Thursday, 5 April 2012

KEMPEN 21 HARI PUNCA RUSUHAN KAUM !!!


Walaupun beberapa tuntutan Bersih 2.0 telah pun diberi perhatian serius oleh SPR dan juga kerajaan, mereka masih juga berdegil ingin mengadakan Himpunan Bersih 3.0 konon kerana tuntutan mereka tidak dipenuhi. 


Sedangkan, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.

Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya. 



Namun, seperti juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka. 


Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.

Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos. 



Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.

SPR juga telah bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal seperti yang dituntut Bersih walaupun ia terbukti punya terlalu banyak kelemahan sepertimana yang berlaku di negara-negara yang menggunakan sistem ini. 



Motif Bersih ingin menggunakans sistem yang lemah dan mudah untuk dimanipulasi ini, amat mencurigakan kita semua. 


Lebih mencurigakan lagi ialah walaupun SPR telah bersetuju dengan penggunaan dakwat kekal, Bersih masih lagi mengulangi tuntutan yang sama dalam demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang mereka pada 28 April ini.

Namun, yang paling mencurigakan sekali ialah apabila Bersih bersungguh-sungguh inginkan tempoh kempen yang lebih panjang dengan minimum 21 hari. 



Apakah kena mengena tempoh kempen dengan proses pengundian yang bersih? 


Bagaimanakah tempoh kempen yang panjang boleh memastikan tiada manipulasi ketika proses mengundi dan pengiraan undi?

Tidakkah Bersih tahu bahawa tempoh kempen 21 hari dalam plihanraya 10 Mei 1969 itulah yang menjadi punca tercetusnya tragedi rusuhan kaum 3 hari kemudiannya iaitu pada 13 Mei 1969 ???

Apakah Bersih tidak belajar dari sejarah atau sengaja ingin mengulangi sejarah? 



Maka tepatlah tekaan kita bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan huru-hara dan rusuhan semata-mata.

Jika dilihat dari himpunan-himpunan yang dibuat oleh Bersih, reformasi, 901, kumpulan Hijau, Dong Zong dan kumpulan-kumpulan yang sewaktu dengan mereka sebelum ini, semuanya hampir atau telah menimbulkan huru-hara dan juga keganasan. 



Walaupun himpunan dibuat dalam masa hanya beberapa jam, namun ucapan-ucapan provokasi dan hasutan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin mereka cukup untuk mengganggu keselamatan dan menggugat keamanan negara.

Bayangkan jika ucapan atau ceramah kempen yang sedemikian diadakan selama 21 hari berturut-turut maka adalah tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang dan mungkin akan berulang dalam skala yang lebih besar.

Dan inilah sebenarnya matlamat Bersih.

Hanya orang-orang dungu sahaja yang sanggup turun berdemonstrasi bersama Bersih kerana tidak menyedari bahawa diri mereka menjadi umpan dan mungkin juga korban, demi sebuah pengkhianatan terhadap negara sendiri.

Dari satu sudut, dengan bekerjasama dengan pembangkang, Bersih telah dengan sendirinya membuktikan yang pertubuhan itu sendiri sebagai tidak bersih.

Manakan tidak, sedangkan dalam pemilihan parti pembangkang sendiri, amalan memanipulasi undi, menipu, mengugut dan pergaduhan dapat ditonton secara ‘langsung’ oleh sekalian rakyat. 



Malah, parti pembangkang juga mengamalkan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan di mana hanya anak-beranak, saudara-mara atau sahabat handai yang rapat dengan kepimpinan atasan yang akan diberikan jawatan tertinggi di dalam parti sama ada secara lantikan terus atau manipulasi undi.

Rasuah politik yang konon ditentang Bersih juga diamalkan secara berleluasa oleh pembangkang sehinggakan parti yang konon memperjuangkan Islam juga kini dikuasai oleh golongan berfahaman liberal, syiah, komunis atau tiada pegangan langsung asalkan dapat wang dan jawatan.

Bagaimana Bersih akan dapat membersihkan apa-apa jika alat pembersih yang digunakan juga amat kotor sekali? 



Bersih seolah-olah cuba mengemop lantai dengan air selut. 


Atau mungkin juga Bersih boleh digambarkan sebagai seekor khinzir ingin menyamak diri sendiri.

Justeru, tidak usahlah Bersih berpura-pura lagi kerana semua orang tahu Bersih adalah tersangat kotor. 



Dengan pengakuan Pengerusi Bersih sebelum ini iaitu Bersih menerima dana dari pihak yang bertanggungjawab melatih perusuh untuk menggulingkan kerajaan yang sah di negara-negara yang strategik di seluruh dunia, sudah cukup untuk membuktikan betapa kotornya pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya.

Akhirnya, semua ini menjurus kepada satu kesimpulan sahaja iaitu Bersih adalah pengkhianat negara. Dan pengkhianat negara adalah sebenarnya sekotor-kotor manusia….



PANTAU JAIS ?!! KENAPA TAK PANTAU DAP ATAU PANTAU JE SI GAGAP NI DAN AL JUBURI ?!!


Kerajaan Negeri Selangor bakal menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menganalisis kajian kekuatan dan kemampuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam membuat sebarang penyelesaian isu-isu berkenaan umat Islam.


Mengambil contoh Isu Gejala Murtad, jawatankuasa ini dibarisi beberapa Pemimpin yang terlibat dalam urusan Pentadbiran Kerajaan Negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi; Pengarah Jais, Datuk Marzuki Husin; Pengarah Penguat Kuasa Jais, Mohamad Rais Rashid; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Osman selaku Pembantu Exco Agama Islam.

Jawatankuasa tersebut turut dibantu 2 pegawai Undang-Undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Beliau turut berkata, Anggota Jawatankuasa ini juga akan memantapkan lagi Peranan JAIS bagi mencari jalan penyelesaian dengan lebih efektif dan holistik. Satu pembentangan akan dipersembahkan kepada MAIS sebelum membawa perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kerajaan Negeri berpendapat jawatankuasa ini akan memberi penambahbaikan kepada Jais dalam peranannya untuk mengangkat martabat agama Islam terutama setelah wujudnya ‘cakap-cakap’ (kononnya ada) cubaan memurtadkan umat Islam (sebagaimana didedahkan) menerusi pendedahan video. Dakwaan ini dibuat dengan cara yang memberi gambaran seolah-olah boleh berlaku satu kegemparan jika tidak ditangani secara bijak oleh pihak berwajib,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Abdul Khalid menjelaskan Jawatankuasa iniyang dibarisi individu yang rata-rata berlatarbelakang bidang Perundangan Syariah amat rasional ditubuhkan berdasarkan rekod bukti yang amat lemah dalam mengbangkitkan isu-isu berkaitan.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan niat baik pihak tertentu yang mempertahankan kesucian Islam. Tetapi tidak boleh membenarkan mana-mana pihak menyalahgunakan pendirian ini untuk melakukan apa-apa yang boleh memberi impak negatif kepada keharmonian kaum di Selangor dan Malaysia amnya,” katanya.

Sebelum ini, bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali telah membangkitkan isu berkaitan Gejala Murtad yang semakin menular di Negeri Selangor. Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri mempertikai tindakan beliau kerana didakwa tidak disertakan berdasarkan bukti yang jelas.


Sumber : KL Pos



RAIS YATIM JAWAB ISU PERSEMBAHAN BALLET !!! MALAYSIAN INSIDER KENCING !!!


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini menafikan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) telah menolak permohonan daripada sebuah kumpulan ballet Singapura, dijadual membuat persembahan di sini hujung minggu ini.

Beliau menegaskan tiada permohonan dikemukakan oleh mana-mana pihak untuk meminta kebenaran bagi mengadakan persembahan, dengan itu isu pembatalan atau penolakan langsung tidak timbul.

Beliau mengulas laporan dalam Straits Times Singapura yang memetik pengarah artistik Singapore Dance Theathre, Janek Schergen sebagai berkata permohonannya bagi mengadakan persembahan ballet di Kuala Lumpur Performing Act Centre (KLPAC) ditolak oleh Puspal atas alasan kostum yang menjolok mata.

"Tidak wujud langsung soal pembatalan atau penolakan. Dan sekiranya orang atau pihak terbabit mahu memberikan nota makluman kepada kami, kami sedia membantu," kata menteri itu kepada pemberita di Angkasapuri di sini hari ini.

Rais berkata kumpulan ballet itu patut dibenarkan mengadakan persembahan seperti dirancang dan rakyat Malaysia bebas untuk menyaksikan persembahan itu.

Beliau berkata sepatutnya tiada masalah untuk penganjur memperoleh permit asalkan mereka mematuhi garis panduan berpakaian.

"Saya fikir terdapat cara tertentu apabila anda memakai pakaian, anda tidak dedahkan semuanya.

"Tetapi jika ianya kelihatan agak menonjol, apa yang salah mengenainya.

Maksud saya ballet dengan gaun besar tidak sesuai, bukankah begitu?" katanya.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Kebudayaan), Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata laporan berita yang turut dipetik dan disiarkan di portal The Malaysian Insider itu tidak berasas dan tidak tepat.

Katanya, KLPAC yang diwakili oleh Tan Hong Lit hanya bertindak mengemukakan permohonan pada 12.30 tengah hari, hari ini di kaunter Puspal.- Bernama

SIAPA KATA AZIZAH DAN SHAMSIDAR BAIK DAN MESRA ?!! AUTA JE LEBIH !!!


Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh laman pembangkang, Suara Pakatan Rakyat, kononnya Wan Azizah dikhabarkan akan mengadakan sidang media bersama dengan Shamsidar Taharin minggu depan bagi membersihkan nama masing-masing yang dikaitkan dengan kisah cinta empat segi senget antara Anwar, Azizah, Azmin dan Shamsidar. 

Sebagai pemerhati politik, I4TT sekadar ingin menasihat para penyokong PR agar tidak terlalu menaruh harapan yang sidang media itu akan menjadi kenyataan. 

Semua tu auta je lebih... 

Sudah terlalu banyak kali penyokong-penyokong PR dihampakan dengan adegan-adegan ‘stunt’ tak jadi oleh pemimpin-pemimpin mereka. 

Bermula dari saman terhadap Chandra Muzaffar dan kini Nallakarupan yang difail tetapi tidak diserahkan, sehinggalah kepada keengganan menjelaskan ke mana hilangnya jam Omega, mengacah konon ingin bersumpah dan penubuhan kerajaan 16 September, maka I4TT rasa cukup-cukuplah penyokong-penyokong PR diperdaya. 

Semua pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat tahu bahawa Wan Azizah dan Shamsidar sudah lama tidak bertegur sapa. 

Semua orang tahu, Wan Azizah tidak akan menghadiri program di mana Shamsidar juga menghadirinya. 

Sekiranya mereka terserempak, mereka akan bermasam muka. 

Ketegangan antara mereka sudah tidak boleh disembunyikan lagi. 

Itu hakikat !!!

Wan Azizah juga tidak begitu ‘ngam’ dengan Azmin dan cukup menyampah apabila pada suatu ketika dulu, Azmin gemar benar memakai baju yang sama dengan Anwar, suaminya. 

Maka, untuk seorang penulis di Laman Suara Pakatan Rakyat yang cuba menipu kita dengan kisah dongeng keakraban kedua wanita ini menunjukkan betapa Pakatan Rakyat kini bagaikan lemas dalam peluru yang bertali arus sama ada ditembak musuh atau tertembak sendiri tanpa sengaja.

Pada I4TT, ia hanyalah satu langkah coverline yang kurang cemerlang !

Jika benar Wan Azizah dan Shamsidar akan membuat sidang media bersama, kenapakah berita ini tidak datang dari kedua-dua mereka sendiri dan dilaporkan oleh media rasmi mereka ? 

Kenapakah hanya Laman Suara Pakatan Rakyat yang menghebahkannya?

Malah mereka juga berdiam diri apabila khabar kononnya Umi Hafilda mempunyai bukti bergambar hubungan Anwar-Shamsidar dihebahkan oleh laman yang sama.

Nampak sangat ini adalah usaha terdesak PR untuk menangkis peluru yang dilontarkan Nallakarupan. 

Tentu sekali PR sedar, jika tiada langsung usaha untuk menjawab persoalan mengenai hubungan intim Anwar-Shamsidar atau hubungan dingin Azizah-Shamsidar maka rakyat akan melihat bahawa kisah cinta 4 segi senget lagi songsang keluarga mereka adalah benar belaka. 

Perkembangan ini meletakkan PR dalam keadaan serba tak kena. 

Jika didiamkan maka penyokong akan mula meragui mereka, tetapi jika diberi respon maka mereka mungkin akan terjerat diri sendiri. 

Kerana itu, penulis yakin, sidang media Azizah-Shamsidar tidak akan berlaku. 

Ia hanyalah propaganda politik sementara menunggu idea baru untuk menangkis isu.



AZMIN BANYAK MAKAN SEMUT !!! TU LA KAYA SANGAT SAMPAI LUPA NILAI KEKAYAAN !!!


Azmin Ali kekasih hati Anwar bakal disiasat oleh pihak SPRM.

Ketika beliau menjadi setiausaha politik Anwar di Kementerian Kewangan, Azmin dikatakan telah banyak mengaut dan merompak wang rakyat.

Jutaaan ringgit dicuri, malah dalam usia yang muda pada ketika itu beliau mampu memilik pelbagai aset aset mewah.

Azmin sebelum ini begitu angkuh bercakap soal intigriti dan rasuah, tetapi sebagai munafik dan hipokrit didikan Anwar kesemua itu semata mata mahu metutup segala kerja jahat mereka menyamun dan merompak wang rakyat. 

Dahulunya yang banyak melarikan wang negara, menyapu bersih segala macam projek kerajaan adalah kroni kroni Anwar sendiri.

Hari ini dibuktikan bagaimana Azmin sebagai kroni Anwar menjadi kaya raya.


Tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meminta angka yang tepat mengenai pemilikan saham jutaan ringgit yang dikatakan milik beliau dan isteri, Shamsidar Taharin membuktikan dakwaan tersebut adalah benar.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, Azmin mungkin 'terlupa' mengenai angka yang tepat berhubung jumlah saham beliau dan Shamsidar kerana mereka sudah memiliki kekayaan bernilai jutaan ringgit tetapi rakyat tidak lupa.
Beliau sentiasa bersedia untuk menghilangkan tabiat 'pelupa' Timbalan Presiden PKR itu melalui bukti-bukti sahih transaksi pembelian saham bernilai RM2 juta dan pemilikan akaun RM8 juta atas nama Azmin, Shamsidar serta proksi mereka. - Utusan

Sumber : KGC


JUMLAH PENGUNDI TELAH MENINGKAT !!! PAKATAN GUNDAH GULANA, TAKUT KE ?!!


DAP dan pakatan pembangkang begitu resah melihat jumlah pengundi baru meningkat.

Sebelum ini merekalah paling banyak mendaftarkan pengundi.

DAP adalah parti paling banyak dinegara ini mendaftar pengundi baru.

Sebenarnya akhir akhir ini pihak pakatan pembangkang membuat tindakan preamptive, mereka sedar pada PRU13 nanti kekalahan sudah pasti.

Maka mereka mahukan membina persepsi dan alasan kononnya proses mengundi tidak bersih.

Proses mengundi yang ada dinegara kita adalah paling terbaik dan telus, masakan tidak pakatan mampu untuk menang 5 negeri semasa PRU12.

Apa yang boleh kita lihat, pakatan sebenarnya takut kepada bayang bayang sendiri, selama 4 tahun selepas PRU12 banyak pendedahan dan penyelewengan mereka didedahkan kepada umum.

Sokongan kepada mereka pada PRU12 bukanlah bererti rakyat itu benar benar menyokong mereka.

Sebaliknya ia hanyalah sebagai undi protes.

Melihat kepada situasi ini, laporan dan pelbagai macam lagi analisis yang dibuat oleh para perancang parti pakatan.

Mereka sudah awal awal lagi mengaku kalah maka untuk menangkan secara persepsi maka mereka perlu memainkan sentimen dan menyebarkan dakyah.

Perancangan Bersih 3.0 adalah sebahagian untuk justifikasi kononnya kemenangan BN pada PRU13 nanti melalui proses pengundian yang tidak telus dan penipuan.

Mereka merancang lebih awal untuk membangkitkan dakyah bahawa kekalahan pakatan pada PRU13 disebabkan penipuan. 

Maka selepas itu satu perancangan untuk membuat revolusi oleh pengkhianat negara dihalalkan. 

Ini semua berlaku seperti mana yang dirancang oleh NDI, KAF dan IRI 3 NGO yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak CIA dan Yahudi.

Kita harus peka dan tidak alpa dengan perancangan jahat pakatan.

Selamatkan Malaysia daripada pakatan jahat.


Pakatan pembangkang khususnya DAP tidak mempunyai sebab untuk merasa bimbang dengan sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tan Chai Ho berkata, pembangkang tidak seharusnya tergugat dengan peningkatan jumlah pengundi kawasan mereka kerana isu serupa juga terjadi di kawasan yang diwakili Barisan Nasional (BN).
"Mereka tidak seharusnya berasa tergugat atau bimbang, sebaliknya gembira kerana masyarakat Malaysia kini sudah semakin sedar tanggungjawab mereka dalam menentukan hala tuju negara.
"Isu mereka bangkitkan sebenarnya hanya menunjukkan sikap hipokrit yang dimiliki kerana perkara sama turut berlaku di kawasan BN," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Isu itu dibangkitkan wakil rakyat pembangkang di Parlimen yang merujuk peningkatan mengejut jumlah pengundi di kawasan yang diwakili mereka, antaranya 35 peratus di Subang, 29.5 peratus di Kota Raja dan 25 peratus di Puchong. - Utusan

Sumber : KGC


BERANI KE GUAN ENG BERTANDING DI REMBAU ?!! MANA MAUNYA SI RASIS TU BERTANDING TEMPAT MAJORITI MELAYU !!!


Sering kali DAP bercakap besar tentang perjuangannya yang konon tidak bersifat perkauman dan boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum.


DAP galak menuduh semua pesaingnya sebagai perkauman, perjuangan sempit dan patut ditolak. 



Bersama-sama PKR dan PAS, DAP menjelajah seluruh negara berceramah di atas pentas PAS/PKR untuk menjual konsep multiracialnya itu (Malaysian Malaysia).


Tak cukup pentas ceramah, siap dibawa oleh PAS dalam surau dan masjid !

Setakat berceramah di atas pentas PAS dan PKR belum cukup untuk menunjukkan DAP mampu membela orang Melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia. 



Yang lebih penting membuktikan bahawa DAP itu parti yang sememangnya multi racial dan boleh diterima semua lapisan rakyat Malaysia tidak kira bangsa.

Oleh itu, kita cabar pemimpin utama DAP seperti Lim Guan Eng supaya turun bertanding di Parlimen Rembau yang populasi orang melayu melebih 80% ini atau mana-mana kawasan parlimen yang majoriti melayu melebihi 70% bagi membuktikan apa yang dicakapkannya selama ini mengenai perjuangan multiracial DAP.


Agaknya berani ke tidak?


Tak ada gunanya pemimpin utama DAP seperti Guan Eng bertanding di kawasan selamat orang Cina tapi kemudiannya menjaja konon DAP tidak perkauman. 



Kalau ada "EGG", kita cabar semua pemimpin utama DAP untuk bertanding dikawasan majoriti orang Melayu pula bagi menunjukkan sememangnya DAP adalah parti berbilang kaum dan konsep perjuangannya diterima rakyat Malaysia.

Langkah yang sama boleh dituruti oleh Pas yang megah dengan slogan ‘Pas For All’ nya. 



Nik Aziz cubalah bertanding kawasan majoriti orang bukan Islam di Kelantan (kalau ada), begitu juga Hadi Awang, boleh cuba bertanding di kawasan majoriti Cina seperti Parlimen Bagan contohnya.

Perlembagaan Malaysia tidak menghalang orang Kelantan atau mana-mana negeri bertanding di mana-mana tempat dalam Malaysia asalkan memenuhi syarat-syarat yang diperlukan sebagai calon. 



Guan Eng dah membuktikan ini bila bertanding di Pulau Pinang walaupun lahir dan dituakan di Melaka.

Kenapa Nik Aziz dan Hadi Awang tidak?


Kalau eksperimen ini berjaya, bolehlah kita bubarkan semua parti-parti yang berasaskan perkauman seperti MCA, MIC dan UMNO sebab nampak sangat rakyat Malaysia sudah menolak politik berasaskan kaum yang didokong parti-parti ini.


Tiga parti utama BN yang disebutkan itu memang parti berasaskan perkauman, dah “declare” dari dulu pun. 



Kalau mereka bertanding dikawasan majoriti kaum masing-masing, itu memang patut. 


Berbanding dengan DAP yang sering kali mendakwa dirinya pelbagai kaum.

Perlu diingat ya, kalau eksperimen ini tidak berjaya, kita bubar DAP sebab jelas sekali rakyat Malaysia masih perlukan corak politik yang sebegini dan tiada siapa boleh menafikan kehendak rakyat ini.


Soalan penting, sanggup ke DAP? 



Kalau tak sanggup, nampak sangat DAP parti hipokrit seperti yang disebut oleh Naib Presiden MCA, Dato’ Wira Chor Chee Heung.

Dalam menggesa konsep politik berasaskan kaum ini dihapuskan, majoriti pemimpin utama DAP sendiri bertanding d ikawasan selamat kaum masing-masing, terutama sekali kawasan Cina.


Ini juga bersesuaian dengan slogan DAP “Jom Ubah”. 



Mari kita mulakan dengan DAP dulu ya dengan mengubah pendekatan meletakkan calonnya bertanding dikawasan selamat kaum masing-masing.


Dah lama aku tunggu Kit Siang bertanding di Parlimen majoriti Melayu pernah aku cabar dalam entri aku seblum ini !


Kit Siang nak bertanding kat Kampar buat pe, bertanding la kat tempat Rafidah atau Tajuddin kalau ada "egg" !


Nizar Lilin dari PAS boleh bertanding kat Kampar lawan calon MCA kalau ada "egg" !







ALAHAI BERUK MAK YEH !!! ADA BERUK DALAM KALANGAN PEMBANGKANG !!!


Memalukan !

Itulah reaksi pertama yang dapat aku gambarkan terhadap peristiwa semalam yang berlaku di dalam Parlimen.

Aku tak tahulah berapa umur puak-puak ni yang jadi Ahli Parlimen dan berada dalam institusi paling tinggi sekali di Malaysia ni. 

Yang nyata, level mentaliti dan pemikiran mereka ini tidak ubah seperti kanak-kanak down syndrom malah rasanya lebih baik lagi kot kanak-kanak down syndrom ini jika dibandingkan dengan mereka ni.

Jom la kita saksikan sedutan dari Parlimen semalam...


Sungguh-sungguh memalukan !!!

Apakah rakyat telah benar-benar membuat pilihan yang tepat pada PRU-12 yang lepas ???

Pada pandangan aku... TIDAK !

Kekecohan ala-ala beruk mak yeh ni, adalah berpunca dari pihak pembangkang yang tidak berpuas hati terhadap 4 daripada 22 laporan PSC ini.


Pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili kesal dengan tindakan pembangkang yang didakwanya cuba mempolitikkan laporan PSC.
Katanya, perkara yang ditimbulkan pembangkang pernah dibangkitkan dan dibincangkan dalam jawatankuasa dan sudah pun mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan sewajarnya.
Pembangkang menafikan dakwaan ahli jawatankuasa PSC tidak memberi ruang untuk memuatkan laporan minoriti berhubung perkara asas pilihan raya, Maximus berkata perkara itu sudah diputuskan melalui undi belah bahagi.
Isu yang dibangkitkan adalah 42,000 pengundi ragu yang tidak mempunyai kad pengenalan dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pendedahan Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (Mimos) yang mengesan 80,000 pengundi berkongsi alamat sama.
Menurutnya lagi jawatankuasa PSC pernah memberikan ruang kepada Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli mengemukakan cadangan alternatif tersebut dalam setiap isu yang ditimbulkan.
Kenapa dah sampai peringkat akhir tiba-tiba kata PSC gagal tunai tanggungjawab? 18 daripada 22 tuntutan itu kita penuhi, maknanya 82 peratus kata sepakat dicapai, adakah ini yang anda kata kita gagal?"
"Saya sedih jika isu ini digunakan untuk kepentingan politik sedangkan dah peruntukkan banyak masa untuk tubuhkan PSC. Kita mesti berfikiran wajar. Tolonglah jangan timbulkan isu ini hanya atas sebab kepentingan politik. Cadangan itu tidak mampu diselesaikan dalam sekelip mata, perlukan masa.," katanya kepada pemberita dilobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian susulan kekecohan pada Pembentangan PSC yang dibacakan beliau petang tadi. Barisan Ahli Parlimen Pembangkang didakwa tidak berpuas hati dengan 4 daripada 22 laporan yang dibangkitkan menerusi PSC dan beberapa Ahli Parlimen termasuklah Azmin Ali (PKR - Gombak) bangun mahu satu laporan manoriti disertakan. - KL Pos

Jom dengar pula ulasan dari YB P. Kamalanathan..


Ape sekalipun, kita ni dalam negara demokrasi. Setiap sesuatu diambil berdasarkan keputusan majoriti.

Dimanakah akal pembangkang ???

Aku malu betul nak mengaku, puak-puak pembangkang ni Ahli Parlimen di Malaysia. Sikap macam ni, bukan sahaja memalukan tetapi menjijikkan !

Sekali lagi aku nak korang fikirkan, apakah betul pilihan yang korang pilih untuk berada di Parlimen ni ??? Adakah anda nak meneruskan pilihan ini ???

Kalau begini perangai puak pembangkang, sampai bila-bila lah Malaysia ni tak akan maju ! Mentaliti mereka ni pun boleh dikategorikan MUNDUR !

Aku harap pengundi tak akan simpan manusia murahan yang rendah tahap pemikiran dan mentaliti ni pada PRU-13 yang bakal menjelang !


Sumber : KGC



Wednesday, 4 April 2012

DISEBALIK SATU HUBUNGAN ISTIMEWA SESAMA JANTAN !!!



Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli kini menjadi anak emas Ketua Umum, Anwar Ibrahim.

Apa tidaknya, saban hari ada sahaja berita mengenai anak muda berusia 34 tahun ini mencuri berita sensasi muka depan media, blog-blog dan laman web-laman web pembangkang.

Di kalangan pemimpin PKR dan sesetengah tokoh Pakatan Rakyat, Rafizi kini dilihat sebagai hero.

Nama beliau mula mendapat perhatian setelah memainkan isu projek penternakan lembu National Feedlot Corporation sehingga di beri nama jolokan 'Mr NFC'.

Malah Anwar menatang beliau bagaikan minyak yang penuh sehingga melantiknya sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan gaji nag dikatakan mencecah lebih RM30,000 sebulan.

Penonjolan beliau yang dikatakan agak berlebihan sehingga membayangi tokoh-tokoh parti lain yang tidak kurang hebatnya dikatakan telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.

Walaupun dihadapan Anwar mereka menunjukkan sikap hipokrit dengan budaya cium tangan, namun di belakang pemimpin kedengaran suara kutuk mengutuk, sindir menyindir yang ditujukan kepada Anwar dan Rafizi. 

Untuk memahami kenaikan mendadak Rafizi dalam PKR, harus difahami sedikit sejarah dan latar belakang hubungan Rafizi dan Anwar terlebih dahulu.

Rafizi mula mendapat perhatian Anwar ketika bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (dimana Anwar juga pernah menuntut) itu melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun 1995 atas biasiswa Petronas.

Bagaimana detik pertama pertemuan atau jalinan hubungan Anwar dengan Rafizi tidak berapa jelas namun ketika Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, pernah dikatakan beliau meluru menaiki pesawat untuk menemui Rafizi di London setelah mendapat "panggilan cemas" dari anak muda kelahiran Terengganu itu.

Apa yang menyebabkan Anwar meninggalkan tugas dan tanggungjawab rasminya kepada negara untuk berjumpa dengan budak berumur 19 tahun ketika itu tidak pula diketahui.

Apa yang diketahui Anwar begitu mengambil berat terhadap Rafizi yang ketika agak "cute" dan pria yang manis mukanya.

Mungkin sebab kepandaian Rafizi dalam bidang akademik yang menjadi tarikan kepada Anwar.

Namun timbul tanda tanya apabila Anwar sanggup men'sponsor' majlis makan sempena perkahwinan Rafizi di kediamannya di Bukit Segambut kira-kira 4-5 bulan lalu.

Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Anwar terhadap mana-mana pimpinan PKR yang lain sehingga timbul cakap-cakap belakang mereka yang hadir pada majlis tersebut, "Aku kahwin dah le dia (Anwar) tak datang, inikan pula nak sponsor, perggh hebat Rafizi!" begitulah lebih kurang gosip ahli-ahli PKR.

Pemilihan parti dua tahun lalu, Anwar mahukan Rafizi menggantikan Shamsul Iskandar sebagai Ketua AMK, namun Rafizi terpaksa undur kerana Shamsul tidak mahu mengalah.

Ini menyebabkan hubungan Anwar dan Shamsul dingin semenjak itu kerana tidak mahu memberi laluan kepada anak emasnya.

Sebagai ganti, Anwar melantik Rafizi sebagai ketua stafnya di pejabat beliau dan melantiknya ke salah satu jawatan yang amat penting dalam parti iaitu Pengarah Strategik.

Sejak itu Anwar seolah-olah hanya mengharapakan Rafizi seorang sahaja dalam PKR untuk mengadakan sidang media, mengeluarkan kenyataan akhbar dan sebagai jurucakap parti.

Tenggelam semua pemimpin parti yang lain termasuk Azmin, Shamsul, Saifuddin, Zuraida, Nurul Izzah di bawah bayangan Rafizi. 

Mungkin juga Anwar sedang merancang untuk menaikkan rafizi ke posisi yang lebih tinggi di dalam parti.

Dengar khabarnya, kawasan parlimen Pandan yang sekian lama menjadi idaman Zakaria atau Zek (bekas pengurus bolasepak Selangor sehingga dipecat oleh Khalid Ibrahim) telah dengan senangnya diberi kepada Rafizi.

Setelah lebih 10 tahun bertungkus lumus membina kekuatan dan sokongan parti di kawasan itu, semua jasa dan sumbangan Zek dicampak oleh Anwar begitu sahaja tanpa sebarang rasa terima kasih dan pengiktirafan kepada seorang pejuang parti.

Inilah cara PKR menghargai sumbangan dan penat jerih penyokong-penyokongnya - guna dan buang!



DONG ZHONG KANTOI TIPU ORANG CINA !!! APA PULA PENIPUAN SELEPAS NI ?!!


Sia-sia saja Dong Zhong ke hulu hilir mendabik dada sebagai pejuang masa depan pendidikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina apabila pengerusinya, Yap Sin Tian kantoi menipu taraf pendidikan malah lebih memalukan lagi bila menggunakan gelaran "Dr" hasil dari membeli ijazah palsu.

Sekurang-kurangnya tiga tahap pendidikan milik Yap Sin Tian diperolehi dari Kensington Universiti yang hanya beroperasi dari sebuah rumah kedai tanpa bilik kuliah dan telahpun diarahkan tutup oleh pihak berkuasa California pada 1996.

Rata-rata komen pembaca internet di forum, facebook dan portal berita yang baru menyedari penipuan Yap Sin Tian itu telah mengutuk & mengecamnya selepas pendedahan oleh sebuah blog stopthelies.my.
"He portrays himself as if he is a man of high integrity, high accountability and principles. In short, a man in defence of Chinese education.
But we have enough evidence to prove that behind his beefed up image, is man who is dishonourable and deceitful. He has no qualms of buying his doctorates from the Internet". (stopthelies.my)

Sehingga kini tiada penjelasan lanjut diberikan oleh Yap Sin Tian mahupun NGO yang yang diketuainya walaupun sejak semalam para wartawan cuba mendapatkan komen berkenaan isu ini.


Malah pemimpin pembangkang PR yang sebelum ini kerap berdamping erat dalam mana-mana acara anjuran Dong Zhong juga cuba mengelak diri dari menyentuh isu tersebut kerana khuatir imej buruk yang sudah terpalit pada Dong Zhong akan turut mempengaruhi sokongan pengundi Cina untuk PR.

Sikap pemimpin PR itu tidak sukar untuk difahami memandangkan sokongan mereka kepada Dong Zhong sebelum ini pun lebih kepada usaha untuk meraih undi kaum Cina yang diketahui cukup sensitif berkaitan isu pendidikan Sekolah Cina.

Dalam pada itu, adalah wajar untuk Dong Zhong segera tampil menjelaskan kepada umum bagaimana seorang yang menipu taraf pendidikannya boleh dibenarkan mengetuai sebuah pertubuhan yang cukup keras mempertahankan pendidikan kaum Cina?

Jika Dong Zhong menganggap penipuan sebegini sebagai perkara yang remeh temeh atau cuba menutup kebenaran, ianya adalah satu perbuatan biadap yang menghina kaum Cina yang selama ini ramai antara mereka telah menyokong gerakan yang dilaksanakan oleh Dong Zhong.

Kita harap selepas ini masyarakat Cina akan lebih berhati-hati dengan NGO-NGO seperti Dong Zhong dan tidak mudah terpedaya dengan retorik perkauman yang mereka laungkan. 

Jika dalam hal taraf pendidikan sendiri pun ada yang berani menipu pencapaiannya, tidak mustahil agenda yang diperjuangkan juga hanya bersifat populis dan retorik semata-mata.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??