Friday 2 March 2012

PANAS !!! RAIS YATIM LETAK JAWATAN ?!!! FARID MENTERI PENERANGAN KOMUNIKASI KEBUDAYAAN BARU !!!


Dulu aku okey jugak dengan Farid Ridzuan ni. Sebab dia diluar bidang politik. Dia dikenali sebab Media Prima. Bangga la juga aku tengok mamat ni, antara anak Melayu yang berjaya.

Tapi pada hari ini... aku nak nasihatkan kat Datuk Farid, kembali lah ke dunia glamour anda. Jangan sibuk nak sabotaj kami blogger-blogger yang anda sifatkan BODOH tangani isu. Siapa yang sebenar-benarnya BODOH tangani isu ni ???

Adakah Farid Ridzuan bercita-cita untuk menjadi Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan yang baru... Jahanam lah Najib macam tu... Rais kena cari portfolio baru ler macam ni... Semua street blogger dah boleh tapau blog...

Farid ni tau ke blog tu apa... apa ek nama blog dia ni... berapa banyak posting dia yang back up dasar-dasar kerajaan dalam facebook... berapa banyak dia punya tweet yang membantu ubah persepsi pembangkang dan rakyat berhaluan kiri terhadap Najib dan Kerajaan... dan... apa pula sumbangan si Farid ni dalam menangkis dakyah pembangkang ???

Sebagai contoh;

Kes kat penang baru-baru ni, bila pihak media tv start blast isu.. apsal ambil masa 2 hari baru nak tayang kat tv...???

Ini pun dah cukup membuktikan... street blogger macam kami ni lagi efficient dari media TV... Baik blogger-blogger yang disifatkan BODOH ini yang jaga media TV ! Confirm berita on time dan tak ada nak delay sampai 2 hari !

Adakah ini satu lagi PARASIT ??? 


APA agenda sebenar yang Farid Redzuan sedang rancangkan hingga begitu sekali beliau dikatakan mempertikaikan peranan yang dimainkan oleh bloger yang pro UMNO dan juga kerajaan sehingga tanpa segan silu `menyerang’ kerja-kerja pemain di ruang maya ini dan menyelar kononnya bloger-bloger pro kerajaan dan UMNO ini sebagai bodoh dalam menangani sesuatu isu?

Beliau sedar atau tidak betapa seksa dan sengsaranya bloger pro UMNO dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan parti serta kerajaan yang difitnah oleh pembangkang sedangkan dalam masa yang sama tidak ramai pemimpin, Menteri, Timbalan Menteri dan juga pegawai-pegawai Pejabat Perdana Menteri turut sama seiring dan sederap bersama bloger mempertahankannya hingga ada dari kalangan blogger tersilap arah hingga menyerang sesama sendiri?

Farid Redzuan sedar atau tidak hingga ada blogger dan juga pemain media baru berdepan dengan tindakan saman pihak pembangkang walaupun mereka memperkatakan yang benar dan apa bantuan yang kumpulan dari Pejabat Perdana Menteri berikan? Nasib mereka jarang dibela tetapi demi mempertahankan kerajaan dan juga agama, bangsa dan negara, mereka ini sanggup menelan segala risikonya. Mereka terus berjuang walaupun yang berjawatan kenyang dengan gaji besar serta jawatan yang tinggi.

Farid Redzuan juga dikatakan tidak senang dengan RTM yang dianggapnya ketinggalan dalam menyalurkan maklumat hingga beliau membuat perbandingan antara RTM dengan rangkaian TV milik Media Prima serta Astro dan adakah Farid sebenarnya sedang bercita-cita untuk mengambil alih RTM yang selama ini menjadi lidah rasmi kerajaan, yang Farid mungkin tidak reti bezakan peranan antara stesen TV berbayar dengan stesen TV milik penuh kerajaan ini.

Farid Redzuan yang dikeluarkan dari TV3 untuk dilantik sebagai Penasihat Komunikasi Pejabat Perdana Menteri dilihat sebagai hilang fokus serta tanggungjawabnya menasihati apa sahaja peranan media terhadap aktiviti ataupun peranan Perdana Menteri di mata rakyat dan dunia malah kehadirannya dalam pejabat Perdana Menteri setakat ini dilihat tidak banyak membantu untuk mengangkat promosi Perdana Menteri.

Fraid Redzuan hanya dilihat berjaya menjadi Penasihat Fesyen kepada Perdana Menteri dan juga isteri apabila Najib dan Rosmah berjaya diangkatnya sebagai model kepada fesyen-fesyen pakaian terkini yang berjenama tetapi malangnya sebagai Perundinbg Media, beliau nyata gagal termasuklah menangani isu Najib di Pesta Ponggal di Klang baru-baru ini, cetakan gambar dalam Utusan Malaysia bilamana Najib dilihat menunggu Rosmah di tangga kapal terbang serta banyak lagi kegagalan Farid yang berkaitan dengan media dalam negara ini dari sudut berita ataupun gambar-gambarnya.

Gambar ini dkontraversikan-mana peranan Farid?

Bila Farid Redzuan dikatakan membentang kertas cadangannya di mesyuarat kabinet, Farid sebenarnya sudah pun menyimpan hasrat yang mungkin beliau sahaja yang tahu jahat atau baik kerana selain mahu mengawal selia RTM beliau juga dilihat cuba mempengaruhi Perdana Menteri dan kabinet untuk menyokong bagi menubuhkan satu pasukan cybertrooper yang beliau sendiri kendalikan walaupun sebenarnya beliau sendiri tidak aktif berBlog, berFB ataupun berTweeter.

Sebagai melengkapkan agenda peribadinya, beliau menyerang secara halus peranan-peranan yang dimainkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab baik yang bergaji ataupun tidak dan pasti serangan Farid Redzuan itu tertumpu kepada Kementerian tertentu, Menteri-Menteri tertentu dan semua agensi yang berkaitan.

Membandingkan antara RTM dengan TV3 ataupun Astro bukan satu tindakan yang cukup bijak dan terpimpin kerana stesen-stesn ini mempunyai pandangan ataupun dasar tersendiri dan sebagai contoh TV3 ataupun Astro, kedua stesen ini merupakan stesen komersial yang lebih mementingkan keuntungan daripada bertanggungjawab secara total menggerakkan dasar-dasar kerajaan. Pun kita tidak nafikan stesen ini turut sama mempromosikan kerajaan walaupun sedikit sahaja peratusnya.

Ini pun dikontraversikan.Farid buat apa?

Atau adakah tujuan pembentangan tersebut untuk memperlekehkan peranan yang dimainkan oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan Dan Komunikasi yang selama ini menggunakan RTM semaksimum mungkin untuk memperjelaskan segala dasar kerajaan yang dibawa oleh Najib dan juga mempromosikan secara meluas Gagasan 1Malaysia serta program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Ataupun Farid Redzuan dijadikan alat oleh orang lain yang selama ini mempunyai cita-cita untuk bergelar Menteri ataupun mahu menguasai RTM itu dan pada Farid sendiri, tidak salah kalau beliau bercita-cita untuk menjadi Menteri ataupun mengkomersialkan RTM itu seperti stesen TV lain tapi Farid Redzuan harus mengenalpasti dulu kawasan pilihanraya mana yang beliau mahu tandingi, menang dan mempengaruhi Najib untuk melantik beliau sebagai Menteri.

Farid Redzuan seharusnya berterima kasih kepada peranan yang dimainkan oleh bloger-bloger pro UMNO dan kerajaan ini kerana banyak membantu dan memudahkan tugas-tugas beliau sebagai Perunding Media di pejabat Perdana Menteri malah beliau tidak sepatutnya memperlekehkan usaha-usaha keras bloger-bloger ini mempertahankan parti, kerajaan dan Perdana Menteri dan seharusnya beliau berterima kasih.

Kalutnya pentadbiran di Pejabat Perdana Menteri ini apabila dilantik pegawai-pegawai untuk menyelaraskan kerja-kerja Pejabat Perdana Menteri bukan daripada kalangan orang-orang yang tahu serta cerdik pandai dalam politik kepartian dan kebanyakan yang terlantik adalah dari kalangan individu yang menggunakan hubungan rapat dengan Perdana Menteri untuk mencari tempat dalam politik dan bergelar ahli perniagaan ataupun broker yang kaya raya.

Media khianti peranan PM..!

Farid Redzaun tidak sepatutnya mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Idris Jala dan kita percaya kalau beginilah sikap Farid Redzuan sebagai Perunding Media di Pejabat Perdana Menteri itu, elok sangatlah beliau letak jawatan kerana ternyata beliau gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

Pejabat Perdana Menteri bukan untuk orang glamour, bukan untuk musuh dalam selimut ataupun gunting dalam lipatan mahupun api dalam sekam tetapi untuk bersama-sama Perdana Menteri memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Sumber : sanggahtokjanggut.blogspot.com


Kepada YAB Perdana Menteri... Sila kenalpasti parasit-parasit disekeliling dan buanglah segera sebelum menjadi barah yang bakal meracuni PRU-13 !!!

Kami Blogger-blogger Pro-BN/Pro-UMNO/Pro-GOV... telah pahatkan ikrar akan tetap pertahankan Barisan Nasional walau berapa banyak pun langau atau parasit didalam Kementerian yang diterajui PM cuba memperlekehkan kami dan memBODOHkan kami !!!

Farid... sila pulang ke pangkuan dunia anda yang penuh glamour !



6 comments:

  1. farid nie tau cari pompuan jer.

    ReplyDelete
  2. farid tlh terbukti berjaya d dlm arus penyiaran/wartawan berjaya menaikan imej jabatan yang diwakili spt sblm ni d TV3. Pendekatan yg lebih profesional farid sukar diterima oleh kebanyakan bloger2 yg kekandang terlalu emosional dan kurang matang dlm mempertengahkan sesuatu berita dari sudut faktanya.
    gaya kepimpinan orang muda spt farid ni haruslah d sokong

    ReplyDelete
  3. kita buat debat antara farid dengan street blogger apa macam dia ada berani???cabar aje debat

    ReplyDelete
  4. MKP... lu memang bernas la bro.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. maaf ye kalau pendapat saya ni agak kasar. apa yg saya lihat hanya segelintir saja blogger2 pro-bn yg benar2 berwibawa & bertanggungjawab dlm menyampaikan maklumat kepada rakyat serta menangkis dakyah2 yg dibawa pihak pembangkang. isu2 yg mereka ketengahkan disertakan dgn fakta dan bukti kukuh. manakala yg lainnya pula lebih kepada blogger2 picisan yg baru pandai bertatih. posting yg dibuat mereka lebih kpd copy-paste, mengulas dan menghangatkan isu2 yg didedahkan blogger lain & lebih berminat menghentam pihak musuh dengan caci-maki dan provokasi tanpa bukti dan fakta yg kukuh.

    blogger2 pro-bn kini perlu lebih berhemah, jujur dan telus dalam menyampaikan maklumat. amalkan budaya menegur dan bukan manghentam, membantu bukan mengampu.

    ReplyDelete
  6. kih kih kih jangn jd bloger mcm umb,, hancur,,, armada tentera laut pun kn ftnah,,, menangis umb baca komen atas pagar ni,,, kih kih kih,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??