Sunday 3 November 2013

#PRKSgLimau - KALAU IKUT PAS ISU KOPIAH DAN SONGKOK LAGI BESAR DARI ISU KALIMAH ALLAH !!!


Agak geli hati aku bilamana melihatkan gelagat puak-puak PAS ni sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau (N20). 


Soal kopiah pun boleh jadi isu ke ???

Puak-puak PAS amat heboh dilaman-laman media sosial dalam mempertikaikan pemakaian kopiah oleh calon BN bagi PRK DUN Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Nampaknya, puak-puak PAS ini bukan sahaja mahu 'claim' agama Islam sebagai hak mutlak mereka, malah kopiah pun hendak dijadikan hak mutlak mereka.

Sebelum ini, puak PAS waima pemimpin mereka sekalipun pernah mempersendekan pemakaian songkok yang dikatakan kononnya songkok hanya dipakai oleh orang UMNO.

Jadi, suka untuk aku tanyakan kembali kepada mereka, apakah calon PAS untuk PRK DUN Sungai Limau itu ahli UMNO kah ???

Cuba lihat poster-poster promosi calon PAS PRK DUN Sungai Limau, bukankah Mohd Azam memakai songkok ???

Nampaknya, isu songkok dan kopiah lebih besar dari isu penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama Kristian.

Mungkin penyokong PAS akan lebih berbesar hati dan kurang meluat jika isu penggunaan Kalimah Allah yang diperdebatkan, malah mempertikaikan pemakaian kopiah mahupun songkok bagi aku adalah satu perbuatan yang amat membuang masa dan sekadar satu provokasi murahan.

Oleh itu, tidaklah menghairankan bilamana semakin ramai yang mula meluat dengan PAS malah lebih drastik lagi ada penyokong PAS yang mula keluar dan meninggalkan PAS.

Isu penggunaan Kalimah Allah yang dituntut oleh penganut agama Kristian adalah amat besar bagi seluruh umat Islam di Malaysia.

Namun, sehingga hari ini, tiada kenyataan jelas dari mana-mana pemimpin PAS yang menbantah tuntutan penganut agama Kristian tersebut.

Kenapa PAS tidak mahu memperdebatkan isu ini ???

Ulama' PAS hanya membisu dan menikus manakala liberalis PAS pula bersetuju dan tidak endah terhadap tuntutan penganut Kristian ini.

Mungkin pada pandangan pemimpin PAS, isu penggunaan Kalimah Allah yang dituntut oleh penganut Kristian ini hanyalah isu yang sebesar zarah jika hendak dibandingkan dengan isu pemakaian songkok dan kopiah walhal, bagi penyokong PAS sendiri adalah sebaliknya.

Selain isu penggunaan Kalimah Allah, penganut agama Kristian juga menunjukkan kebiadabap mereka dengan mencetak naskah Bible mereka dalam Bahasa Malaysia (Bahasa Melayu).

Dari awal isu ini timbul, penulis tidak dapat mengenepikan persoalan kenapa begitu terdesak sekali penganut agama Kristian ini ???

Untuk rekod, jumlah penganut agama Kristian adalah minoriti di Malaysia, sekadar 17%. 

Dari keseluruhan jumlah penganut agama Kristian ini, yang paling ramai adalah kaum Cina.

Kenapa tidak dicetak sahaja Bible didalam Bahasa Mandarin ??? 

Bukankah jika dicetak dalam Bahasa Mandarin ianya lebih releven dan logik ???

Lagi pula, berapa kerat sahaja lah orang Cina di Malaysia ini yang boleh bertutur dan membaca dengan baik dalam Bahasa Melayu. 

Betul tak ???

Lim Guan Eng sendiri pun belum tentu 'mampu' bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik dan ini telah pun terbukti melalui laman media sosial Guan Eng sendiri sehingga diperbetulkan semula pun masih lagi nampak agak biol.

Jadi, amat tidak releven untuk naskah Bible dicetak dalam Bahasa Melayu sebaliknya yang terbaik adalah penganut agama Kristian ini menjaga kepentingan penganut mereka agar lebih faham Bible dengan mencetaknya dalam Bahasa Mandarin kerana majoriti penganut mereka adalah dari kaum Cina.

Kaum kedua terbesar yang menganut agama Kristian adalah Kaum India, oleh itu, pilihan kedua yang penganut Kristian ada hanyalah mencetak naskah Bible dalam Bahasa Tamil. 

Kepentingan agama mereka juga terjaga.

Bak kata Ustaz Fathul Bari semasa Himpunan Berani Hijrah Anak Muda Sungai Limau di SMK Dulang malam tadi, bayangkan jika penganut Kristian dapat kebenaran menggunakan Kalimah Allah dan Bible dicetak pula dalam Bahasa Melayu, kemudian sambil memandu anda nampak banner atau billboard yang tertulis, "Allah berfiman, bla... bla.. bla...".

Bolehkah kita pastikan banner tersebut untuk agama mana sedangkan semua agama menggunakan Allah bagi ganti nama tuhan ???

Kalau Ulama' dari UMNO boleh berfikir sedemikian, kenapa Ulama' PAS hilang fungsi berfikir ???

Justeru, adalah lebih releven lagi kalau puak-puak PAS lebih prihatin terhadap isu tuntutan biadap penganut agama Kristian yang mahukan menggunakan Kalimah Allah dan juga mencetak Bible dalam Bahasa Melayu daripada membuang masa dan membuat penyokong mereka meluat dengan provokasi murahan berkaitan isu calon BN PRK Sungai Limau memakai kopiah.

Puak-puak PAS perlu simpan dengan kemas dalam kepala otak mereka bahawa kopiah bukan hak eksklusif PAS dan songkok juga bukan hak eksklusif UMNO !!!

Edit dari www.mykmu.net


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??