Wednesday 5 November 2014

FITNAH ISA SAMAD, FELDA - TERNYATA "OMAK KAU" BEBAL DAN ADA LAGI BEBAL YANG IKUT SAMA !!!


Baru-baru ini saya ada terbaca disebuah blog pro-pembangkang iaitu blog Omak Kau yang memfitnah dan menyerang peribadi Tan Sri Isa serta isteri.

Saya tidak hairan jika blogger PKR menyerang keperibadian Tan Sri Isa yang menerajui Felda sebagai Pengerusi Felda serta ahli keluarga Tan Sri Isa.


Kita semua sedia maklum bahawa PKR dan Presidennya baru-baru ini telah kalah dalam tuntutan saman bernilai RM200 juta pada October 17, 2014.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, petang ini telah menang dalam tuntutan saman fitnah terhadap Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan 2 yang lain berhubung dua artikel didalam akhbar Suara Keadilan yang memfitnah Felda.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Kamaludin Md. Said turut memerintahkan gantirugi yang perlu dibayar oleh PKR kepada Felda akan ditafsirkan kemudian oleh Mahkamah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar.
Melalui saman ini, Felda telah menuntut RM200 juta sebagai gantirugi terhadap fitnah tersebut.
2 artikel yang telah memfitnah Felda adalah “Felda Bankrap” diterbitkan pada 22 Jun 2010 serta “Kontroversi” dan “Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu” bertarikh 29 Jun 2010.
Kedua-dua artikel tersebut diterbitkan oleh akhbar Suara Keadilan. -SUMBER

Jadi tidaklah menghairankan sekiranya blogger PKR ini memfitnah Tan Sri Isa dan ahli keluarganya.

Seorang sahabat saya telah menghantar link blog tersebut kepada saya kerana sahabat saya tahu saya tidak gemar membuka blog yang bermain dengan fitnah.


Saya mula membaca kerana ingin tahu apakah isi yang kononnya satu pendedahan, namun pembacaan saya terhenti di para kedua dan tanpa sedar saya ketawa tanpa henti atas kelucuan dakwaan tersebut yang mengatakan; 

"Segi nama dan zahir memang Tan Sri Mohd Isa Samad adalah Pengerusi Felda tetapi yang mempengaruhi banyak keputusan penting yang melibatkan Felda terutamanya Felda Global Ventures Holding (FGVH) adalah teman sebilik dan sekatilnya sehinggakan heboh adanya pejabat sendiri di Tingkat 10 Ibu Pejabat Felda siap dengan beberapa pembantu bergaji yang dibayar dari dana Felda."
Maunya tidak tergelak, terserlah kebebalan blogger PKR ini dan ternyata penulisannya tidak berfakta dan tidak mempunyai asas sama sekali.

Saya teringin hendak tahu sama ada Omak Kau atau nama sebenarnya Hanisah, pernah atau tidak masuk ke Ibu Pejabat Felda iaitu Menara Felda?

Dari penulisannya, jelas si bebal ini tidak pernah masuk ke Menara Felda dan hanya menulis syok sendiri untuk menabur fitnah.

Tahukah Omak Kau apa yang berada di tingkat 10 dan kenapa saya berhenti membaca di para kedua penulisannya?

Sebab utama saya tergelak di para kedua dan menghentikan pembacaan saya adalah kerana dakwaan bahawa isteri Tan Sri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mempunyai pejabat sendiri di tingkat 10, Menara Felda.


Adakah ini (gambar atas) Pejabat Puan Sri Bibi Sharliza? Hahaha...

Saya pasti semua petugas Felda di Menara Felda mahupun sesiapa yang pernah naik sampai ke tingkat 10 Menara Felda juga pasti akan terhenti di para 2 dan ketawa.

Ini adalah kerana di tingkat 10, Menara Felda tidak mempunyai sebarang pejabat tetapi hanya Foodcourt atau Cafeteria!!!

Untuk pengetahuan semua pembaca I4TT, Puan Sri Bibi Sharliza tidak mempunyai sebarang pejabat di Menara Felda walaupun beliau Pengerusi WADA.

WADA tidak mempunyai sebarang pejabat rasmi.

Saya terasa hendak menulis berkaitan ini sejak saya membaca tulisan si Hanisah ini, tetapi saya ketika itu tidak mempunyai sebarang gambar di tingkat 10, Menara Felda.

Selama saya ke Menara Felda dan singgah minum dan makan di Cafeteria Tingkat 10, Menara Felda, tidak pernah pun terlintas untuk mengambil sebarang gambar atau video.

Oleh itu, secara kebetulan saya mempunyai urusan dengan Pegawai Felda hari ini, saya mengambil kesempatan untuk singgah ke Tingkat 10, Menara Felda untuk menunjukkan bukti kebebalan si Hanisah ini.

Dibawah ini video didalam Cafetaria Tingkat 10, Menara Felda;



Jadi, tiada sebab untuk saya meneruskan pembacaan terhadap satu penulisan yang penuh tipu daya dan pembohongan.

Kita semua amat maklum bahawa puak-puak pembangkang ini amat arif dalam melakukan fitnah, pembohongan dan tipu daya sehingga ianya dilihat seperti satu pendedahan yang kononnya benar dan sophisticated.

Kalau ikutkan kata si Hanisah di blognya, "pemberi maklumat" ada banyak lagi nak didedahkan.

Eloklah sekiranya "pemberi maklumat" tersebut naik dulu tingkat 10, Menara Felda sebelum sambung siri fitnah yang baru.

Kalau pun bodoh dan bebal, sila jangan tunjukkan semua... malu orang tengok... esok-esok pun nak pakai lagi...

Hahahaha...

Namun, ada juga yang mencuit hati saya bila mana terdapat manusia yang dua kali lagi bebal memanjangkan fitnah ini dan siap ditokok tambah tanpa sebarang usul periksa.

Bertambah lagi bebal bila seorang bebal memanjangkan fitnah si Hanisah yang sedia bebal, dan kemudian datang lagi satu bebal yang muncul jadi hero kononnya nak jadi "back-up free" untuk Tan Sri Isa dan Felda.

Game Plan PAU 2014 !!!

Kaedah pakat-berpakat, "kau hentam, aku back-up", bukan perkara baru dan ramai yang sudah tahu agenda seperti ini.

Maklum sahajalah musim Perhimpunan Agung UMNO semakin dekat, maka ramai la yang akan membuat tindakan-tindakan bebal demi untuk menagih sedekah orang-orang besar UMNO.

Nak kata miskin, dah kaya, tapi biasalah manusia ni, hidup tak pernah cukup.

Yang jadi mangsa... orang lain seperti Tan Sri Isa serta keluarga dan Felda.

Baiklah, kita berbalik ke tingkat 10, hari ini saya belanja gambar-gambar menarik dari Tingkat 10, Menara Felda untuk tatapan semua pembaca I4TT;

Ini pandangan dari luar Cafeteria (sila klik gambar kalau nak besarkan gambar);









Ini pula pandangan dari dalam Cafeteria;














Saya juga turut dibawa ke VIP Cafeteria;








Oklah, saya dah belanja gambar kan... so, pembaca I4TT semua jemput-jemputlah singgah di Tingkat 10, Menara Felda untuk jamu selera dan lihat sendiri jika sangsi dengan penulisan saya ini.

Saya jamin kualiti makanan disana amat memuaskan dan pasti sedap.

Macam-macam pilihan yang ada... Jemput singgah ye...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??