Wednesday 11 November 2015

#AK329: KEMALANGAN TIDAK DILAPORKAN, #AirAsia SEMAKIN MENAKUTKAN?!!


Terlalu kerap berlaku insiden atau kemalangan yang melibatkan pesawat Air Asia yang disembunyikan dan tidak dilaporkan kepada pihak pengurusan lapangan terbang KLIA2 seperti baru-baru ini berlaku satu kemalangan melibatkan pesawat AirAsia dan lori katering penyedia makanan.



Sebelum ini, kira-kira bulan Julai yang lalu telah berlaku satu insiden apabila pesawat AirAsia berundur juga tidak dilaporkan.

Sebaliknya, insiden berkenaan diketahui melalui Twitter akaun Tony Fernandes yang menyalahkan pihak pengurusan lapangan terbang KLIA2.

Berkaitan kemalangan yang berlaku minggu lalu, pesawat AirAsia dilaporkan menghadapi insiden kemalangan kecil membabitkan gelongsoran kecemasan pesawat, dipercayai pesawat penerbangan AK329, ketika dalam proses penyediaan pesawat untuk berlepas.


Menurut gambar dan laporan yang diterima daripada pekerja AirAsia di KLIA2, insiden tersebut membabitkan peralatan gelongsoran penyuraian kecemasan di bahagian belakang pesawat milik AirAsia yang aktif secara tiba-tiba.

Gelongsoran Kecemasan tersebut dikatakan aktif secara mengejut dan menghempap sebuah lori penyedia makanan yang berhampiran mengakibatkan cermin hadapan lori tersebut pecah.

Bagaimanapun insiden ini telah diselesaikan secara senyap oleh pekerja AirAsia yang menolak gelongsoran tersebut masuk semula ke dalam kapal terbang dan secara senyap memindahkan kapal terbang terbabit ke tempat parkir yang lain.

Menjawab isu mengapa satu kemalangan kecil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) gagal dimaklumkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang, Malaysia Airport Berhad (MAB) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia, sumber terbabit menyatakan: 

“AirAsia did not report the accident, possibly because their crew forgot to disarm the service door which caused the emergency evacuation slide to open, damaging the truck and a small part of the airport.”


Kami juga tidak pasti jika pesawat terbabit telah digunakan atau dibawa untuk pemeriksaan semula oleh AirAsia.


[ DISUNTING DARI : SUMBER ]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??