjawab pertanyaan berhubung penglibatan Mahathir semasa Skandal Forex.
Boleh dikatakan kedudukan Kit Siang sama juga dengan seorang lagi yang dipanggil memberi keterangan , iaitu Anwar Ibrahim.
Dua duanya sekarang sudah anggap Mahathir sebagai alat politik mereka. Anwar mahu baik balik dengan Mahathir untuk bolehkan Wan Azizah jadi PM. Kit Siang pula mahu Mahathir untuk umpan undi Melayu.
Skandal FOREX ini skrip saksinya sudah bersikap hipokrit kerana ada kepentingan. Ketiadaan kebenaran dan banyak kenyataan bercanggah.
Dulu Kit Siang percaya ada penyelewengan dan kesalahan jenayah pada laporan FOREX. Kit Siang mahu ianya disiasat , lalu Kit Siang sanggup menulis buku berkenaannya.
Kit Siang bukan sahaja menulis buku berkenaan Skandal Forex bahkan juga dua buku mengenai skandal BMF.
Tidak terhenti di situ , Kit Siang sendiri telah mengadakan beberapa siri ceramah dan forum berkenaan kehilangan wang negara yang telah digunakan untuk perjudian mata wang secara tidak betul.
Ini menunjukkan betapa seriusnya dakwaan Kit Siang sendiri terhadap skandal terbesar penyelewengan wang negara itu.
Semalam, kenapa cakap hanya 30 minit sahaja? Sebelum ini bukan main lagi tulis buku dan ceramah merata tempat mengenai Forex.
Mungkinkah Kit Siang sudah cair dengan Mahathir kerana sehari sebelum itu (3 Mei), Mahathir pertama kalinya dengan panjang lebarnya memuji Kit Siang dan DAP dalam blognya. Pujukan Mahathir agar Kit Siang tidak bercakap benar mengenainya dan Forex menjadi.
Kit Siang tidak berlaku jujur dan berkata benar kepada panel siasatan.
Kit Siang memilih kepentingan diri dan parti lalu “hold back” banyak maklumat untuk disampaikan kepada panel menyiasat.
Dalam erti kata lain, adakah Kit Siang akan cuba menyelamatkan Mahathir?. Ini kerana Kit Siang mahu jadikan Mahathir sebagai alat mengumpan orang Melayu.
Tidak mustahil, Mahathir akan tolong kempen atas pentas ceramah DAP untuk bagi Kit Siang menang di parlimen Alor Setar semasa PRU14.
Apa yang Kit Siang tulis, ceramah tentang Skandal Forex sudah dikambus bawah karpet demi melindungi Mahathir. Selepas ini, mesin poligraf harus digunakan untuk temuduga saksi seterusnya. Baru boleh lihat mereka jujur atau tidak.
Semalam, dengan hanya bercakap selama 30 minit, kita semua sudah boleh ketahui Kit Siang tidak jujur bercakap tentang isu Skandal Forex.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment