Wednesday, 4 April 2012

KENAPA SEKARANG DAN TIDAK 46 TAHUN DAHULU ?!! NAMPAK SANGAT DAP NI NAK PERGUNAKAN MELAYU !!!


Baru-baru ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyambut ulangtahunnya yang ke 46.

Selama hampir setengah abad parti serpihan parti pemerintah di Singapura iaitu PAP (Parti Tindakan Rakyat) mengamalkan budaya politik perkauman yang mementingkan hak bangsa Cina.

Sikap ekstremis DAP dalam memperjuangkan hak-hak kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Melayu yang menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama tercetusnya peristiwa berdarah rusuhan kaum pada Mei 1969.

Sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dan negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa Melayu.

"Melayu bangsat", "Melayu balik kampung", "Malaysia kami punya", "Pergi jahanam Melayu, Umno" adalah antara slogan-slogan yang menyakitkan hati orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan penempatan orang Melayu di kampung Bharu.

Sikap bongkak, sombong dan angkuh DAP telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan fakta-fakta tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit dengan kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh DAP.

Walaupun peristiwa 13 Mei sudah lebih empat dekad berlalu, namun DAP tetap dengan sikap anti-Melayu, anti-Islam dan cauvinisnya.

Pernah Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP sekarang) membuat kenyataan yang membarakan hati orang Melayu apabila berkata "langkah mayatnya dahulu" sebelum orang Islam terlintas difikiran mereka untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.

Kini setelah berjaya memenangi Pulau Pinang yang diidamkan selama ini dengan bantuan PKR dan PAS, DAP menukar wajah dan watak untuk terus menipu orang Melayu.

Parti ini kini kononnya muncul sebagai 'pejuang' dan 'pembela' orang Melayu dan seperti musang yang berbulu ayam berkempen kepada orang Melayu bahawa DAP akan mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Persoalannya mengapa setelah 46 tahun baru hendak membela nasib orang Melayu dan tunjuk konon sayang kepada orang Melayu?

Kalau tidak kerana tamakkkan kuasa dan mahu merampas kuasa politik, DAP tidak akan sesekali mahu tunjukkan sikap yang lunak kepada orang Melayu.

Antara langkah DAP untuk me"Melayu"kan parti itu ialah usahanya untuk menarik seramai mungkin cerdik pandai Melayu menyertai parti itu.

Kenapa yang disasar hanya kalangan professional dan cendikiawan Melayu sahaja?

Kalau benar-benar hendak menolong orang Melayu, DAP harus membuka pintu seluas-luasnya kepada orang Melayu bukan golongan tertentu sahaja.

Sejak bila pula DAP bercakap mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu? 

Di mana DAP selama ini apabila orang Melayu memerlukan pembelaan dalam segenap aspek kehidupan seperti pendidikan, ekonomi,kesihatan dan sebagainya?

Sekarang mereka bercadang untuk meletakkan calon-calon Melayu di Pulau Pinang untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.

Sekali lagi balaci setia DAP iaitu PAS menyokong penuh cadangan tersebut. 

DAP yang ketika ini berkecamuk dengan krisis dalaman di antara pimpinan kanan mereka, cuba pula menggunakan taktik calon Melayu untuk menarik undi pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka tahu undi Cina hanya setakat 30 peratus sahaja dan undi Melayu akan menjadi penentu dalam mana-mana kerusi parlimen atau DUN.

Oleh itu DAP mengaburi mata orang Melayu dengan menampakkan parti itu mementingkan orang Melayu.

Hakikatnya matlamat terpenting DAP tidak pernah lari daripada landasan iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan menghapuskan sistem Raja-raja Melayu serta dominasi politik Melayu.

DAP hanya berjuang untuk kaum Cina, dan tidak pernah bercadang untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu.

Setelah empat tahun di bawah DAP, nasib orang Melayu di Pulau Pinang terus tidak terbela malah tidak menampakkan sebarang perubahan pun.

Yang penting orang Melayu mesti rapatkan saf dan bersatu untuk melenyapkan pengaruh parti perkauman ini.

Selagi DAP bernafas, selagi itu risiko berlakunya semula rusuhan kaum tetap menghantui fikiran rakyat.

Jangan lupakan peristiwa 1 April di Sepanyol dimana umat Islam ditipu. Jangan ditupu hari ini akhirnya menyesal dikemudian hari.

Menangis tak berlagu nanti... Sedar la Melayu oiiiiii....!!!!



SASARAN SETERUSNYA UNTUK TRANSAKSI JUALAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR - KOMPLEKS BELIA !!!


Siapa yang tidak kenal dengan Pakatan Rakyat yang memerintah di Selangor pada hari ini...

Mana ada kebaikan untuk rakyat. Jadi, aku setuju sangat dengan Noh Omar yang menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini umpama DRACULA yang menghisap darah rakyat. Sebijik perangai Kuntilanak mereka ni !

Terbaru ini, sewa premis Majlis Belia di Komplek Belia dinaikkan LAGI !

Jika pada 2011 dari PERCUMA dinaikkan kepada RM1, 977.00 sebulan, tetapi kini dinaikkan lagi sehingga RM6, 180.00 sebulan.

Apa yang menjadi kemusykilan aku sekarang adalah, sejak bila Majlis Belia ni satu organisasi perniagaan atau profit organisation ??? Celah mana badan sukarela ni nak cekau duit ???

Tak kan Belia pada hari ini perlu menjadi pengemis TIN MILO sepertimana PAS dulu, kini dan selamanya ???

Apa yang PKR buat ?? Bukankah PKR khususnya Anwar melaung-laungkan kononnya seorang pejuang Belia !!!

Aku bukan bercakap kosong je, ini aku kepilkan bukti-bukti kepada korang semua...




Cuba korang nilai sendiri la, apa motif Pakatan ni ??? Adakah mereka ni nak singkirkan Pertubuhan Belia yang berada dalam kompleks berkenaan untuk memudahkan mereka menjual komplek tersebut ???

Ini pula respond dari Noh Omar berkaitan kenaikan kadar sewa terhadap Majlis Belia...



Jika sebelum ini, modus operandi yang sama dilakukan di Kompleks PKNS jadi tidak menghairankan pada aku.

Seperti yang Noh Omar katakan dalam video di atas, Kompleks berkenaan dibina oleh BN untuk membantu pertubuhan sukarelawan ini beroperasi dengan memberikan tempat operasi secara percuma tetapi ibarat Dracula mereka hisap darah Pasukan Sukarelawan dari Majlis Belia ini dengan mengenakan sewa kepada premis berkenaan.

Sekarang ini pula kadar sewa dinaikkan pula ! Gila punya orang la !!!

Aku cuba fikirkan motif perbuatan mereka ni. Korang sependapat tak dengan aku, kalau aku katakan mereka ni hanya berniat untuk menghalau Majlis Belia dan Pertubuhan Belia yang ada di Kompleks berkenaan untuk memudahkan mereka ni menjual kompleks tersebut.

Sesuatu yang pada pandangan aku, tidak menghairankan dan tidak mengejutkan !

Apa sangatlah yang mereka ni pandai selain menjual khazanah dan warisan Selangor ni. Hanya itu kepakaran mereka.

Adakah ini spesis Kerajaan yang korang mahukan wahai rakyat Selangor ????

Aku tinggalkan persoalan ini untuk korang fikirkan...

Jika Kompleks Belia boleh... tidak hairan kalau satu hari nanti, rumah PPRT dan rumah DBKL akan dapat nasib yang serupa jika mereka ini diberi kuasa....!


Sumber : KGC


Psssttt... sebelum jual kena kasi halau itu Majlis Belia maaa... Kasi naik sewa, diorang tarak mampu pasai itu Majlis Belia tarak duit.. Sukarelawan saja maa... Lepas diorang berambus... kasi jual la itu kompleks....

Bijak... Bijak...



NURUL IZZAH NI LESBIAN KE HAPER ?!!


Seperti laporan The Telegraph, MiM juga tidak terkejut dengan kenyataan terbaru Nurul Izzah yang sinonim dengan bapanya tentang seksual songsang di negara ini. 

Di antara laporan the Telegraph :


Unsurprisingly, the opposition, led by her father’s People's Justice Party (PKR) party, intends to review Malaysia’s archaic sodomy laws.
"The sodomy laws are archaic and will need to be revamped,” she said.
"At the same, Malaysia is an Islamic, conservative society and the sanctity of marriage between a man and a woman is very much the prevailing culture of what’s acceptable in Malaysia.”

Apabila merujuk kepada kenyataan kontroversi Nurul Izzah itu, kita tertanya-tanya dengan maksud undang-undang liwat sudah lapok. 

Apanya yang lapok dengan undang-undang tersebut kerana umum sejak dulu lagi tidak pernah bersetuju dengan perbuatan songsang liwat.

Sebelum ini, tidak pernah sesiapa pun yang teragak-agak menyatakan bahawa liwat itu tidak ada tempatnya di negara Islam Malaysia ini.

Yang memualkan juga adalah kenyataan Nurul Izzah yang menganggap bahawa kesucian perkahwinan lelaki dan wanita adalah 'satu budaya umum' atau 'prevailing culture' di negara ini.

Hakikatnya, perkahwinan bukan satu 'budaya umum' tetapi dituntut dalam ajaran agama itu sendiri!

Budaya tidak sama dengan tuntutan asas agama.

Persandingan sebagai contoh, memang satu budaya umum tetapi proses melafazkan akad nikah dan yang lain-lain itu bukan satu budaya seperti yang dinyatakan oleh Nurul Izzah.

Sungguh memalukan apabila anak seorang pemimpin yang bergelumang dengan skandal moral, turut keliru dengan definasi dan perkara yang hakiki!

Apa sudah jadi dengan Nurul Izzah?

Maka kenyataan beliau mengundang pelbagai lagi persoalan yang bakal memeningkan kepala Nurul Izzah sama seperti isu Anwar Ibrahjm dan 'menyokong keselamatan negara Israel.'

Shame on you, Nurul Izzah!


Sumber : MiM


Psssttt... mungkin Izzah berpendapat, gaya hidup songsang dan LGBT itu tidak kolot malah mengikut trend semasa selaras dengan tuntutan kebebasan dinegara-negara Yahudi... Apa nak kisah.. si bapak cakap.... "i support all efforts to protect the security of the STATE of Israel" !!! Cuba Izzah pi tanya kat PAPA HEBAT dia, sejak bila Israel ada STATE... mana tau PAPA HEBAT tau sejarah Israel dapat STATE ni...

BAPAK BURIT ANAK RINTIK... erkkk... borek.. hahaha...






ADAM BERUKSISWA KENA PENUMBUK HANYALAH SATU LAKONAN !!! PATUT IZZAH LARI LINTANG PUKANG !!!


Tidak berapa lama dahulu, seorang lelaki secara berseorangan berdepan dengan kelompok mahasiswa yang diketuai oleh Adam Adli. Niatnya untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya gara-gara tindakan kurang ajar dari Adam Adli di PWTC.

Itu adalah gambaran yang jelas tentang kemarahan rakyat, waima hanya seorang yang tampil menyatakan rasa amarah tu.

Namun, ianya tidak memberi kesan kepada Adam Adli, yang terus melakukan provokasi hanya untuk membuktikan bahawa kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang zalim. Drama di UPSI adalah pendedahan menarik tentang bagaimana strategi PKR terbukti menjadi modus operandi Adam Adli. Sanggup mencederakan diri sendiri, demi meraih simpati hasil dari pembohongan kononnya akibat dianiaya.

Dan kali ini, Adam Adli telah “bertemu buku dengan ruas” apabila penumbuk sulung yang dinanti-nantinya hinggap di mukanya.

Menariknya, ia merupakan skrip lakonan terbaru yang digarap dengan penuh teliti, tanpa sedikit cacat cela dari segi “storyline” atau “storyboard”. Perhatikan kronologi tentang kebiadapan hingga peristiwa drama UPSI, semuanya saling berhubungkait dengan peristiwa terbaru ke atas Adam Adli.

Dari peristiwa kurang ajar, kemudian drama yang tidak menjadi, dan sambutan pada ceramahnya di kalangan mahasiswa menunjukkan draf menjunam akan populariti Adam Adli. Dia semakin dibenci oleh masyarakat, kerana ketidakpintarannya dalam pelajaran, dan juga sering mencetuskan huru-hara di kampus. Sesuatu perlu dilakukan, at the right time, at the right place to get huge publicity.

Adam Adli harus menjenamakan dirinya semula, samada dari sudut seorang pejuang, atau si mangsa. Sebagai pejuang, tidak mungkin, kerana level pertama tindakannya di PWTC membuatkan dirinya semakin dibenci, apatah lagi dengan pelajarannya yang entah ke mana. Level keduanya, di UPSI untuk menjadi “mangsa yang dizalimi” juga tidak mengena, apabila video plot-plot dramanya didedahkan melalui laman YouTube.

Percubaan terbaru dilihat berjaya, apabila Adam Adli bijak menggunakan peluang berada di khalayak yang ramai untuk meraih publisiti sebagai si mangsa. Berlokasikan di Flat Kg Kerinchi yang langsung tiada kena mengena dengan dirinya, pada waktu penduduk meninjau aktiviti merobohkan flat yang uzur itu, Adam Adli sekali lagi melakonkan opera hidupnya. Dan klimaksnya mengena, apabila berjaya “membuatkan dirinya ditumbuk di hadapan khalayak”. Itulah impak maksima!

Hebohnya juak-juak Pakatan Pembangkang atas peristiwa ini, seolah-olah Adam Adli telah dizalimi sezalim-zalimnya seperti mana rakyat Palestin dizalim oleh Zionis Israel, yang mana terdahulunya Anwar telah melafazkan “sumpah taat setia” to defend the security of Israeli State at all cost!

Seperti biasa, UMNO dan BN diletakkan sebagai penzalim oleh juak-juak PKR dalam drama terbaru Adam Adli ini. Ini sudah menjadi budaya politik mereka untuk menyalahkan pihak lain. Waima isu Chinadoll juga, UMNO dan BN yang bersalah, mungkin kerana “membiarkan” Chinadoll itu ditiduri Anwar Ibrahim.

Apa yang rakyat perlu tahu ialah apa yang berlaku kepada Adam Adli di Kg Kerinchi adalah permainan politik semata-mata. Sumber memberitahu Selangor Daily bahawa drama terbaru ini telah dirancang, berdasarkan storyline dari awal kronologi kebiadapannya dan kegagalannya. Drama ini dilakonkan hanya sebagai “damage control” kepada imej Adam Adli yang tercemar gara-gara tindakan pendek akal sekalipun bergelar mahasiswa.

Dan cuba teka, dari mana Adam Adli mendapat idea untuk “melebamkan matanya akibat dipukul”?


Sumber : Selangor Daily


Psssttt... jom layan video ni... Hahahahahaha....


Persoalan... mana pergi si Nurul Izzah masa Adam Bongek ni kena penumbuk ??? Takut ???? Lari ????

Hahahaha....



DEDAH !!! DAP DAN PKR BERPAKAT DALAM DIAM UNTUK PINGGIRKAN PAS !!!



Berikut adalah laporan akhbar the Star minggu sudah di bawah tajuk “Merging Will Make Us Stronger” (Penggabungan Akan Membuatkan Kita Lebih Kuat). 

Menurut PKR Bukit Bendera, Jason Ong, PKR dan DAP harus bergabung bagi menyukarkan PAS menubuhkan Negara Islam dan mengelakkan perebutan kerusi. 

Katanya, “Ahli-ahli DAP kebanyakannya adalah dari kaum Cina dan PKR pula merupakan campuran Melayu dan India, jadi ia akan memberi keseimbangan jika kedua-dua parti ini bergabung. 



Lagipun DAP dan PKR punya banyak persamaan yang akan memudahkan penggabungan ini. 

Ia juga akan memudahkan kerana kita tidak perlu lagi melalui pemimpin-pemimpin parti yang berasingan.” 

Tambahnya lagi, “adalah merupakan hak PAS untuk mempromosi ideologi Negara Islam tetapi sama ada ia akan dilaksana atau tidak adalah soal lain sama sekali”. 

Tidak sabar kita menunggu respon PAS mengenai perkara ini !!!! 

Antara respon yang dijangka ialah PAS akan menuduh UMNO memerintahkan akhbar the Star memutarbelitkan kata-kata Jason Ong untuk melaga-lagakan mereka dengan DAP dan PKR. 

Apapun, rakyat tahu bahawa laporan tersebut benar dan tiada siapa memutarbelitkan apa-apa. 

Kita setuju bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan iaitu kedua-duanya tidak menginginkan Institusi Raja dan kedua-duanya menjulang konsep kesamarataan yakni ingin menghapuskan hak istimewa bumiputera. 

Sebelum ini, PKR telah beberapa kali menguji sentimen orang Melayu terhadap Institusi Raja melalui beberapa tindakan mencabar dan memperlekeh titah Sultan dan PKR sedar bahawa majoriti masyarakat Melayu tidak boleh menerima sikap derhaka mereka. 

Ini memaksa PKR berdolak dalih mengenai pendirian sebenar mereka dalam isu Raja-raja dan Hak Istimewa Bumiputera agar tidak dipinggirkan oleh pengundi Melayu. 

Beberapa kenyataan membela Melayu dibuat selepas itu sebagai ‘damage control’, antaranya oleh Nurul Izzah sendiri iaitu parti PKR akan tetap mempertahankan perlembagaan. 

Namun, niat sebenar PKR kini terserlah apabila Jason Ong sendiri mengakui bahawa DAP dan PKR mempunyai banyak persamaan. 

Hakikatnya, PKR turut menyokong perjuangan DAP untuk mewujudkan Malaysian Malaysia asalkan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri. 

Jika gabungan ini menjadi kenyataan, di manakah kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat? 

Walhal, PAS telah pun bersetuju untuk menggugurkan Negara Islam dari perjuangan mereka, justeru kenapa isu Negara Islam masih membelenggu PR?

Ini membuktikan bahawa DAP dan PKR tidak pernah mempercayai PAS. 

Tetapi di masa yang sama, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan Negara Islam. 

Seperti kata Jason Ong, PAS boleh menggunakan Negara Islam sebagai bahan promosi tetapi itu tidak bermakna PAS ingin dan akan melaksanakannya. 

Pendek kata, PAS boleh mempromosinya sehingga hari kiamat tetapi tidak akan melaksanakannya. 

Sebenarnya, DAP dan PKR tahu bahawa PAS tidak mungkin menentang perintah dan keinginan mereka yang menolak Negara Islam kerana pemimpin-pemimpin PAS semuanya tiada maruah belaka. 

PAS akan sanggup melakukan apa saja, hatta memperhambakan diri dan menerima cemuhan dan penghinaan PKR dan DAP asalkan mereka tidak dibuang dari Pakatan Rakyat dan terlepas peluang untuk ke Putrajaya. 

Justeru, kenyataan Jason Ong itu perlu dilihat secara lebih luas dari sekadar masalah ideologi PAS. 

Kenyataan tersebut lebih menunjukkan ketidakyakinan PKR dalam menghadapi pilihanraya kali ini. 

PKR sememangnya telah lama berada dalam keadaan nazak. 

Anwar Ibrahim sendiri khabarnya tidak yakin untuk bertanding di Permatang Pauh dan Nurul Izzah juga kemungkinan terbenam jika bertanding di Lembah Pantai. 

Kita juga tidak boleh menolak desas-desus bahawa Anwar akan meninggalkan negara dalam masa terdekat kerana sedar yang dirinya sudah tidak lagi popular di sini. 

Dia dijangka hanya akan melancarkan serangan dari luar di samping menghulurkan bantuan kepada sahabat-sahabat zionisnya dalam misi ‘menjajah’ Malaysia. 

Tanpa Anwar, akan lebih memudahkan PKR dan DAP bergabung kerana tidak mungkin gabungan itu boleh menerima dua tiga orang ketua sekali gus. 

Apatah lagi dengan semua calon-calon ketua yang ada iaitu Anwar, Kit Siang, Karpal, semuanya gila kuasa dan mempunyai sikap diktator. 

Mana mungkin para diktator ini sanggup mengalah menjadi No. 2 atau No. 3. 

Namun, dengan segala rahsia Anwar di dalam genggaman Karpal dan Kit Siang, kita tidak boleh menolak bahawa gabungan ini akan direalisasikan walaupun jika Anwar tidak lari keluar negara. 

Ini kerana, walaupun Anwar berada di atas, dia akan terpaksa akur kepada Karpal dan Kit Siang selama-lamanya. 

Pendek kata, gabungan PKR dan DAP hanya akan menguntungkan DAP sahaja.  

Apapun kita tunggu dan lihat respon DAP dan PAS mengenai perkara ini.



Monday, 2 April 2012

PUAK PAKATAN HARAM SERONOK SAMBUT APRIL'S FOOL DAY !!! 1 APRIL HARI PEMBUNUHAN UMAT ISLAM !!!

First of all, aku tak faham apsal puak-puak pakatan haram jadah ni suka sangat ikut budaya kafirun laknatullah. 

Aku akan kongsi sifat KEDAJALAN mereka ni dan sejarah Hari April Fool ni kepada korang semua.

Semalam 1hb April yang mana puak kafirun laknatullah ni sambut hari April Fool. 

Termasuk lah media pakatan haram jadah ni dok buat lawak bangang !

Ianya bermula dengan satu posting dari seorang facebooker pakatan haram jadah dipercayai penyokong kuat PAS (ni parti Islam ke parti Kristian??).

Facebooker bangang ni buat kenyataan status di FB bahawa Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad keluar dari UMNO bersama 2,000 ahlinya dan sertai pakatan haram jadah !

Lewat petang itu, Sinar Harian keluarkan laporan penafian beliau bertajuk "Cerita April Fool, Saya Masih Ahli UMNO". (KLIK SINI)

Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad

Kenapa aku selalu kata Pakatan ni pakatan haram jadah ???

Inilah antara sebab kenapa.. sebelum ini pun mereka lakukan yang sama pada hari April Fool dengan keluar laporan ada Menteri didakwa kerana rasuah, kemudian lewat petang tanpa minta maaf mengatakan laporan berkenaan adalah jenaka April Fool !

Bodoh !!!

Itulah ayat yang sesuai menggambarkan media pakatan haram jadah !

Kenapa mereka suka sangat follow jejak orang kapir laknat ni ???

Jom kita tengok dulu "Sejarah Hari April Fool" yang amat-amat dibanggakan oleh pakatan haram jadah ni !!!


Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. 

Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Kebiasaannya orang akan mengatakan bahawa April Fool (yang hanya berlaku pada tanggal 1 April) adalah hari di mana kita boleh menipu kawan, orang-orang tua, saudara-mara atau sesiapa sahaja, dan mangsa gurauan itu pula tidak boleh marah atau beremosi apabila sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool. 

Biasanya si mangsa, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan ketawa bersama-sama atau hanya sekadar pada bengang, bukan betul-betul marah.

Walaupun ia tidak sehebat perayaan tahun baru atau Valentine's Day, budaya April Fool dalam dua dekad ini telah menggambarkan kecenderungan yang semakin menyatu dalam masyarakat ketika ini terutamanya di kalangan anak-anak muda. 

Tidak mustahil jika pada masa akan datang ia akan merebak ke masyarakat perkampungan. 

Ironinya, masyarakat dengan sangat mudah terikut-ikut budaya Barat ini tanpa kajian dan kritikan terlebih dahulu, sama ada adakah budaya itu baik ataupun tidak, atau adakah ia bermanfaat atau sebaliknya.

Perayaan April Fool bermula daripada suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. 

Perayaan April Fool atau dikenali sebagai The April's Fool Day, bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak Sepanyol dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Amirul Jihad, Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi negeri yang makmur. 

Tentera-tentera Islam bukan hanya berhenti di Sepanyol, malah terus-menerus melakukan pembebasan di kawasan-kawasan dalam Perancis. 

Perancis Selatan dengan sangat mudah dibebaskan. 

Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours dan kawasan-kawasan yang lain telah dibebaskan oleh Islam. 

Walaupun tentera Islam kuat, pasukan Islam masih memberi peluang kepada suku Goth dan Navaro di daerah yang berada di sebelah barat di kawasan pergunungan. 

Islam telah memberikan kemakmuran di Sepanyol.


Oleh kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, ramai orang-orang Sepanyol yang kemudiannya dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. 

Umat Islam Sepanyol bukan sahaja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islami. 

Bukan sekadar membaca Al-Qur'an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur'an. 

Mereka sentiasa mengatakan ‘tidak’ untuk arak, pergaulan bebas dan semua perkara yang dilarang oleh Islam. 

Keadaan yang harmoni ini berlangsung selama hampir 6 abad.

Selama itu juga, pihak kafir yang masih berada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat lelah terus berusaha untuk menghancurkan Islam dalam Sepanyol. 

Namun, mereka sentiasa menemui kegagalan. 

Maka dihantarlah sejumlah mata-mata untuk memerhati kelemahan umat Islam di Sepanyol.

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya. 

Maka dalam diam mereka mula menyeludup masuk minuman keras dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. 

Muzik-muzik dipersembahkan bagi melalaikan para pemuda Islam Sepanyol agar lebih suka menyanyi dan menari daripada membaca Al Qur'an. 

Mereka juga mengirim beberapa ulama’ palsu untuk meniupkan idea perpecahan ke dalam tubuh umat Islam di Sepanyol. 

Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai tentera salib. 

Serangan tentera salib dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. 

Bukan hanya tentera-tentera Islam yang dibunuh, malah termasuk masyarakat awam, wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang-orang tua. 

Satu demi satu daerah di Sepanyol ditakluk oleh tentera salib.

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluk. 


Penduduk Islam di Sepanyol ( yang juga dikenali sebagai orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. 

Tentera-tentera salib terus menerus mengejar mereka. 

Apabila jalan-jalan dalam keadaan sunyi sepi, yang tinggal hanyalah sisa-sisa ribuan mayat yang bergelimpangan yang bermandikan darah. 

Tentera salib mengetahui bahawa masih ramai umat Islam di Granada yang masih bersembunyi dalam rumah masing-masing. 

Dengan lantang tentera-tentera salib meneriakkan pengumuman bahawa umat Islam di Granada boleh keluar dari rumah mereka dengan aman dan dibenarkan untuk berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam pada mulanya masih curiga dengan tawaran tersebut. 


Beberapa orang Muslim diizinkan untuk melihat sendiri kapal-kapal layar yang sudah disiapkan di pelabuhan. 

Setelah benar-benar melihat terdapat kapal yang sudah disediakan untuk mereka, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Islam Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, berjalan beriringan menuju ke pelabuhan. 

Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib memilih untuk bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka. 

Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan pantas tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan para penghuninya. 

Api dilihat menjulang-julang ke angkasa setelah mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama-sama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan bersembunyi di dalamnya.

Ribuan umat Islam yang lain terkandas di pelabuhan dan hanya mampu tergamam apabila melihat tentera salib membakar pula kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka untuk keluar dari Sepanyol. 

Kapal-kapal tersebut dengan cepat tenggelam ke dalam lautan. 

Ribuan umat Islam tidak dapat melakukan apa-apa kerana tidak mempunyai sebarang senjata. 

Mereka juga kebanyakannya terdiri daripada perempuan-perempuan dan anak-anak mereka yang masih kecil. 

Tentara salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan arahan dari pemimpin mereka, ribuan tentera salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. 

Jeritan, tangisan dan takbir memecah suasana. 

Seluruh kaum Muslimin Sepanyol di pelabuhan tersebut habis dibunuh dengan kejam. 

Mayat bergelimpangan di merata-rata tempat. 

Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitaman.

Tragedi ini bertepatan pada tanggal 1 April. 

Inilah yang kemudiannya diperingati oleh dunia Kristian apabila tibanya 1 April sebagai April Fool (The April's Fool Day). 

Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan untuk menipu dan berbohong terhadap orang lain. 

Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib melalui cara-cara penipuan. 

Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun diselaputi dengan alasan sekadar sebagai hiburan atau gurauan semata-mata.

Bagi umat Islam, April Fool merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. 

Hari di mana ribuan saudara seiman mereka disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. 

Oleh sebab itu, adalah tidak patut bagi umat Islam untuk turut serta dalam merayakan tradisi ini. 

Sesiapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya sedang meraikan ulang tahun pembunuhan kejam ribuan saudara mereka di Granada, Sepanyol pada 5 abad yang silam.

Jadi, perhatikanlah di sekeliling anda, anak-anak anda dan diri anda sendiri daripada terkena virus jahil April Fool tanpa kita sedari. 

Wallahua’lam....




AZIZAH VS SHAMSIDAR = ANWAR !!!


Ini ada satu kisah perbualan menarik antara sepasang suami isteri dan seorang wanita yang sempat didengari jiran mereka.


Cerita ni aku dapat melalui kiriman email readers kepada aku siang tadi.


Sedikit lucu dan kelakar bila aku baca.. dan aku berpendapat sangat sesuai untuk aku kongsikan kepada semua readers.


Ini adalah satu realiti kehidupan yang seumpama bermadu.


Tapi ini kisah madu yang agak sedikit pahit... Sangat pahit untuk ditelan jika berlaku dalam keluarga anda...


Jom kita baca conversation menarik mereka...




Azizah adalah isteri kepada Anwar dan Shamsidar pula adalah bibik mereka.




Azizah : Hei Shamsidar !! Kemari ko kesini !!

Shamsidar : Ada apaan ni ibu ?

Azizah : Ko ckp betul-betul !! Kenapa ko curi seluar dalam aku ?? (tengking dgn kuat..)

Shamsidar : Mana ada saya ambik bu ! Sumpahhh !!

Si suami yang baru blik kerja terdengar akan kekalutan itu, lalu..

Anwar : Ada apa kecoh-kecoh sangat ni sayang ?

Azizah : Ni, habis seluar dalam saya hilang.. mesti dia yg curi !!

Anwar : Alaa... nanti kita beli lain laa.. dah la..

Azizah : What ?? No !! I beli kat Pavilion tau.. LEVI'S pulak tuu.. bukan 1 tapi 4 helai hilang !!

Anwar : Shamsidar !! Ko ckp benar, ko ada ambik tak ?? (mengherdik garang..)

Shamsidar : Tidak pak.. tidak.. demi tuhan, saya tak curi !! Malahan, bapak kan tahu yang saya ngak pernah pakai Seluar dalam...... 





Hahahahahahahaha........







REALITI OF GLOBAL WARMING DAN APA KAITAN DENGAN ANWAR ?!!!

Dibawah ini adalah satu ramalan....


Yang ini pula (bawah) adalah satu realiti hari ini yang mana hanya Anwar memahaminya...






Sunday, 1 April 2012

MAKIN LEMAS ANWAR BILA RAMAI ANAK MUDA DAH BIJAK BERFIKIR !!!



Ada sesuatu yang I4TT nak share dengan readers semua dari seorang sahabat FB I4TT...


Agak menarik untuk dikongsi dan dibaca... Ini hanyalah pendapat luahan rakyat biasa....


Pada pandangan I4TT ini satu sudut pandangan yang amat bernas dari seorang anak muda...


Sekarang ni pembangkang tengah risau macam beruk kena belacan.. Mana kan tidak... Anak muda sekarang ramai yang telah mula bangkit menentang pakatan haram jadah...


Di Kuala Selangor, Ampang... khususnya di Selangor... semakin ramai anak belia yang telah mula sedar dan bangkit menentang mereka...


Mau tak terkencing Anwar dan konco-konconya... Jangan perkecilkan suara anak muda dan belia !!!


Jom kita hayati kata-kata sahabat I4TT ini...




Seorang kawan yang baru pulang melancong di Bali dok bercerita. Kata dia budak muda tu yang tinggal di Singaraja di Utara pulau Bali terpaksa kerja macam-macam pasal nak tampung dia belajar di sebuah universiti dekat Denpasar.

Budak tu bagitau kat dia, kalau dia tak kerja alamat tak dapat sambung belajar pasal di Indonesia tak ada macam-macam biasiswa atau PTPTN macam budak-budak kita dapat.

Budak tu seronok dengar bila dia bagitau budak-budak Malaysia dapat macam-macam bantuan untuk belajar di sekolah dan di universiti.

Dia dok sembang macam tu pasal kata dia geram juga tengok gelagat sesetengah budak kita yang dah mengada-mengada nak buat demo segala macam nak tuntut PTPTN mansuh dan mau semua free di Dataran Merdeka 14 April ni.

Ni pasal dekat pilihanraya semua naik tocang guna kesempatan nak cekik. Pembankang dok raya sakan tengah nak hasut semua orang tuntut yang itu yang ini... ikut suka hati depa saja

Ni dok janji kalau dapat perintah nak ambilalih jalan tol.. nak mansuhkan tol.

Macam Buku Jingga yang janji nak bereskan segala macam dalam tempoh 100 hari berkuasa.

Banyak yang belum tunai. Antaranya cukai pintu nak turun 20 peratus... cukai premis perniagaan nak turun 10 peratus, perkhidmatan kesihatan percuma untuk wargaemas dan lain-lain.

Kawan orang Selangor tu sendiri mengakui selama ni dia tak ada rasa apa-apa perubahan sejak Pakatan Rakyat perintah.

Bunyi macam guruh... tapi habuk pun tarak. Esok dekat-dekat pilihanraya riuh rendahlah dia orang tabur janji balik

Kawan dari Kedah mengaku sama. Yang Kelantan diam tak bersuara sebab dia selalu dok merungut depa dok telan kosong janji Tok Guru selama lebih 20 tahun dah.

Semua di situ dok angguk tak kisah sangatlah kalau tengok kerajaan negeri pakatan ada buat sesuatu yang hebat sepanjang dah perintah lebih tiga tahun ni.

Ada juga di situ yang mengaku naik muak dengar Anwar Ibrahim punya gelembong macam dok ceramah sana sini.

Kata kawan tu dia hidup sejak Anwar jadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lagi.

Dia tu memang raja cakap saja... dia orang Penang masa dia TPM dan Menteri Kewangan ada apa special dia buat nak bantu atasi masalah Melayu Pulau Pinang... pi le tanya orang Penang tengok

Kesian dok tengok ramai yang dok kena goreng akhir-akhir ini.

Kalau ikut janji depa semua orang boleh duduk goyang kaki hidup free saja.

Bukan susah nak janji macam depa... bagi... bagi dan bagi... untuk menang pilihanraya. Siapa yang tak mahu menang guna modal ayat janji dan janji.

Tentu ada sebab kerajaan tak boleh janji bulan bintang macam depa sebab tau realitinya.

Macam depa minta PTPTN free tu... memang boleh bangkrap kerajaan dibuatnya kerana melibatkan berbillion ringgit.

Kalau dah nak bagi free tak payah bayar balik berapa ramai yang nanti boleh dapat... depa cakap guna air liur memang senang.

Kita di Malaysia kerajaan dah umum tambah subsidi dan harga minyak tak naik... aku tak dengar pun pembangkang kata terima kasih. Depa buat diam saja pasal takut kerajaan dapat kredit.

Ni perangai depa memang tak boleh nak sorok... "katanya.
Katanya bukan saja pasal PTPTN dia jangka lepas ni macam-macamlah demo itu demo ini.

Jangan terkejut kalau depa nanti minta cukai pendapatan pun dimansuhkan.

Bukankah Anwar seorang pakar ekonomi... jadi penasihat ekonomi kerajaan Selangor... hebat betul sampai banyak janji tak tertunai.

BY : Pemerhati Sempoi


Pssstttt... ada akai guna untuk fikir.. jangan letak akai kat Jubur Anwar !!!




FULL VIDEO KEGANASAN PAKATAN HARAM JADAH SIAL DI KUALA SELANGOR !!!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??