Thursday 1 June 2017

Habis Tanah Tergadai Bila DAP & PKR Menjadi Kerajaan




Tanah adalah sasaran utama pembangkang bila mereka naik menjadi kerajaan negeri. Pada tahun 2008, bila Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham memperkudakan Nizar Jamaluddin selaku MB Perak, mereka telah bertindak 'menggadaikan' 1,000 ekar tanah milik kerajaan negeri kepada 9 buah sekolah Cina pada tahun 2008.
Nizar sendiri tanpa sedar telah mengakui perkara itu semasa berkempen di PRK Kuala Kangsar tahun lalu. Selepas 8 tahun baru hendak mengaku. Namun satu perkara yang tidak dilupakan semua orang adalah bila DAP mempergunakan Nizar memberikan status milikan kekal tanah selama 999 tahun kepada penduduk kampung-kampung baru Cina di Perak.

Di Rancangan Kampung Tersusun, RKT yang lebih ramai jumlahnya dari kampung baru hanya diberi 99 tahun sahaja. Terdapat 73,703 penduduk pada ketika itu dengan pecahan 44.02% Melayu, 37.93% Cina dan 18.05% India. Inilah sikap "double standard" dan chauvinis DAP. 


Pada Disember 2012, Nga dan Ngeh turut memperdayakan kerajaan PAS Kelantan untuk mendapat 10,500 ekar tanah balak. Dua orang pemimpin DAP ini menerusi syarikat Upayapadu Plantation Bhd mendapat tanah balak di Hutan Simpan Relai, nilainya dianggar RM40 juta.

Itu di Perak, yang mana DAP menjadikan Nizar sebagai MB boneka untuk meluluskan apa yang DAP mahukan. Nga Kor Ming dapatlah sebuah "White House" bernilai RM10 juta di Ipoh sebagai hasilnya. 

Tanah juga menjadi kegilaan PKR di Selangor.
Kerajaan PKR telah dipercayai menyeleweng 619 hektar tanah Paya Indah Wetland. 17 Februari 2015, dalam mesyuarat majlis kerajaan negeri yang dipengerusikan Azmin Ali, pertukaran tanah Wetland dari status pertanian kepada komersial telah diluluskan. 

Zon Hijau Paya Indah Wetland, kawasan ekosistem yang paling besar ditukar statusnya. Nilainya RM784 juta. Inilah yang terjadi bila PKR mendapat kuasa dan menjadi kerajaan, habis tanah dikerjakan untuk tujuan komersial. 

31 Mac 2017, Azmin Ali dikatakan sembunyikan fakta sebenar bagaimana 9.3 hektar tanah di Kampung Bukit Cerakah boleh dijadikan tanah perkuburan Cina. Pada asalnya, tanah itu mahu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk dijadikan tanah perkuburan Islam, akhirnya Azmin campur tangan dan jadikan tanah itu jirat Cina. Bagaimana ini boleh berlaku? 

Di Perak, ada campur tangan DAP. Di Selangor, PKR bersubahat dengan DAP. Di Penang, DAP perintah secara sepenuhnya. Sebanyak 12 peratus hak milikan tanah menyusut di Penang sejak di bawah rejim DAP. 


Sejumlah hampir RM16 billion hasil tanah di Penang sudah dikerjakan oleh kerajaan DAP. 

Pada tahun 2011 tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri, dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Ini diikuti tanah seluas 110 ekar dijual lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Penang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM600 juta kepada P. E Land.

Pada 2014, DAP Pulau Pinang jual tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission. Ini diikuti dengan penjualan 30 ekar tanah yang dianggarkan bernilai RM57 juta kepada Paramount Group. Seterusnya, sebidang tanah lagi berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan bernilai RM 1.02 bilion dijual kepada Eco World dan tanah seluas 103 ekar yang dianggarkan bernilai RM1.09 bilion kepada Temasek Singapura. RM3.5 billion lagi adalah kepada Hunza Land.

Terbaru isu skandal jual tanah Peel Evenue pada harga RM156 juta iaitu di bawah paras harga pasaran. Kawasan berhampiran Gurney Drive itu bernilai RM 1,500 setiap kaki persegi dan Pulau Tikus, RM 1,000 setiap kaki persegi.Tetapi dalam soal tanah Avenue harganya hanyalah RM 560 sekaki persegi.

Apatah lagi, proses jual beli berkenaan dilakukan oleh Lim Guan Eng mengikut kaedah rundingan terus tanpa sebarang tender terbuka. Adakah ini dilakukan untuk 'mengenyangkan perut' kroni Guan Eng iaitu Tan Sri Tan Kok Ping yang merupakan Penasihat Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC)?

Jangan kita lupa, isteri Guan Eng iaitu Betty Chew juga pernah dilantik menjadi AJK PCCC bersama-sama penjual banglo murah kepada Guan Eng iaitu Phang Li Koon.

Guan Eng juga kini terpalit isu rasuah kerana isu tanah. Guan Eng didakwa dibawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana meluluskan zon semula tanah milik syarikat Phang Li Koon, Magnificent Emblem dan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana membeli banglo di bawah harga pasaran.

Hunza Group mendapat projek pembangunan bernilai RM3.5 billion di Penang. Tanah milik Yayasan  Bumiputra Pulau Pinang telah dijual kepada Hunza Land, proksi Guan Eng. 

Bila Guan Eng buat kutipan derma, Hunza Land menyumbang dana RM200,000 untuk bebaskan Guan Eng. DAP mengkayakan proksi kemudian bila pemimpin DAP susah, proksi ini membantu kembali.

Inilah jadinya bila DAP dan PKR mendapat kuasa. Habis tanah dikerjakan dan dijual mereka. Itu belum lagi Pakatan Harapan yang diterajui DAP perintah Malaysia.

Tanah di mana lagi yang mereka mahu jual dan gadai nanti? Minta simpanglah jauh jauh agar jangan Pakatan Harapan menang pada PRU14. Tergadai habis tanah dikerjakan mereka jika diberi peluang sekali sahaja. 

Jadikanlah cerita di Perak, Selangor dan Penang sebagai tauladan. Betapa rakusnya DAP & PKR bila dapat kuasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??