Saturday, 20 May 2017

PAN Sayap Kanan DAP, Mahathir Jadi Sayap Kiri Sahaja



Parti Cauvinis DAP bukanlah sebuah parti yang berupaya untuk membangunkan rakyat dan membawa negara kita ke arah lebih baik. 

Lihat sahaja di Penang selepas dua penggal, rakyat Penang yang paling banyak mengadu soal kos sara hidup dan beban kehidupan. Sampai ada yang curi lori majlis perbandaran kerana marah pada kerajaan negeri.

Parti DAP sendiri juga tidak pergi ke mana mana. Selepas 51 tahun, masih wajah dan muka yang sama, iaitu Kit Siang. 

DAP sudah ada pengikut tegar cuba kurang undi Melayu sahaja yang menjadi masalah mereka.  Oleh sebab itu, DAP amat perlukan undi Melayu bagi merampas Putrajaya. 

Di sebalik masalah undi Melayu, DAP juga ada masalah kekotoran dalaman yang belum selesai. DAP adalah parti yang penuh dengan amalan kronisme, nepotisme, anti-Islam, rasuah dan kuku besi.

Buktinya, apabila bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang keluar parti pada 2012 dahulu kerana sudah tidak tahan dengan amalan rasuah yang teruk bersarang dalam DAP. 

Walaupun Tunku Aziz pernah mencabar untuk dirinya disaman atas tuduhan bahawa DAP sebuah parti yang mengamalkan rasuah, namun Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng menikus membisu kesipuan sehingga ke hari ini. 

Sudah 5 tahun, DAP masih takut untuk menyaman tuduhan bahawa DAP sebuah parti rasuah. Maka terbuktilah parti DAP memang amalkan rasuah.

Itu bukan kali pertama. Pada 30 Disember 2016, Tunku Aziz sekali lagi mendedahkan bahawa pemimpin DAP punya perjanjian sulit dengan Dr Mahathir Mohamad berkenaan kedudukan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan.

3 Januari 2017 pula, Tunku Aziz menyatakan beliau sedia disaman DAP kerana mendedahkan perjanjian sulit DAP dan Mahathir itu. Namun apa yang DAP lakukan? 

DAP hanya membisu, tidak berani membawa Tunku Aziz ke mahkamah untuk menafikan dakwaan Tunku Aziz itu sebagai tidak benar. Malah berkali kali Tunku Aziz mencabar Kit Siang untuk berdebat, cabaran itu tidak pun disahut Kit Siang. 

Kalau DAP tidak bersalah, sudah tentu sebelum Subuh lagi mereka sudah saman pihak yang memburukkan dan memetik nama mereka itu. Kalau dalam kes kes lain, bukan main laju lagi DAP heret ke mahkamah. Tapi dalam kes ini, sejak 2012 sehingga sekarang mereka takut dan sekadar membisu.

Cubaan DAP menggunakan Tunku Aziz untuk raih undi Melayu. DAP mencuba lagi. Akhirnya, terjumpalah DAP dengan PAN.

Walaupun DAP tiada langsung integriti dan penuh kroni namun hairannya masih ada yang menjadikan DAP sebagai sebuah parti idola ikutan mereka. Siapa lagi kalau bukan Parti Amanah Negara (PAN). 

Ternyata inilah sebuah parti yang terlalu kuat membodek DAP kerana mungkin untuk mendapatkan sesuatu habuan yang agak lumayan. Sebagai sebuah parti paling lemah dan kalah teruk dalam beberapa pilihan raya kecil yang mereka sertai sekitar tahun 2016, PAN semestinya perlu 'abang long' untuk membantu mereka terus hidup.

Maka tak hairanlah PAN akan bermati-matian membodek DAP dari siang hingga ke malam.

Guan Eng balut jari kelinking di Pulau Pinang pun, sudah ada pemimpin PAN yang datang dari  Kuala Lumpur untuk datang melawat dan membodek Guan Eng.

Sebab itu walaupun PAN tidak pernah menang kerusi secara 'gentleman' dalam mana-mana pilihan raya, namun PAN masih dianggap sebagai buah hati paling disayangi DAP. 

PAN hanya mahu lawan PAS sampai ke akhirat, tetapi PAN akan setia pada DAP sampai ke liang lahat. 

Lihat sahaja bagaimana Ketua Menteri DAP Pulau Pinang melantik Presiden PAN Mat Sabu sebagai seorang penasihat paling kanan Guan Eng berbanding pemimpin PAS Pulau Pinang Salleh Man, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution, Mejar (B) Zaidi dan lain-lain. Gaji Mat Sabu lebih besar tiga kali dari mereka semua itu.

Inilah sesatunya parti yang paling kuat bodek dan makan dedak DAP di Malaysia.

PAN hanyalah sekadar sebuah parti serpihan PAS. Hala tuju dan matlamatnya hanya satu iaitu melawan PAS di mana sahaja. 

Halatuju yang kedua adalah membodek dan mengipas DAP. Halatuju ketiga PAN adalah membantu DAP mendapatkan kuasa. Halatuju keempat PAN adalah melawan sesiapa sahaja yang jadi musuh dengan DAP. 

PAN adalah kuda tunggangan DAP yang sebenar dan tulen. Mahathir adalah kuda untuk PRU14 sahaja bagi menjatuhkan Najib. 

PAN sebenarnya adalah sayap kanan politik Melayu parti DAP. Sayap kiri sebelah lagi adalah Mahathir. Kedua duanya ini sedang digunakan DAP untuk screw undi Melayu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??